Saturday, December 18, 2010

BEREHAT DAN BERSANTAI BERSAMA KELUARGA DI ANJUNGAN BEACH RESORT DAN SPA , TELUK NIPAH, PULAU PANGKOR- PART 1

Salam,

Awal pagi tadi(18 Dis) aku dan keluarga bertolak dari Bangi ke Jeti Lumut, amik bot dan terus ke Jeti Pangkor dan tiba di Anjungan Beach Resort dan Spa lebih kurang 12.30 tengahari.  Salah satu janji aku dengan anak2 nak bawak mereka berehat dan bercuti di tepi pantai dan bermalam, kami di sini dua malam sahaja,  lusa akan bertolak pulang ke Bangi, lepas tu ada program lain pulak...

 Makin cantik Jeti Pangkor

 Cantik resort ni

Unik kolam renangnya berbentuk sampan

Tunggu entri jalan2 dan makan2 di Pangkor. Best sangat dapat bersama isteri dan anak2di sini.

Friday, December 17, 2010

DARI LIGA KELANTAN, TMFC DAN SEMULA KE KELANTAN- MOHD FARISHAM ISMAIL - PART 2

Salam,

(Saja nak curi tumpuan sebab sekarang Team Malaysia sedang 'seronok'dan baru menang first game lawan Vietnam, esok kita sama2 doa Malaysia menang lagi agar boleh masuk final dan terus jadi juara). Sebagai rakyat Malaysia aku sokong pasukan Malaysia , cuma aku tak sokong segelintir pegawai FAM yang tumpang glamour dan berlagak macam mereka hebat sangat. Ni sambungan kes Chanthuru....

Pertama sekali aku mintak maaf sebab tidak bekerja keras mencari gambar  terbaru Mohd Farisham Ismail. Sekarang dia salah seorang pemain utama Kelantan dan beraksi dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2010.  Siapa Farisham Ismail ? ( FI). Kes dia lebih kurang dengan kes Chanturu,  cumanya dia belum berpeluang lagi bermain dengan pasukan Malaysia.  Budak baik dan pendiam....kes dia lebih tragis kepada pemain dan TMFC.
Mohd Farisham Ismail

Aku mula kenal dengan budak ni November 2006,  masa tu perlawanan persahabatan TMFC dengan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Mohd ke 4. Ketika itu budak ni bermain dengan pasukan Kelantan  dan ketika itu pasukan Kelantan masih 'huru hara,'  tiada penaja,  pasukan yang lemah kerana semua pemain utama Kelantan lari ke negeri lain. Pasukan Kelantan ketika itu 'miskin' sangat , hutang stadium dll lagi,  tapi aku tabik kat Hj Jazlan ( skrg dah Datuk)dan Hj Affandi ( skrg dah Datuk) kerana mereka bersungguh2 nak majukan pasukan Kelantan ketika itu. 

Dulu dan sekarang banyak pasukan negeri yang kekurangan dana dan berhutang dengan FAM dan lebih buruk  berhutang dengan pemain soal gaji dan KWSP. Ini bukan tuduhan jahat tetapi kenyataan....takut nanti ada yang nak saman aku pulak......aku kena bersedia dengan pasukan lawyer aku pulak ni.....

Biasanya bila perlawanan persahabatan pengurusan pasukan akn mendapat tetamu percuma di kalangan pemain yang menawarkan diri untuk menyertai TMFC,  pasukan kami ketika itu mewah,  tidak ada masalah gaji, bonus pemain dan kemudahan rumah dan lain2....Manakan tidak....kalau masalah gaji masuk paper big boss aku akn cari aku.....ketika itu aku Setiausaha Kehormat TMFC....tugas penting dan jugak sain cek dan gaji pemain....berat tanggungjawap yang benarnya.

FI telah berjumpa dengan coach Raja Isa dan Irfan Bakti untuk bermain dengan TMFC.....aku tak pasti ikut saluran atau tidak.....bila aku bertanya dua2 coach ni mereka kata ok ...beres....Bulan Disember 2006 aku pun daftarkan pemain ini dan pemain lain dengan FAM bagi mendapatkan lesen pemain dan lesen pegawai bertugas.....Semua FAM luluskan. Syukurlah. Dari bulan Januari hingga April 2007, pemain ini sempat bermain dekat2 10 game rasmi dan ada yang TMFC menang dan kalah.  TMFC kurang menjadi bagi musim 2006/2007.  

