Sunday, February 14, 2010

KENANGAN BERSAMA KELUARGA DI BANDUNG

Salam,

Percutian ke Bandung ini dah dirancang sejak enam bulan lalu. Buat masa ini hanya percutian ke Bandung yang saya mampu.  Bersyukur kepada Allah kerana percutian ini menjadi kenyataan dan saya dapat bersama dengan isteri dan anak-anak.  Kalau dulu saya sering bersama pasukan bolasepak atau sendiri,  tetapi sekarang bercuti bersama keluarga. Perancangan seterusnya umrah bersama keluarga . Doa dan harapan tidak pernah dilupakan.

Bergambar bersama keluarga di Puncak Tangkuban Perahu , Bandung, Jawa Barat,  11 Feb. 2010
(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 


Kami berlima sekeluarga dan sahabat baik (Aziz dan isterinya Gina) depan Hotel Naval,  Bandung.

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

Aku dengan dua anak bujang aku, Danial dan Ammar di Masjid Raya Bandung ( 12 Feb. 2010)
Kalau ada rezeki kami akan datang lagi ke Bandung, cuacanya nyaman dan seronok membeli belah  di sana. InsyaAllah.

30 comments:

Unknown said...

salam

mudah2an tercapai impian ke Makkah pula..

ummi ke Bandung thn 2008 , pergi tak ke tasik yg bau belerang dia teramat sangat , kalau tak silap nama tempat tu "KAWAH PUTIH"

aznaz said...

salam rosli...

wahh bestnyer...Cl teringin nak pergi arituh..but terpaksa di tangguhkan sebab ada masalah ....insyalah satu ahri akan ke sana nanti..

seronok bershoping skaan....

waslam

CM said...

salam en rosli

cm pun dah sampai bandung ni,tapi bukan dgn keluarga tapi dgn kekawan,

pssst,kn bawak duit banyak arr..

abang sulong said...

Salam,

Wah Che Rosli, seronok dapat selalu melancung.

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Seronoknye
boleh kongsi pengalaman
mana2 tempat yg sepatutnya untuk di lawati

Wassalam

atuk said...

Salam En Rosli

Insyallah, 8 mac nak pergi ziarah anak kat jakarta dan cadang nak melencung ke bandung

Wassalam

rezeki said...

salam rosli


alhamdulillah, berkesempatan bercuti bersama anak2 dan isteri

kalau ke sana , tukar duit rm ke rupiah, jadi jutawan segera kita he he

rosli said...

Salam Ummi,

Saya tgk kawah tu dari atas aje, memang kuat bau belerang tu. Tapi yang berjaja ramai sgt , mereka kerumun kita ramai2, tak berapa selesa di atas ouncak tu...15 minit saja tgk pemandangan bandar Bandung.

rosli said...

Salam CL,

Memang best kepada yang suka bershopping, cuaca pun nyaman dan tak panas. Anak2 saya mmg seronok sangat dan saya pun tumpang seronok tgk mereka. Saya suka cucba makanan nasi padang dan makanan sunda mereka. Factory outlet mereka di mana....

rosli said...

Salam CL,

Factory outlet mereka mmg banyak....kepada yang suka bershopping Bandung salah satu destinasi yang tepat

rosli said...

Salam CM,


Kalau ada rezeki bawaklah anak2 pulak, saya pasti mereka enjoy. Jalan mereka jam ( macet ) jugak, tp tak lah teruk berbanding Jakarta.

Tukar angin sekali sekala...

rosli said...

Salam Abg Sulung,

Melancong ke Bandung bersama keluarga yang saya mampu buat masa ini, dulu bersama pasukan TMFC pun melancong ke Surabaya jugak. Hajat di hati satu hari nanti nak bawak mereka melancong ke Sarawak pulak...saya suka gi Kuching, Tebedu dan Satok.

rosli said...

