Friday, July 23, 2010

AIR SEMBAHYANG

Salam,

Aku sekadar berkongsi  ilmu dan email yang aku perolehi dari kawan2.
Kelebihan air sembahyang moga menjadi pedoman,

  1.  Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan no 1: Kita hari2 bercakap benda yang tak berfaedah.
  2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah ,putihkannlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah kau hitamkan mukaku ini".  Penjelasan no 2 : Ahli Syurga mukanya putih berseri2.
  3. Ketika membasuh tangan, berniatlah kamu dengan , " Ya Allah,berilah hisab-hisabku di tangan kanan ku ini".  Penjelasan no 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan.
  4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisap di tangan kiriku ini". Penjelasan no 4 : Ahli neraka hisab2nya di tangan kiri.
  5. Ketika membasuk kepala, berniatlah kamu dengan , " Ya Allah lindungilah daku dari terik matahari di Padang Masyar dengan ArasyMu". Penjelasan no 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
  6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".  Penjelasan no 6 : Hari- hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dan lain2
  7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan, " Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".  Penjelasan no 7 :  Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
  8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan , "Ya Allah daku pergi ke masjid2, surau2 dan bukan tempat maksiat.  Penjelasan no 8 : Qada dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan  hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa ?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam

Bersyukur dan bertaubat selalu. Wassalam.

MENIKMATI DAN MENGHAYATI KEBESARAN ALLAH S.W.T- PART 2

Salam,

Sekadar berkongsi beberapa gambar yang aku suka dan sama2 menghayati  kebesaran Allah s.w.t. Semua gambar ini sewaktu aku buat umrah tahun 2008 dengan menggunakan hp kamera Nokia E90 jer ni...

RNR Di antara Jeddah ke Madinah - 2008

Banyak khasiat buah kurma ni

Jabal Uhud - dikaitkan dengan Perang Uhud
dan dikatakan jika menziarahi orang meninggal 
maka pahala adalah sebesar Jabal ini.

Jabal Rahmah - pertemuan Nabi Adam dan Hawa

Jabal Thur  begitu penting dalam perjuangan 
Rasulullah s.a.w.

Laut Merah, Jeddah
antara laut yang paling tinggi kemasinannya di dunia

Masjid terapung  Ar Rahmah tepi laut Jeddah,
destinasi wajib hampir semua jemaah Malaysia samada selepas 
buat haji atau umrah


p/s kalau ada tersalah fakta tolong perbetulkan aku.  TK

Thursday, July 22, 2010

SMARTAG BARU, KAD TOUCH N GO BARU DAN CERMIN KERETA BARU

Salam,

Sekadar berkongsi pengalaman dan rasa hati.  Petang tadi lebih kurang jam 4.55 ptg cermin kereta dan motor power window siap diganti baru,  lepas tu terus ke Plaza Tol Sg Besi dan beli smartag  dan kad touch n go yang baru, lebih kurang rm 750.00 dibelanjakan untuk semua perkara di atas ( Kos tinted belum lagi dan akan dibuat hujung minggu ni ). Semalam kena amik cuti kecemasan ,  hari ini pulang awal sikit untuk ke pusat servis kereta  Begitulah lebih kurang kos dan masa  yang mesti belanjakan jika cermin kereta dipecahkan oleh manusia yang tidak berhati perut dan tidak boleh berfikir dengan waras. Sepertimana aku dah bagitau semalam aku terima dan redho dengan ujian dari Allah s.w.t.

Cermin dah ok, smartag dah pasang semula dan motor power window dah ok. Lepas ni smartag tu aku akan simpan dalam dashboard atau tempat yang lebih selamat.

Cermin dan smartag baru

Semalam dan hari selepas smartag aku dicuri  aku dapat rasa sedikit kesusahan bila memandu apabila kena amik tiket tol dan bayar tunai,  kena sediakan duit syiling dan duit kecik.....kena bukak tingkat kereta masa nak amik tiket tol,  pinjam kereta wife aku.....Sebelum ini tak perlu bukak tingkap kereta dan masuk lorong smartag di mana saja ada plaza tol semua nampak senang,  mudah dan laju.  

Pagi tadi aku naik komuter dari  stesen UKM ke KL Sentral dan lepas tu  Putra LRT  ke Stesen Kerinci  dan berjalan kaki  lebih kurang  1 km,  berpeluh ketiak....hehehe.  Muhasabah diri dan aku bersyukur dapat melalui sedikit kesusahan selama 2 hari, banyak yang aku pelajari dan fikirkan semasa berjalan kaki..........