Nanti aku cerita lain pulak....panjang cerita TMFC .  Bermula dengan perletakan jawatan Irfan Bakti selaku ketua Jurulatih dan kontroversi perlantikan Wan Jamak sebagai ketua jurulatih TMFC akibat lesen jurulatihnya yang belum diperbaharui.  Kerenah dan birokrasi FAM tidak berpihak kepada TMFC,  padahal ketika itu TM penaja utama FAM dan Liga Malaysia.....Ketika itu Serbegeth Singh ( Shebby) telah dilantik menjadi penasihat pasukan TMFC dan begitu lantang mengkritik FAM dan beberapa jurulatih Malaysia termasuk B. Sathianathan....semua ini menarik untuk kita renungkan bersama......bermulalah episod duka TMFC lepas ini.....(Wan Jamak adalah merupakan salah seorang bekas pemain Malaysia dan anak  Malaysia yang pertama dapat lesen kelas A, cuma lesen dia tidak diperbaharui kerana tidak melatih mana2 pasukan ketika itu....terlalu banyak dugaan dan kerenah FAM yang terpaksa TMFC lalui ketika itu)

Perlawanan Piala FA  TMFC melawan Perlis ,  TMFC menang selesa 3-1,  dalam diam rupanya Perlis protes setelah mendapat maklumat berhubung FI dari orang dalam KAFA dan FAM....'jahat' sungguh mereka ni....mereka berdendam dengan Shebby dan TMFC.....Protes  Perlis diterima bulat2 tanpa memanggil TMFC terlebih dahulu dan FAM hanya memanggil TMFC setelah membatalkan kemenangan TMFC dan Perlis layak ke pusingan seterusnya..... TMFC berputih mata dan aku kena pikul kesalahan ini....ramai yang gelak ketawa dan 'memadankan' muka aku dan pengurusan aku. Semua jari tertuding ke muka aku.....aku terpaksa berdepan dengan Dato Abd Wahid Omar,  Ketua Pegawai Ekeskutif,  Kumpulan TM ketika itu....malu pun ada , segan pun ada....Tahniah FAM, KAFA dan PFA...anda semua  berjaya dengan lakonan kelas satu....Perlis yang begitu bersemangat pada ketika itu, kalah dalam perlawanan separuh akhir.....padan muka depa....sbb nak sangat menang hingga lupakan semangat kesukanan....

2 minggu lepas itu kami kemukakan rayuan,  pengurusan TMFC seramai 4 orang bertemu di dalam kes rayuan dengan FAM seramai 8 orang diketuai oleh YM Dato Raja Ahmad Zainuddin yang juga Naib Presiden FAM ketika itu.....45 minit aku sorang 'bertekak' dengan YM Dato Raja, aku dah hilang rasa takut dan tak respek pada Raja Ahmad Zainuddin ketika itu..dan hingga kini ...mereka langsung tidak pertimbangkan rayuan dan sebaliknya menyalahkan aku 100 peratus......aku pelik ,  lesen mereka dah keluarkan untuk pemain.....bila jadi begini.....FAM kata aku dan TMFC yang bersalah sebab amik pemain yang berumur kurang dari 21 tahun tanpa kebenaran pasukan Kelantan ( KAFA)...KAFA hanya bagi kenyataan dan surat bertulis pada FAM bulan Mei 2007....sebelum itu mereka 'merelakan' pemain cari makan di luar Kelantan....bulan julai 2007 aku 'pulangkan ' semula pemain ini ke Kelantan.....You all semua nak tau apa jadi pada pemain ini,  pasukan Kelantan tak terima  dia semula pada tahun 2007....kesian dia...dah la tak ada gaji dari Julai 2007 hingga Disember 2007, pasukan negeri sendiri 'menganiaya' dia pada ketika itu.......kesian pada pemain bolasepak Malaysia sekarang ni.....kalau tak percaya tunggu 'drama' sebabak antara KAFA dan FAM dan persatuan negeri lain musim 2011 nanti.( Nota : Raja Ahmad Zainuddin kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden tahun 2010,  tapi FAM masih lantik dia ke jawatan lain.....aku heranlah dengan FAM ni, dah tak ada orang lain ker ?
Nota  ke 2 : Dari tahun 2005 hingga sekarang Telekom Malaysia (TM) adalah penaja utama FAM.....mereka langsung tak amik kira semua ini.....dalam masa yang sama aku jugak tidak berniat nak tegakkan benang yang basah....tapi segelintir pegawai FAM memang 'berniat jahat' kepada TMFC ketika itu.Tahun itu aku ada hubungi sorang wartawan sukan dari salah sebuah akhbar utama Malaysia.....tunggu punya tunggu...last sekali dia 'kencing' aku, tak jadi jumpa.......aku nak dedahkan cerita sebenar.....rupa2nya ada sorang dua wartawan sukan memang pengecut nak tahu cerita sebenar....takut nak melawan arus....cehhhhh, campak saja etika kewartawanan tu ke dalam Sg Klang berhampiran Bangsar , dekat dengan pejabatnya....hampehhhhhhh.

