Wednesday, July 7, 2010

RINDU MAKKAH DAN MADINAH

Salam,

Semalam (6 Julai 2010) abang Nasran dan Kak Saadiah (mereka inilah yang menjaga ketiga2 anak aku sejak 17 tahun lalu) mendapat jemputan mengerjakan umrah dan bertolak dari KLIA jam 3.00 petang.  Semoga mereka berdua dan anggota keluarga yang lain dapat mengerjakan umrah dengan mudah dan mendapat umrah yang makbullah. Aku tumpang suka dan 'cemburu' pun  ada sebab tidak dapat bersama mereka mengerjakan umrahHajat dan doa mereka berdua Allah makbulkan.  Kak Saadiah baru saja kehilangan bapa tersayang Jumaat lalu. Perjalanan Umrah mereka tertunda 2 kali ,  sepatutnya 30 Jun dan 5 Julai akhirnya bertolak ke Jeddah/Madinah 6 Julai

Aku,  wife dan anak2 sempat berjumpa mereka dua kali dan seperti biasa aku berkongsi pengalaman umrah aku 2008 , jika tidak keberatan aku mohon abang Nasran mengirim salam ketika di Makam Rasulullah dan jika di depan Kaabah tolong doakan agar aku dan wife dapat jemputan untuk mengerjakan haji. 

Rindu nak solat di Masjid Nabawi

Rindu nak tengok Ladang kurma

Teringat kali pertama pakai ihram di Masjid Bir Ali.

Rindu suasana di Masjidil Haram

Aku paling rindu semua suasana di sini 
terutama waktu Subuh

Tak boleh nak bayang perasaan CL yang baru pulang ke Malaysia....sekarang aku lebih faham perasaan rindu pada MN dan MH,  semoga aku, isteri, anak2 dan anggota keluarga aku diberi peluang  Allah untuk menjadi tetamuNYA samada mengerjakan haji atau umrah di masa akan datang.  Amin

22 comments:

MohdArshad said...

Salam...Hai semua rindu Mekah n Madinah....saya pun rindu nak nalek Malaysia dan setahun tak balek.

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

kami juga merindui Makkah dan Madinah

Wassalam

Mohd Saad Hamid said...

Salam rosli.

Saya pun rindu jugak kat Madinah dan Makkah.

Semoga Allah memperkenankan hajat tuan, amin.

sonata anak kancil said...

saya rindu jugak ! dah lama tak ke sana...

Ayah Zain said...

salam Rosli,

siapa ya yang tidak rindu makkah dan madinah?

aznaz said...

salam rosli


aduhaii...cl asyik terbayang tau baitullah tuhhh...masyaallah..


wasalm

rosli said...

Salam hj Arshad,

Jom balik ke Msia, rindu yang sama, Hj rindu Msia , kami pulak rindu Makkah dan`Madinah

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, kita semua rindu Makkah dan Madinah

rosli said...

salam Hj Saad,

Tk atas doa tuan, kita sama2 rindu Makkah dan Madinah

rosli said...

salam Hjh Zaleha,

Semua rindu Makkah dan Madinah

rosli said...

Salam AZ,

Betul tu.....semua pasti rindu Makkah dan Madinah.....

rosli said...

salam CL,

Tak boleh nak bayang perasaan CL waktu ni.....mesti teramat rindu....tak apa Cl bercuti sekejap saja....

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli.
Apa kbr?
Semua merindui MK.
Walaupun MI tak pernah sampai kesana, dengan milihat dan merasakan pegalaman yang diceritakan. membuatkan MI terasa juga. Terasa bagaimana keadaan disana, bagaimana hidup disana dan kerinduan bila balik semula ke Malaysia.
Hanya yang tahu bisa megerti kan.
Semoga doa2 mereka di makburkan, sentiasa kita berdoa, dan mohon kepada Allah.
InsyaAllah
Salam

taj said...

Salam Rosli...

saya pun amat rindu Mekah & Madinah...dah lama dah tak balik sana dah... dah 3 bulan genap...
Semuga Allah tidak putus dan jemu untuk menjemput kita kembali ke sana lagi dan di waktu yg paling dekat...amin YA Rabbal alamin

rosli said...

Salam MI,

Betul tu, bagi yang pernah ke sana dan mendapat hidayah akan terasa semua perasaan tu, suasana dan perasaan rindu yang difahami oleh tuan punya diri. Sama2lah kita berdoa.Amin

rosli said...

Salam Taj,

Saya pulak 6 Ogos ni genap 2 tahun meninggalkan MH masih terasa baru dan rindu sangat, apatah lagi TAj dan CL yang masih baru lagi tinggalkan MH. Semoga doa selepas tawaf wida' dulu cepat dimakbulkan Allah s.w.t. Amin

rezeki said...

salam rosli

alhamdulillah

semoga kerinduan kita semua sentiasa mekar dan berbunga dalam hati kepada 2 tanah haram itu

Ira said...

salam..
menarik ..

Unknown said...

salam akhi Rosli...

tiada yg lebih dirindu kecuali dua bandar niiii. masyaAllah , tak dpt nk digambarkan...

rosli said...

Salam CR

Betul tu , harapan agar rindu sentiasa membara sebagai motivasi untuk ke sana lagi

rosli said...

Salam Ira,

Terima kasih.

rosli said...

salam Ummi,

saya memahami apa yang Ummi rasa skrg....mesti masih lagi terbayang bersolat di Raudah dan Depan Kaabah...perasaan itu kita saja yang tahu