Saturday, February 27, 2010

MASJID SULTAN , SINGAPURA

Salam,
Bulan April tahun 2009,  aku dengan famili berpeluang ikut satu rombongan salah sebuah sekolah dari Yong Peng ,  lawatan sehari sahaja. Antara tempat yang dilawati adalah Pulau Sentosa, salah satu pusat beli belah (terlupa namanya) dan paling best dapat bersolat di Masjid Sultan. Apa yang aku nak share adalah kebersihan tandas,  tempat wudhuk dan beberapa kemudahan lain yang terdapat di masjid ini :

(Masjid yang begitu bersih dan hiasan yang kemas dan ringkas)

Yang paling best adalah tandasnya yang begitu bersih, tempat wudhuk yang kemas dan kepala paip yang boleh menjimatkan air sepertimana yang terdapat di Makkah dan Madinah.  Ada water cooler yang dijaga rapi.
 ( terjaga rapi dan bersih)

 
(berkilat tandasnya)


(Kemas dan bersih sangat)

(sinki dah macam hotel 5 bintang)


(kepala paip yang kemas dan jimat air)
(kemas, teratur dan menggunakan paip besi dan palang besi- kebanyakan masjid di Malaysia guna  paip plastik kerana banyak sangat kes kecurian)
(memudahkan golongan tua atau yang sakit kaki berwudhuk)

Aku tidak berniat untuk membuat perbandingan,  cuma berharap mana2 masjid yang  ada di Malaysia yang bercadang untuk mempelajari pengurusan kebersihan masjid, maka Masjid Sultan boleh dijadikan panduan atau tanda aras.  Bagi menjimatkan bil-bil air masjid ,  kita boleh guna kepala paip seperti di atas. 

Yang penting kita sama-sama menjaga kebersihan semua masjid di negara kita.


14 comments:

aznaz said...

salam rosli..

satu ayng saya salute singapore nih pasal kebersihan..memang depa no 1 dari kita...

waslam

Kak Sidah said...

Salam rosli,

Sukanya tgk kebersihan tandas tu, lama tak g singapura, sejak2 currency tinggi ni.

Atikah said...

Salam En Rosli...

Tandas bersih... persekitaranya pun tentu bersih...

KAMATO said...

banyak masjid kat negara kita kita tandasnya cukup menyedihkan

CM said...

salam

terimakasih atas perkongsian ni,n3 yg sgt menarik yg membolehkan kita berfikir aps kurangnya kita..

abang sulong said...

Salam,

Wah..bersih nya. Kebersihan ni sebenarnya berpunca daripada sikap kita. Keduanya barulah penguatkuasaan pihak yang berwajib. Memang betul kata Kamato tu.

Saya belum pernah ke singapura ni, tapi apa yang saya dengar dari kawan kalau kita buang puntung rokok atau batang mancis pun tak boleh.

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Bukan Islam yg mengamalkan kebersihan

jauh berbeza dgn masjid kita

Wassalam

rosli said...

Salam CL,

Hope kita boleh contohi Spura dari segi kebersihan ni.

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Mmg currency skrg ni beza sgt berbanding tahun 80an.....tak apa lah satu hari nnti smpi jugak ke sana tu

rosli said...

Salam Atikah,

One day klu ada masa dan rezeki gi lah ke sana , byk jugak tmpt yg boleh Atikah shoot gambar....byk jugak tmpt yang cantik antaranya Pulau Sentosa

rosli said...

Salam Kamato,

Betul tu, tp saya kena hati2 nnti ramai AJK masjid marah kat saya. Hope mereka terbukak hati nak buat kebersihan sbg satu agenda pntg satu hari nanti...

rosli said...

Salam CM,

Saya pun puas fikir di mana kekurangan kita....mgkn pendedahan dan sikap sesetengah AJK masjid kita....kita sama2 doa agar terbukak hati mereka

rosli said...

Salam abg Sulung,

Betul tu, semua punca dari sikap.....apapun kekadang saya heran nape bila di sana kita boleh disiplinkan diri kita, begitu jugak bila pemandu Spura masuk Malaysia...mereka pun bawak kereta laju dan langgar semua had laju....byk saman kereta spura yg masih tidak berbayar....kat spura mereka disiplin sgt....kat Msia mereka langgar byk undang2 jalanraya....entahlah...

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu....hope lebih ramai AJK Masjid akan jadikan agenda kebersihan sbg agenda penting....