Aku dah buat penilaian sendiri ke atas segelintir pegawai FAM yang hanya nak dapat glamour di FAM dan sangat taksub pada persatuan negeri sendiri dan ada segelintir memang nak 'bunuh' kelab.  Kepada pembaca blog aku buatlah penilaian sendiri.  Aku tabik pada DYMM Tuanku Sultan Pahang selaku Presiden FAM dan Anakandanya Tengku Mahkota selaku Timbalan Presiden FAM yang ikhlas nak  majukan bolasepak Malaysia, cuma ada segelintir pegawai FAM yang masih tidak faham2 bahawa mereka sudah tidak ada idea dan sepatutnya sudah lama meninggalkan FAM !.

p/s Aku tidak takut sahut cabaran FAM kalau mereka hendak dapat idea aku untuk majukan bolasepak Malaysia.....tapi sekali lagi aku masih lagi bermimpi di siang hari mengharapkan perkara ini berlaku....hehehehe.....


Thursday, December 16, 2010

JENAKA DI PADANG GOLF 2 - ISTILAH 'KALAU'DI PADANG GOLF

Salam,


 Ni aksi aku tahun 2005, masa mula belajar driver
di Kelab Golf UPM

Aku mula main golf Januari 2005 bersama seorang sahabat baik aku Azhar Omar, dia 10 tahun muda  dari aku. Pro golf (cikgu) kami sama,  sama2 belajar,  sama2 khatam dan selalu bermain golf dengan dia....antara perkatan yang kami selalu guna di padang golf adalah 'kalau',  bila pukulan tak menjadi perkataan  'kalau' ni sentiasa menjadi alasan terbaik untuk 'cover' kelemahan kami......
  • kalau dapat par tadi kan best....
  • kalau dapat birdie  tadi kan best.......
  • bro, kalau dekat sikit tadi mesti dapat 'hole in one'.....
  • kalau tak mesti aku dapat 10 par tadi.....
  • kalau guna bola baru mesti jauh tee off tadi....
  • semuanya kalau......kalau dan kalau....
Selalu jugak Azhar tegur aku pasal perkataan kalau ni......tp skrg aku dah kurang atau tidak lagi  guna perkataan ni.....malu pun ada......permainan bukan bagus sangat.....tapi pasal nak cover kelemahan diri....ada saja alasan dan perkataan kalau...

Kalau permainan tidak bagus atau score tak bagus.....mudah saja...mengaku dan kata dengan diri sendiri..."aku memang belum bagus". Lepas tu pergi Driving Range dan berlatih lagi......

Tak perlu cari alasan dan kawan2 pun tak sakit hati dan tidak mengata di belakang kita.....hahaha..Perkataan 'kalau' kalau kita guna selalu memang boleh jadi 'sangat cemerlang' di padang golf.....