Wednesday, July 21, 2010

AKU TERIMA DAN REDHO DENGAN DUGAAN INI

Salam,

Hari ini aku cuti kecemasan  kerana menguruskan cermin kereta aku yang dipecahkan oleh mungkin  pencuri,  perampok , penyamun or apa saja anasir yang tidak berhati perut....sanggup memecahkan dan merosakkan kereta orang hanya kerana smartag /kad touch n go yang bernilai kurang dari RM 200.
Petang semalam lebih kurang jam 2.35 ptg aku letak kereta di Jalan Abdullah , Bangsar atas urusan dengan pihak Kesatuan Sekerja TM.  Tempat letak kereta memang susah di situ,  aku letak agak jauh dari pejabat kesatuan tetapi berhampiran dengan kawasan perumahan dan memang ada beberapa kereta di situ jugak meletak kenderaan di garisan kuning yang tidak dibenarkan oleh DBKL.( Dalam hati kalau kena saman DBKL aku redho...)

Selesai urusan kesatuan lebih kurang 4.15 ptg  , aku terus menuju ke kenderaan, dari jauh dah nampak surat saman dari DBKL,  dah pasti denda RM 100 dan kalau bayar cepat RM 50 sahaja. Semakin hampir ke kenderaan aku lihat cermin  kereta di sebelah pemandu seakan tidak dinaikkan,  rupa2nya cermin kereta aku telah dipecahkan , terkejut....seingat aku aku tidak menyimpan laptop dalam kenderaan....aku cepat tengok apa barang yang hilang, sah pencuri hanya mengambil smartag dan kad touch n go aku, yang lain langsung tidak diusik....

 Tu dia yang tinggal bekas smartag jer

Frust bila tgk tempat duduk kereta penuh dengan kaca dan cermin pecah seribu.  Staff aku Sharrul sempat nasihatkan aku dan redhokan semuanya.

Cermin keta berderai

Baru lepas vacum

Dulu kalau perkara sebegini berlaku dah pasti, pencuri ini kena maki dengan aku berbakul,  termasuk bab_, celak_, lahana_, puk___k dan macam2 lagi ....yang pasti kena tuduh,  penagih dadah, pencuri , mat pet, anak kel__g, Cina bab_, Indon si_l.....habis semua nama mak bapak mereka aku sebut.  Entah mana kepala hotak penyamun ni,  sempat doa mintak Allah balas,  mati berlanggar, masuk neraka dan mampuslah mereka yang jahat ni.  Semakin aku maki semakin besar syaitan di sekeliling aku....mereka bersorak....Itu dulu...

Sekarang aku masih dapat kawal marah aku  dan tertanya2....Ya Allah why me ? Syaitan berdekatan diri sentiasa provoke aku ....lebih sedar dan cepat sedar dan lebih mudah terfikir Allah nak duga aku.....semoga aku lebih tabah....

Aku cuba tenangkan diri sementara Sharrul tolong bersihkan kaca dari seat kereta aku dan sempat call kedai kereta dan mintak cari cermin baru, hilang terus mood nak sambung kerja dan terus pulang ke rumah..terkenang..kali ini Allah nak duga aku......sebelah pagi aku dapat cek dari NIOSH  elaun mengajar bulan lepas,  adalah sikit duit belanja.......dan  petang ni cermin kereta aku dipecahkan.  Aku redho dengan dugaan....tetapi bisikan syaitan tetap mahukan aku keluarkan kata2 maki hamun dan cuba nak pertikaikan apa yang berlaku.....Lepas solat asar sejuk sikit,  terus vacum kereta dan buang semua pecahan cermin tu... bersyukur kerana barangan lain tidak hilang dan kereta tidak dirosakkan..

Dalam hati aku percaya pencuri tu tidak akan terlepas dari hukuman Allah, hukuman polis jika tertangkap,  yang pasti mereka akan mendapat balasan.....biarlah,  kerana setiap perbuatan kita akan sentiasa dinilai dan akan mendapat balasan dari Allah samada baik atau buruk. Amin

p/s Dah dekat 4 tahun smarttag tu kat situ dan ini kali pertama aku alaminya.....insiden ini banyak rahmat dan aku kena lebih berhati kerana lokasi rumah dan tempat kerja mempuyai perangai manusia yang berbeza, mungkin ada segelintir manusia jahat di KL lebih kejam dan tidak berhati perut berbanding di Bangi.......