Salam Rozali,

Biasa kalau kita ke Bandung ,elok cari pemandu pelancung yang bekerja sendiri dan tidak terikat dengan jadual rombongan. Elok ke sana dua atau 3 keluarga dan tak lebih 10 orang.Hati2 bila mencari pemandu pelancung dan bincang harga dulu.

Biasa orang kalau ke Bandung mereka pasti akan bawak melawat Gunung Tangkuban Perahu, on the way balik boleh singgah petik strawberry di ladang milik AGIM ( penceramah agama Astro tu), mereka akan tunjuk rumah penyanyi ROSSA, Ruth Sahanaya).

Lepas tu gi shopping di factory outlet mereka di sekitar Bandung, antaranya khas untuk lelaki outlet FOR MEN, Secret, Jet Set, Grande, Blossom, Heritage, Rumah Mode...ni semua utk pakaian moden , barangan kulit dan macam2 lagi.

Kalau nak beli jeans dan branded T shirt...elok ke Toko 3.

Kalau nak beli baju2 berunsur agama, songkok, kopiah dan kain, jubah lelaki dan pompuan, telekung ( rukuh) elok ke Pasar Baru.....semua ada di sini.....rate duit semasa last week RM 1 bersamaan Rp 2700 atau Rp 1 juta bersamaan RM 370.00.

Tempat makan mmg banyak samada Padang, Sunda ( Rumah makan sederhana), elok berbincang dengan pemandu pelancong di sana.

By the way anak Rozali belajar di mana....hope boleh berkongsi maklumat sebab saya memang ada niat nak hantar anak saya belajar di Institut Teknologi Bandung ( ITB) jika tidak mendapat sebarang tempat di Universiti tempatan. Beberapa tmpt lain menjadi pilihan termasuk Gajahmada dan Universiti Sumatera Utara

rosli said...

Salam Rezeki,

Memang masa sebelum bertolak ke Bandung dah jadi jutawan segera....bawak berjuta2 rp, kat sama tukar lagi,, anak2 yang pertama gi sana jadi tukang buat conversion guna kalkulator...byk barang masih murah di samping dapat berjalan bersama keluarga.

Anak sulung saya tahun ni form 5, so gi jalan awal sikit, lepas ni kena sokong dia belajar sampai habis ambil SPM ....pastu kalau ada rezeki dan masa yang sesuai mgkn gi Bandung lagi..byk lagi factory outlet yang belum sempat dilawati.

mama ju said...

Salm Rosli

Saya baru membaca lawatan ke Bandung kat majalah. Rasa2 mcm nak pegilah. Tentu seronok bawa keluarga.Pegi kg Daun tak?..diaorang kata best kan sana

rosli said...

Salam Mamaju,

Actually sibuk bershopping langsung terlupa nak ke kg daun, mereka yang dah pergi kata best dan tmpt tu sejuk bila petang dan best masa makan petang atau malam... Klu ada rezeki next visit.

Byk tmpt saya tak dapat gi shopping, tp beberapa tmpt yang regular mereka dah bawak antaranya, toko3, pasar baru dan factory outlet termasuk blossom, grande, heritage, romah mode dan beberapa lagi yang saya dah lupa. 4 hari tiga malam kat sana terasa singkat sangat...

rosli said...

Salam Safiuddin,

Begitulah kalau kita merancang guna AirAsia, tambang murah tp kena tunggu masa mereka offer yang termurah.....cam biasa masa balik dari airport Bandung delay 2 jam, itu standard lah klu naik air asia, ramai org komplen tp air asia tetap jugak jadi pilihan.....dgn air asia sapa-sapa pun boleh terbang.....

Next visit pun dah rancang selepas anak dara saya lepas SPM, januari 2011....ni lagi lama satu tahun merancang......

Tp yang paling best merancang nak buat umrah bersama keluarga tahun 2013.....5 tahun merancang sejak dari tahun 2008. Hope mendapat keredhaan dan kemudahan dari Allah.

