Sunday, February 7, 2010

ANGGUR DI BANDAR BARU BANGI, SELANGOR, MALAYSIA

Salam,

Tahun 2006 bulan Januari  aku beli sepohon pokok anggur di Taman Warisan Putrajaya  berharga RM 25 sepokok,  tauke tu kata dalam 9 bulan boleh berbuah dah dan mesti jaga dengan betul dan  baja mesti cukup .  So aku pun berangan nak rasa buah anggur tu 9 bulan dari sekarang. Silap aku sebab tak cerita pada tauke tu yang aku akan tanam anggur tu dalam pasu besar dan bukan dalam tanah.  Tiga kali pindah pasu dan tempat,  sampailah Disember 2009 bila aku nak buang pokok anggur ni dan nak hantar ke kampung aku di Batu Laut ,  Kuala Langat. Aku cantas habis semua dahan2 dan  tinggalkan tunggul lebih kurang 5 kaki, bila keluar tunas baru aku ternampak macam bunga anggur,  happy sangat sebab dah dekat 4 tahun aku tunggu baru nak berbuah. Aku bersyukur pada Allah kerana doa aku selama 4 tahun akhirnya diperkenankan. Aku tak putus berdoa dan 'bercakap' dengan pokok anggur ini:
 
BARU LEPAS SEMINGGU DICANTAS( HUJUNG DISEMBER 2009)



TU DIA  JAMBAK BUNGA PERTAMA POKOK ANGGUR AKU,  TAK BOLEH NAK BAYANG PERASAAN GEMBIRA ( JANUARI 2010


WALAUPUN SEJAMBAK BUNGA ANGGUR AKU TETAP PUAS HATI ( JANUARI 2010)

  

 BUNGA MULA BERCAMBAH JADI BUAH-BUAH KECIL - 30 JAN 2010

 
 BUAH ANGGUR DAH MULA MEMBESAR- 7 FEB 2010
Bulan November 2008 aku beli satu lagi pokok anggur di Cameron Highlands,  tauke ni kata boleh tanam dalam pasu besar asalkan cukup baja dan air,   pun sama dia kata 9 bulan mesti boleh keluar buah.  Aku tetap mengharap. Tanam dekat-dekat dengan pokok yang senior tadi. biar dia ada kawan .... Disember 2009  bila cantas daun dan dahan pun sama-sama keluarkan sejambak bunga. Aku terkejut dan happy sangat.   Doa aku Allah dengar dan dah makbul.



 
 INI POKOK ANGGUR DARI CAMERON HIHLANDS( MAAF GAMBAR TIDAK TERANG) DISEMBER 2009

BILA BUNGA BERCAMBAH RUPANYA ADA TIGA BIJI AJE ANGGUR- AKU TETAP BERSYUKUR DAN PUAS HATI- 30 JAN 2010

 
SEMAKIN MEMBESAR 7 FEB 2010
Kalau ada kawan-kawan yang  telah dan pernah menanam anggur sebelum ini dan sangat berjaya  mengeluarkan buah yang banyak tolong jangan ketawakan aku kerana aku sangat memerlukan petua dan memberikan panduan serta   jenis baja aku amat alu-alukan.

12 comments:

Unknown said...

salam akhi Rosli..

he he he sabar betul menanti anggur hasil tanam sendiri tu berbuah .
insyaAllah lps ni berbuah lebat ler tp dgn syarat niat ler nk jamu rakan alam maya ni .(tak der dlm hadis aaar syarat2 tu ) ummi gurau jer.

sonata anak kancil said...

saya tanam kat Jusco aje...macam2 kaler merah & hijau ade...ade biji ke tak ade biji...
la la la...
senang - tak yah sibuk2 nak siram terutama kalau outstation....

apa2 pun...menanam itu menguji kesabaran tuan!

YB said...

Salam

Nak cepat berbuah, petuanya kena dibelai selalu pokok tu. Tiap hari diusik usik. Bercakp, berbuahlah kau cepat, rajin rajin lah berbuah....jgn kuat kuat...nanti org lari takut.

KAMATO said...

tahniah, berhasil juga ye, agaknya buah tu boleh buat ubat

rosli said...

Salam Ummi,

Kalau ada rezki memang nak jamu rakan pdkm semasa kita gathering nanti, tapi kena beli anggor kat JJ atau Tesco je lah....Empat tahun saya berdoa,Allah kabulkan doa saya.

rosli said...

Salam Kak sonata,

Saya pun setuju kalau beli lebih mudah, akhirnya eksperimen saya berjaya jugak tanam dalam pasu

rosli said...

Salam YB,

Saya akan praktikkan cadangan YB di masa akan datang, saya memang dah lama bercakap dengan pokok anggur ni.....skrg plan nak tukar baja pulak

rosli said...

Salam Kamato,

Mkgn jugak boleh cuba buat ubat, yang pasti saya banyak ambil gambar buah2 pertama ini...buat kenang-kenangan sbb pertama kali berbuah di dalam pasu.

Mohd Saad Hamid said...

Salam tn Rosli.

Terima kasih atas N3 ni sbb saya dapat belajar sesuatu. Alhamdulillah. Allah swt, dan Rasul-Nya menggalakkan kita berdoa. Dalam berdoa perlu ada harapan, perlu ada kesabaran. Kita diberitahu oleh alim ulama', kalau doa kita tidak dimakbulkan di dunia ini, Allah swt simpankannya di akhirat.

Sabar, sabar, sabar. Harap, harap, harap. Jangan putus asa. Doa, doa, doa. Alhamdulillah.

rosli said...

Salam Hj Saad,

Terima kasih atas sokongan tuan. Target saya dalam masa beberapa bulan ini agar pokok anggur ini berbuah lebih lebat.

Mohd Saad Hamid said...

Salam tuan.

Boleh ke saya antara orang yang pertama menikmati rasa anggur tersebut. ;)

olive oyl said...

salam en rosli

suburlah pokok en...tahniah en rosli