Pada yang berminat pada asam pedas, lebih-lebih lagi asam pedas Muar, saya sertakan resepinya di bawah ini:
( antara menu asam pedas yang dihidangkan pada CL dan Nazir Januari lalu)
4 keping ikan Jenahak or Merah
10 tangkai cili kering direndam
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari dihiris2
Kunyit sebesar ibu jari dihiris2
Sedikit belacan
2/3 batang bunga kantan dihiris kasar
6 helai daun limau purut
1 sudu besar asam jawa ADABI
(kalau tiada daun limau purut tukar kpd daun kesum)
1. Cili kering yg telah siap dicuci, 5 ulas bwg merah, 2 ulas bwg putih, halia, kunyit dan sedikit belacan hendaklah dikisar sekali.
2. Panaskan minyak di dalam kuali atau periuk, masukkan bahan2 yang dikisar. Kacau2 hingga naik bau, jangan tumis terlalu kering. Setelah naik bau, masukkan bunga kantan dan daun limau purut yang telah dikoyak2. Kacau2 dan masukkan air. Jangan masuk air terlalu banyak. (Asam pedas yang pekat lebih sedap daripada asam pedas yang terlalu cair. Tapi ikut suka korang ler nak cair ke pekat…) Biarkan betul2 mendidih, kemudian masukkan ikan . Kecilkan sedikit api dan tutup sehingga mendidih semula. Bubuh sedikit garam , serbuk perasa dan asam jawa yg telah diperah (guna asam jawa ADABI lagi senang, x payah perah2) ke dalam masakan. Rasakan masam dan masin masakan dan tutup api.
3. Asam Pedas anda sedia untuk dihidangkan.
* Tips baik:
Selepas masuk ikan, perlu ditutup hingga mendidih supaya ikan tersebut akan jadi lembut dan enak. JANGAN masukkan air asam Jawa sebelum masukkan ikan, ikan akan menjadi keras dan kejungg. Gerenti x sedap asam pedas korang…
SELAMAT MENCUBA…
p/s Ini resepi yang isteri saya buat, saya tolong paparkan saja, jangan tanya yang lain-lain, sebabnya saya tak pandai masak kecuali masak air dan maggi sahaja ....
15 comments:
salam en rosli
mekasihh yer resepi ni..salam untuk isteri en rosli..
cm nk resepi masak mggi lak dr en rosli tu....
suami mesti sentiasa hargai isteri memasak yer,puji kalau sedap,tak sedap pun puji jugakk,org pompuan bangga dipuji..
salam akhi rosli ...
terimakasih resepi dan petua yg dipaparkan .
kalu CM minta resepi maggi , ummi lak nk minta resepi masak air tu plak , he he he.
besok tak join perarakan TM di Bkt Jalil ke?
Salam En rosli..
TQSM berkongsi resipi.... boleh saya mencuba nanti
salam ..
sori , perarakan kt putra jaya ler .
Salam Sdr Rosli
Wah nampaknya hebat sr kita ni..rajinnya buat N3 masak memasak..rasa2 esuk nak masak asam pedas nilah...
jumpa lagi.
Salam CM,
Betul tu, saya tak pernah lupa ucap terima kasih pada wife setiap kali dia masak...anak2 pun sama.
Resepi maggi tu nnti lah bila ada ruang dan masa saya akan share jugak....
Salam Ummi,
Saya tak join perarakan tu, sejak team bola tm dah tak ada, saya lebih suka low profile.
Resepi masak air ......hehehe.. mesti semua orang gelak nanti
Salam Atikah,
Cubalah resepi tu....kalau ada kemushkilan saya akan forward pada wife....
Jangan lupa, masak2 pekat2 baru kow2 punya....ikan pun cari yang fresh....mesti sehingga menjilat siku.....
Salam Mama Ju,
Selamat mencuba....jgn lupa pesanan pasal air asam jawa tu....air asam last sekali....takut ikan tak empuk....mesti mama ju lebih arif...
Hujung minggu saja saya suka mintak jasa baik wife masak...sama2 sibuk kerja....
salam saudara rosli..
aduh dah teringat lakk...teliuq dah nihh...
pada anda semua memag sedap tau..juri profesional dah rasa tau...heheheh
waslam
Salam Tn Rosli..
kak ngah baru je lepas salin resepi nie.. esok @ lusa nak cubalah.. bahan2 yang lain semua dah ada.. ikan je yang tak ada.. stok ikan sardin ada lah.. klakar lak kalu wat asam pedas taruk ikan sardin.. mau pening ikan tu.. heh heh
psstt.. yang best kalu dah siap masak misti hidang dalam mangkuk yang sejibik cam mangkuk tn rosli.. tu dia.. baru lah kelasssss
teng kieu to your wife.. nie kira ilmu yang boleh dimanfaatkan.. banyak pahala wooo..
Salam CL,
Terima kasih dengan compliment tu, hope next visit boleh kami hidangkan sesuatu yang lain dan lebih istimewa
Salam Noor,
Hope semua yang berminat dapat cuba resepi ini, kami sekadar berkongsi pengetahuan yang ada. TK
Salam Che Rosli,
Baguslah Che Rosli ni, asam pedas tu memang pujaan hati ku. Kalau 2-3 tak melihat asam pedas. Tak seronoklah.
Anyway (kata oputih), terima kasih banyak-banyaklah kerana menambah satu lagi koleksi asam pedas ku.
Betul kata CM tu. Sedap atau tak sedap masakan isteri puji je dulu. Malam bila nak tido baru kita bisik sikit kat dia.." apasal asam pedas tadi kurang sikit rasanya". Haa..,besok besok kalau dia masak, taulah dia nak ejas sikit rasa tu..
Salam Abang sulung,
Kalau dah cuba masak dan mencuba resepi ini tolong bagi tau k, sama sedap atau tidak, samada kena dengan citarasa atau tidak....
Post a Comment