Wednesday, December 15, 2010

TUGASAN TAK RASMI DAN MAKAN2 DI KUCHING - LAST PART 2010


Salam

Macam biasa,  bergambar dan snap guna kamera nikon compact dan HP E 90 aku.

 Salah satu mercu tanda Bandaraya Kuching

 Jualan kayu tas dan gambir Sarawak memang banyak di sini
antara petua dan 'khasiat'

Usahawan muda,  kentang goreng yang dipotong cantik...
kalau tak silap Spiral Potato..

Usahawan dan perkhidmatan sampan,  usaha mereka sangat berharga
untuk penduduk tempatan dan pelancong di sini

Bersama Shahriadzi,  artis baru dari Kuching yang
akan mewarnai dunia artis tak lama lagi, 
dia buat persembahan di Majlis RNR kami

 Midin,  salah satu jenis sayur terkenal di Sarawak

 Ini pulak ambal goreng kari, kalau kat Semenanjung
kita panggil pepahat....sedap

Lobi hotel Grand Margherita yang baru siap renovasi..cantik

Side walk atau jeti tambahan....semua untuk pelancong
dan kemudahan orang awam

Selama 3 hari 2 malam di sana, kebanyakan masa habis di bilik mesyuarat dan ballroom hotel,  sampaikan nak call Abang Sulong ( PDKM) dan CECE di Kuching pun tak sempat,  hope mereka berdua tak kecik hati.  Jumpa lagi Kuching tahun 2011, Insyallah.

Saturday, December 11, 2010

MENIKMATI KEBESARAN ALLAH DARI DALAM KAPAL TERBANG

Salam,

Dalam perjalanan aku dari KLIA ke Kuching baru2 ini aku berpeluang merakam gambar awan.  Tahun 1985 aku sempat belajar pasal kaji iklim selama satu tahun dan salah satu assignment aku adalah pasal awan,  ketika itu hanya aku buat kajian pasal awan di Pelabuhan Klang selama beberapa bulan, dan kajian itu hanya dari darat.  Pensyarah aku Prof Dato Dr Azizan Abu Samah, sempat tnjuk gambar hasil kajiannya semasa di Australia dulu.

Sejak bekerja dari tahun 1986 hingga sekarang kerap jugak aku naik flight untuk ke mana2 destinasi dan yang paling best dapat tengok awan dari dalam kapalterbang dari awal pesawat nak berlepas, ketika 32 ribu kaki di udara dan ketika nak mendarat, pola awan memang berbagai jenis.  Aku semakin teruja dengan dengan jenis awan dan sekali gus dapat menikmati kebesaran Allah. Syukran.


32,000 kaki dari paras laut, menuju Kuching, Sarawak

Masih di paras 32 ribu kaki, awan jenis SIRUS

Pesawat dah mula menurun untuk mendarat
Awan dah mula bercampur antara SIRUS DAN KUMULUS

 Ni dia awan Kumulus Nimbus yang biasanya
buat hujan dan ribut petir, 
awan semakin tebal berhampiran Bumi

Melepasi tahap pembentukan awan, lapang dan terang
Salah satu sungai yang panjang dan merentasi 
Bandaraya Kuching dan hampir dengan Airport

Salah satu penempatan dan pekan kecil yang hampir 
dengan airport Kuching

Dah selamat mendarat....Kuching here i  come again..

Ada masa dan ketika akan datang,  akan cerita lagi pasal awan dan proses pembentukan awan dan hujan.

Tuesday, December 7, 2010

HAWAIIAN COCONUT CAKE BY MY WIFE

Salam,

Sempena cuti maal hijrah arini,  wife aku  cuba2 buat kek Hawaiian Coconut untuk kami sekeluarga.  Alhamdulillah kek menjadi dan rasanya  pun pada aku sedap ,  walaupun aku tak suka makan kek tapi boleh habis sepotong kek yang dihidangkan untuk aku.  Wife aku bukanlah pandai atau pakar membuat kek. Tapi suka mencuba membaking mana2 kek yang kelihatan menarik dan mudah dibuat.  Dan seperti isteri2 yang lain wife aku juga suka membeli buku2 resepi baik masakan harian, muffin atau resepi kek.  Dan aku tengok rajin juga dia mencuba membaking mengikut buku resepi tu.

