Saturday, January 8, 2011

MAKAN MALAM RINGKAS

Salam,
Hari ini dari tengahari aku ke perjumpaan geng2 PDKM dan sekali gus meraikan harjadi HJ CL di hotel Singgahsana PJ,  best dapat berjumpa kawan yang dekat dan jauh,  paling jauh  HJ AZ dan isteri (dari Pontian),  Hjh Zainab dan suami ( dari Kuantan) dan Hj Saifuddin  ( Dari Melaka), tabik kat mereka  semua...best !

 
Perjumpaan tamat lebih kurang jam 6.00 petang, aku bergegas pulang,  tiba dirumah wife sedang masak sayur buncis campur ikan bilis yang digoreng garing dan ikan tenggiri  goreng pedas bercampur bunga kantan peberet ku....lepas maghrib tadi aku makan lagi....best,  sedap sangat, tqvm my dear.

 Tak terliur ker ?

Peberet aku ..!

10 comments:

mama ju said...

Aslkm. Wah dapat tangkap gambar masak2 lagi. Hehe malam ni mama tak masak...tgklah N3 mama.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

terliur akak...tadi kat sana tak makan sangat, sebab kenyang makan goreng2an jer..

rosli said...

Salam mamaju, Best gambar dan caption tu....yang kat Gunong Bromo tu best....rugi saya tak ke sana tahun 2004.....lalu ajer kat situ...cntik gambar dan pemandangan, subhanallah ,awan tu sgt halus.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Saya pun tadi kurang makan, dah berjumpa dengan kawan2 sibuk bercerita....4 jam saya di sana rasa sekejap sangat.Best sgt ,

sonata anak kancil said...

sedapppp....kalau dah jumpa kawan2...makan tolak tepi le...seronok bercerita kan

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu....nanti kat rumah AZ, cam tu jugak...nasi beriyani/minyak kita tak makan.....sibuk berborak pulak...

sinomosa said...

Salam En Rosli,

Sy pun seronok dapat bersama-sama org besar dan hebat spt En Rosli, En Din, Datin Azlina, Mama Sidah, Mama Nab, Mama Ju dan semuanya..
Terima kasih atas ukhwah

rosli said...

Salam Syima,

Kita semua sama saja , yg berbeza cuma umur, you all pun hebat2 jugk

Kak Sidah said...

Salam en.rosli,

akak pun langsung tak makan yg heavy..leka bersembang..takder selera nak makan..makan goreng2 tu jer..balik masak nasi buat sup sayur campur dan goreng telur dadar..baru makan nasi..
seronoknya jumpa beramai2 tadi..nanti kita plan yg lain pulak yer..mungkin tepi laut ker atau hutan2 lipur ok tak ..tu kalau dapat persetujuan ramai..

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Saya setuju dan ikut ajer, kalau tidak ada aral saya akan hadir sama. TQVM kerana menguruskan dan advancedkan bayaran semalam.