Thursday, July 8, 2010

BERSAMA HJ CL, HJ IMRAN PARIS DAN CM DI ALAMANDA

Salam,

Setelah 5 hari menjejaki CL sejak dia pulang ke Malaysia,  petang tadi dapat terjah Hj CL dan Hj Imran Paris di Alamanda.  Kami  berborak panjang dan macam biasa banyak soalan di tanya.  CL akan buat 'press conference' nanti,  biarlah dia jelaskan segalanya...biar suspense sikit...

Sempat bergambar bersama Hj CL dan Hj Imran Paris

Tak lama lepas tu CM pulak join dan terjah kami........rancak berborak dan CM pulak dapat call dari TAj,  lepas tu mereka bertiga terus ke KLIA berjumpa Hjh Zainab dan suami yang baru pulang dari Glasgow .  Taj , Kak Sidah dan suami jugak ada di sana.  Aku tak dapat join  sebab ada urusan keluarga.

CM ,  Hj CL dan Hj Imran Paris di Alamanda

CL balik Malaysia kali ni dalam keadaan tergesa2,  so kalau nak jumpa  CL kena terjah dia...studio bergerak CL  sekarang di mana2.....semalam di Shah Alam,  petang tadi di Alamanda dan lepas tu di KLIA.....esok lusa mungkin di........? Jom terjah CL....


16 comments:

مسافر_اسلام said...

Salam ziarah ke blog en. Rosli.
Waduh....perjumpaan yang diduga atau tidak diduga ini?
Makin lama makin ramai yang datang ye. Allhamdullah terjalin ukhwah sesama muslim.

rosli said...

Salam MI,

Dua2 pun boleh...perjumpaan yang diduga dan tidak diduga....mmg dah rezki`nak jumpa CL.

MohdArshad said...

Salam Rosli...terjah jgn tak terjah kat mana ada CL....

mama ju, said...

Salam sdr Rosli

CL telah menyatukan kita-kita semua. Moga ukwah berpanjangan.

SiNoMoSa said...

Salam En Rosli,

Wow pertemuan dengan org2 kuat PDKM..i like :D

shami2 said...

Salam Cik rosli...

Tahniah dapat terjah CL dan kawan2 ramai tu berbaloi betui tu..hehehhe

rosli said...

salam Hj Arshad,

Nak jumpa CL kena terjah dan buat homework pergerakan dia, ramai yang nak kidnap CL ni.

rosli said...

Salam mama ju,

Betul tu, CL menemukan rakan2 pdkm....mama ju lagi dekat dengan CL>

rosli said...

Salam Shima,

Kalau Shima ada semalam lagi gempak punya.....mmg best jumpa kawan2 pdkm ni

rosli said...

Salam shami2,

Betul tu, berbaloi jumpa CL, Hj Imran dan CM semalam, bertambah mesra dan semakin rancak.

Satu hari nanti nak terjah Shami2 di restoran di Rawang tu pulak, nak rasa kambing bakar tu.

taj said...

Salam...

wahhhh...main terjah2 ye...dapat jugak CL ye...

Rosli...rugi arr tak dpt jumpa...

jum terjah kambing Shami

Kak Sidah said...

salam rosli,

kalau terjah kambing shami..beritau akak nak ikut..dah lama berangan dan bercadang tapi belum juga sampai..hubby akak suka sangat kambing panggang tu..

che na said...

Salam Rosli,

Alhamdulillah dpt juga jumpa CL tapii rugi gak x dapat jumpa dgn DAto Imram, Cik Rosli , Sis Taj, CM dll. LAin kali kita jumpa ye...

rosli said...

Salam Taj,

Betul tu, rugi aritu tak jumpa geng di KLIA.

One day kita plan terjah Shami2 pulak ok

rosli said...

Salam Kak Sidah,


Nanti kita plan dengan geng2 pdkm ok..mesti gempak ....

rosli said...

Salam che na,

wah mesti best dapat jumpa CLkan. Lain kali kita jumpa bersama2Cl, hope CL buat satu lagi perjumpaan sebelum dia pulang ke Makkah nanti