Tuesday, February 9, 2010

PELAWAAN MENJADI PENERIMA DAN PEMBELI PERTAMA BUKU BILA PINTU HATI TERBUKA

 Salam,

Malam tadi saya mendapat SMS dari Dr Hj Ridzwan Bakar untuk menjadi penerima pertama Buku Bila Pintu Hati Terbuka (BPHT),  tanpa berlengah saya setuju dan berjanji pagi ini dan ditunda pada sebelah petang kerana Dr Hj Ridzwan ada komitmen kerja yang lebih penting. Saya berkunjung pada sebelah petang dan majlis ringkas ini sangat bermakna pada diri saya dan juga penulis ini. Beliau juga adalah penulis Buku Haji Muda ( 2008). Kepada golongan muda jangan lupa dapatkan Buku Haji Muda ini !.

Saya mengenali penulis ini sejak dari tahun 1994 ketika beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan sehingga beliau mendapat PHD pada tahun 2009.  Kami berpeluang bekerja di tempat yang sama dari tahun 2004 hingga 2006 dan sehingga kini di sama bangunan cuma berlainan tingkat.

Satu perkara yang saya tidak akan lupa sejak tahun 2004 beliau mengajak saya mengerjakan umrah,  saya saja mengelak dan mencari bermacam-macam alasan sehingga habis alasan dah.....Saya terhutang budi dengan Dr Hj. Ridzwan kerana tidak berputus asa dengan saya. Tahun 2008,saya diam-diam mengerjakan umrah , satu peristiwa yang saya tidak boleh lupa beliau menghantar sms kepada saya ( sebaik saja beliau mendapat tahu saya mengerjakan umrah dari seorang lagi rakan saya) dan ketika itu saya baru memasuki Masjid Nabawi untuk solat Zohor dan bertanya kenapa tidak memaklumkan kepadanya niat saya kerjakan umrah,  saya secara jujur memaklumkan bahawa saya malu dengannya dan buat umrah sorok-sorok dari kawan-kawan......(ada sebab saya berbuat begitu).  Dr Hj Ridzwan ikhlas nak bagi petua dan panduan serta doa-doa dan tempat-tempat berdoa yang mustajab....rasa terkilan jugak saya masa tu.....biasalah kalau dapat tahu doa dan tempat yang terbaik mesti kita hendak cari....

Sehingga kini kami masih selalu berjumpa terutama ketika sarapan pagi dan sempat bertanya khabar dan berkongsi cerita.  Terima kasih kepada Dr Hj Ridzwan yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat yang sangat berguna kepada saya.

10 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

untungnya, rezeki saudara menjadi penerima pertama. kak nab tunggu buku itu berada di pasaran..dah pergi cari dua hari yang lalu tapi belum kelihatan.

rezeki said...

salam

alhamdulillah, semoga Allah swt terus merahmati
dan memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua

insyallah

mama ju said...

Salam Sdr Rosli.

Wah glamaur juga jadi orang pertama!

Mama ju pun teringin nak baca cepat...buku lama tu dah mama edarkan utk adik2 baca.

aznaz said...

salam rosli...

alhamdulilah..syukur...

sampaikan slam sya pada dr.ridzuan..cuba sma lagi tapi tak dapat..belum ada rezeki lagi agaknyer..

waslam

ezatulhaq said...

salam en rosli..
saya nampak En Rosli di pejabat Dr Ridzwan semalam .. kalau lah saya tahu buku sudah keluar ..akan saya terjah dulu .. heheh tahniah ! u be the first

- tempat En Rosli tanya " dimana pejabat Dr Ridzwan "- hehe

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Buku tersebut mgkn dah ada dlm pasaran di lembah klang skrg ni. Kebetulan Dr Ridzwan adalah kawan baik saya, jasa beliau saya tak pernah lupa.

rosli said...

Salam Rezeki,

Saya pun doa begitu, semoga kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.

rosli said...

Salam Mamaju,

Saya lewat bagi komen sbb sedang bercuti dengan keluarga, next entri. Kalau nak cepat kena berhubung trus dngan Dr Ridzwan. Memang laris sangat buku ini.

rosli said...

Salam Manzlie ( CL),

Saya sudah sampaikan salam CL pada Dr Ridzwan, jika tidak ada aral dan mengikut apa yang dirancang Dr Ridzwab akan buat Umrah dari 11 hingga 24 March 2010

rosli said...

Salam Ezatulhaq,

Terima kasih menunjukkan di mana tmpt Dr Ridzwan, buku tersebut masih banyak lagi, Buku Haji Muda mesti you dah baca kan ? Byk perkara yang kita boleh dpat menafaat dari kedua-du buku tersebut.