Tuesday, July 20, 2010

PEMANDANGAN INDAH DAN BERJEREBU KL DAN LEMBAH KLANG - 18 JULAI 2010

Salam,

Masa baru sampai kat Restoran Berputar ni ,  belum jam 12 pm,  pemandangan masih jelas. Aku sempat snap beberapa foto pemandangan dan bangunan yang menjadi mercu tanda KL ,  antaranya Menara TM ( Rebung), Menara berkembar Petronas dll, tapi bila masuk jam 1  petang  lebih dah mula jerebu dan ada sesetengah tempat hujan renyai2....jerebu mula menebal....

Menara TM dan selatan Lembah Klang

Menara Berkembar Petronas dan timur Lembah Klang

Bumbung biru tu Masjid Negara, Pusat Islam,
Menara Dayabumi (putih) dan Agro Bank

Menara Maybank, tengah2 KL

Menara DBKL, PERNAS ( Menara Tun Razak) 
dan belakang tu Bank Negara Msia

Menara baru CIMB

Yang tengah tu adalah pembinaan 
Istana Negara yang baru, cantik...

Sekolah Men St. John dan Convent Bukit Nanas

Menara PWTC/UMNO , Legend Hotel dan The Mall
Utara Lembah Klang

Menara Celcom dan wilayahnya

Bumbung biru tu Istana Budaya, sebelah tu 
Perpustakaan Negara ,belakang tu 
Tasik Titiwangsa dan depan tu Hospital KL ( HKL)
Menara PNB, Tabung Haji  dan 
sekitar Ampang Park

Area Bukit Bintang,  yang hijau tu LOT 10, 
Bgn Yayasan Selangor ( tempat kerja aku dulu) dan 
Bangunan UDA,  BB Plaza dll
Berjaya Times Square dan area Jalan Imbi, 
Sg Wang dan Bkt Bintang

Menara Dewan Bahasa dan Pustaka,  
sebelah kiri belakang tu Menara MAA dan
yang belakang tu Lapangan Terbang Sg. Besi

Menara Arab Malaysian Bank

PDRM/ Bukit Aman

KL Sentral, Hotel Hilton, Hotel Le Meridian 
dan area Brickfield

Sebelah kanan tu Stadium Merdeka 
dan Stadium Negara

Stesyen Kajicuaca Bukit Nanas

Semua gambar di atas di snap dari 
Restoran Berputar
Menara KL ni.

Sekadar berkongsi pengalaman,  tahun 1995 ketika pembinaan Menara ini masih belum siap sepenuhnya aku berpeluang naik ke atas sekali bahagian bumbung Menara KL , ketika itu mengiringi pegawai2 kanan dari Institut Teknologi Bandung yang mengadakan lawatan ke sini....tak dapat nak share gambar sebab masa tu kamera masih lagi guna filem.....gambar tu pun aku dah tersalah letak dan tak boleh nak scan. Sekarang semua lebih mudah dengan kamera digital....

Monday, July 19, 2010

CORAT CORET BIRTHDAY AMMAR DI MENARA KL -PART 2

Salam,

Biasalah,  bila dah kat tempat makan yang berada di atas ketinggian lebih dari 300 meter di atas paras laut memang banyak gambar yang di snap dan macam2 posing dari anak2 aku. Kat area parking dan perkarangan Menara pun happening betul sekarang ni,  pelancong pun ramai sangat.
Teksi berderet,  kedai banyak dan pelancong pun ramai 
terutama dari Arab, Korea dan China

Birthday boy sebelum naik ke Restoran Berputar
dah excited walapun ini kali kedua

M. Danial Rezza dengan gaya tersendiri

Anak dara aku dan wife aku


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Tu dia,  aiskrim pun banyak pilihan
Pilihan Danial Rezza
Antara sayur dan makanan pilihan aku

Tu dia , Ammar bagus punya pulun....!

Meja no 42
Carnation , antara hiasan.


Jugak penggemar sup ekor...nyam2 sedapnya



Adiera sedang menikmati mee kari 


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Kat meja 43 sebelah kami ni ada satu couple dari Arab ,  isterinya sempat cium Ammar dan ucap birthday ,  terkejut Ammar sebab tak pernah dicium orang lain selain ibunya, termalu2 Ammar, aku senyum ajer.

Perut dah kenyang so bergambar je lah.


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Bila dah kenyang perut ,  senang hati dan bertolak pulang ke rumah.....di Menara KL ni happening sekarang,  banyak yang boleh kita nikmati dan hayati bersama. Antaranya kampung budaya, pony ride dan membeli belah.

 1 Malaysia Cultural Village

Pony Ride

Kedai cenderamata

Posing lagi


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Nak balik Bangi dah

Lalu sebelah TANGS

Pastu jumpa Pavilion KL pulak....aduhhhhh