Friday, July 2, 2010

KL BERJEREBU PADA 28 JUN LALU

Salam,

Actually kami ada majlis penyerahan sijil ISO oleh pihak SIRIM pada  unit RC 999 kami di Aras 50 Menara TM pada 28 Jun lalu.  


Lepas makan aku lepak2 tepi tingkap di aras 50 ni, cantik Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang,  tetapi jerebu pada hari tu memang agak teruk terutama utara,timur  dan selatan KL.  Aku hanya sempat snap pemandangan KL menggunakan hp kamera.....itu saja yang ada masa tu...

Bangunan ofis aku yang kiri sekali.

Zoom paling dekat ofis aku,  tkt UG

 Kota Darul Ehsan kebanggaan rakyat Selangor
termasuk aku

Pemandangan menghala ke selatan 
( Sg Besi ) KL berjerebu


Utara dan timur KL Berjerebu,  
Menara Kembar dan Menara KL kabur saja

 Bila zoom makin kabur


 Barat KL ( Taman Tun), berjerebu jugak 
tapi pemandangan masih jelas


Kompleks Angkasapuri (RTM) bumbung biru,
sebelah kanan perumahan Pantai Dalam dan
Bangsar South (Kerinci)


Kampus UM, aku pernah menimba ilmu di sini 
dari tahun 1983 hingga 1986, 
nostalgia dan tak sangka bila bekerja dekat
dengan tempat belajar dulu. 
Syukur Alhamdulillah.

Dalam setahun beberapa kali jer aku naik kat aras 50 ni,  bila ada majlis rasmi, kursus atau taklimat.  Pemandangan sekitar KL memang cantik tetapi telinga berdengngung bila lif naik laju ke aras 50 ni, apapun aku bersyukur dapat berkhidmat dengan Syarikat ini. Amin.

14 comments:

kak su said...

Salam Rosli,

Huh!! Hebat Dapat tenguk perkembangan sekitar KL ya...

Tahniah!! dapat ISO tuu..
so prestasi kena maintain...lah ya...

Wslm

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

seronok tenguk kehindahan kl drp atas
saya kalau nak tenguk kena naik menara kl

Wassalam

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,

Bertuahnya dapat tinggal dan bekerja di Bandar..dapat naik lift sehingga 50 tingkat..

KL yang sentiasa membangun..
Dah lama mama nadz tak round2 KL..rindu juga
Pekan Changlun harapnya juga akan membangun..

taj said...

Salam...

last kali naik tkt 50...masa mesyuarat agung kelab KTTM-IP...

sebenarnya Taj tak suka ke menara..leceh n parking maheyy gila...

lepeh nih...tah bila pulak nak ke sana... mungkin tgu bila ada panggilan interview kenaikan pangkat pulak...barulah nak gi sana...hehe

rezeki said...

salam rosli

kalau cuaca baik dan berpeluang bawak dslr, tentu byk foto yg menarik dpt dirakam

aznaz said...

salam from makkah...



cl fobia tau dng ketinggian niii


wslam

rosli said...

Salam kak su,

Betul tu, nak kekalkan ISO pun agak sukar...prestasi sentiasa kena tinggi dan dokumen pun kena maintain

rosli said...

salam Rozali,

Kalau kat Menara Kl pun cantik jugak tu

rosli said...

Salam mama nadz,

Syukur saya lahir, membesar dan kerja kat KL dan PJ. Tetapi kalau di utara pun best jugsk....tak sesak dan tak jem

rosli said...

Salam Taj,

betul tu, Menara susah nak parking, jln jam dan mahal parking, saya pun kul ada pilihan memang nak kerja tmpt lain selain Menara, dulu pernah kerja kat Cyberjaya , mmg best jln tak` jam dan parking mudah

rosli said...

Salam CR,

Betul tu, next time nak bawak dslr pulak

rosli said...

Salam Cl,

Kalau selalu naik tinggi lama2 boleh hilang fobia tu

Unknown said...

salam akhi Rosli...

fuhhhh gayat tu tingkat 50..

adik ummi yg gi umrah dgn ummi tu btugas kt tingkat 50 gak ( kalu tak silap bhgn utara)...kakak ipar plak kt bangunan sblh tu ler ... hubby ummi jer kt KLJ sama ngan Taj.
kalu gitu MTQ kebangsaan nanti leh jumpa di sana ler...

rosli said...

Salam Ummi,

Insyallah kita boleh berjumpa dengan Ummi,suami dan anak2 di MTQ nanti.

Wah ada dua sedara Ummi kerja di Menara dan Annexe tu, mkgn kenal mereka or kenal rupa.