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

alhamdulillah, seronoknya dapat ke bandung. az tak pernah sampai lagi tuh.

currency rate tu dah mahl yer. dulu dec 2008 RP1j cuma 300 sahaja.

nailofar09 said...

salam,wah teruja baca n3 ini...hehehehe. Kalau ada rezeki n diizin Allah...akn jejak lerr Bandung n JKarta...doakan lerr, saya tk leh rancang lama2...nnt koyak plan...jadinya...ada kelapangan...lets go...hahahahaha
TQ 4 information...ada yg tertinggal..tmbah lg naaa...muga ceria n bahagia wat en Rosli sekeluarga

sonata anak kancil said...

sangat baik info ini...saya belum sampai lagi...tatau la bila...masa masih belum mengizinkan...

rosli said...

Salam AZ,

Kalau dapat tukar duit hujung tahun 2008 memang untung sgt, skrg dah mahal skit. Kalau ada masa dan peluang bawaklah famili ke sana....tukar angin. Byk tmpt shopping dan boleh tgk budaya yang lain sikit

rosli said...

Salam Nailofar,

Saya dah komen dalam rumah Nailofar. Byk lagi tmpt yang saya tak sempat gi....ada rezki mmg nak ke sana lagi. Kalau ikut hati mmmg nak ke sana dlm waktu terdekat....boleh ikut rombongan you.....tp keadaan, masa dan kewangan tidak mengizinkan, our next plan Jan 2011

rosli said...

Salam Kak sonata,

Plan guna Air asia mmg lama tp tiket harga murah...6 bulan.....ajaklah famili gi sana, tukar angin skit....boleh jadi jutawan segera masa kat sana.

Orang pompuan kalau gi sana duit satu guni pun belum tentu cukup.....tp kena simpan sikit nak bayar tax dan lebihan bagasi masa kat airport...

Kak Sidah said...

Salam rosli,

akak tahun lalu pegi kebandung, tapi satu hari je kat sana, tak puas,ikut rombongan pej. jakarta bandung. Rasa nak pegi jugak lagi, banyak soping ke en.rosli

rosli said...

Salam Kak Sidah

Isteri dan anak2 saya shopping sakan, saya seronok tgk mereka, Memang tak puas shopping walaupun tiga malam saya di sana, byk lagi factory outlet yg kami tak jejak lagi.....

Baguslah kalau Kak Sidah nak repeat ke sana, saya suka suasana nyaman kat situ, bila kena macet kat dlm town boring jugak...kami pun akan repeat lagi ke sana InsyaAllah kalau ada rezki lebih Januari 2011.

Beberapa kedai makan spt Kg Daun saya tak sempat gi, ladang strawberry AGIM pun tak sempat gi, kalau nak cari tudung, rukuh (telekung)atau baju-baju solat memang byk pilihan kat Kompleks beli belah Pasar Baru, saya pun tak cukup masa kat situ....rambang mata

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam ziarah...bestnya bleh melancung...anyway semoga tercapat hajat menunaikan hj...

rosli said...

Salam AliMaz,

Tk atas doa tersebut, saya pun mendoakan rakan2 yang mendoakan saya.

olive oyl said...

salam en rosli,

salam perkenalan dari olive...

wah seronoknya pergi bercuti ke bandung.mesti byk shopping.org perempuan kalau pergi sekali mesti nak pergi lagi..olive pergi masa cuti xmas baruni...

seronok baca blog en rosli...terutama gambar pokok anggur...

rosli said...

Salam Olive,

Memang seronok shopping kat Bandung ni, masa memang tak cukup untuk wife dan anak2.

Pasal anggur tu saya suka nak kaiktan dengan doa dan kesabaran....saya tak pernak lupa doa pasal pokok anggur tu.....bg sesetengah orang memang kecik dan remeh tetapi tidak pada saya.

Lepas ni nak cuba tanam epal pulak.....kena byk berdoa dan sabar.

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.