Kek Hawaian Coconut ni pun dia buat ikut buku resepi yang baru dibelinya minggu lepas di MPH.  Wife aku boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya di dalam MPH, di ruangan buku2 resepi, membelek, membaca, memilih dan membeli mana yang difikirkan sedap dan mudah untuk dicuba.   Aku dan anak2 tumpang gembira juga sebab wife aku dah rajin membaking.  Kami anak beranak dah jadi tukang komen yang tak bertauliah dan yang pentingnya tukang makan! hehehe....

Buku resepi dibeli di MPH, Alamanda, Putrajaya

Baki cream cheese
Ni satu potong kek untuk aku...nyam2 sedap

Ni satu potong untuk anak jiran aku


Monday, December 6, 2010

REZKI MENANG DRIVER DI BANGI GOLF RESORT

Salam,
Pertengahan Oktober  lepas aku dihubungi sahabat aku Hj Jamaludin Madrop (Jamal) dan telah memasukkan nama aku untuk pertandingan golf sosial anjuran MATA, pada 27 Oktober  .  Kali pertama aku masuk pertandingan walaupun ianya pertandingan kecik,  takut, rasa rendah diri dan macam2 lagi...... Aku  anggap diri ni masih baru dalam permainan golf...


Dengan kaki yang masih sakit aku teruskan jugak mengharungi pertandingan ini, tibalah ke satu lubang  PAR 4,  ada signage Nearest To Line (NTL),  aku buat pukulan tee off yang  biasa jer dan sederhana....jarak bola golf aku lebih kurang 1.2  meter dari garisan NTL ,  budak yang ukur tu kata ada peluang memang, aku tak mengharap pun, kerana ramai lagi yang hebat dan handicap rendah.  Terkejut jugak masa pengumuman di majlis penyampaian hadiah bila nama aku diumumkan....dah rezki aku   agaknya dapat hadiah Driver Maruman.  



 Terus cuba Driver ni di Driving range Danau UKM
Terima kasih kepada Sdra Haji Jamal yang banyak menyokong aku dan memberikan dorongan dalam sukan golf ni dari tahun 2005, iron 60 Maxfli pemberian Jamal masih aku guna sehingga sekarang. Dia jugaklah yang mendorong aku gi Umrah tahun 2008 dan menggalakkan aku gi haji semasa muda ni. TQVM sahabat.

Saturday, December 4, 2010

TIKAMAN MANA LEBIH BISA ?

Salam,

Tikam depan, tikam belakang, tikam ekor, tikam lidah dan macam2 lagi tikaman ,  mana yang lebih baik dan lebih sakit ?......jawapannya tikaman tulang belut yang terbaik.... sebab itu tikam buat duit dan merupakan salah satu jahitan di leher baju kurung....kakak aku pakar jugak buat baju kurung jahit tikam tulang belut....hehehe....kalau nak tempah sms, or call aku or tgk entri pasal kakak aku....

Tikam belakang sakitnya kita saja yang tau....Ada satu jenis tikam yang aku tak akan paparkan secara khusus di sini,  orang yang berumahtangga saja yang tau, takut nanti aku dituduh penulis blog porno pulak.....hahaha...


Antara tahun 1986 hingga  Julai 1993 aku biasa bertikam lidah dengan boss dan kemuncaknya aku letak jawatan dan join company aku sekarang....kat sini dah 17 tahun aku kerja.....macam2 tikam aku belajar....pernah belajar tikam depan , tikam belakang dan macam2 lagi. Sebenarnya kalau diikutkan tikaman2 ni aku dah lama 'MATI' dah sebab hingga sekarang masih ada beberapa lagi 'pisau' masih tercacak di belakang aku....hehehe.

Banyak tikaman dah aku buat....yang paling aku tak suka tikam belakang......tapi aku kena belajar jugak sebab antara tahun 1993 hingga 2004 dah`banyak pisau tercacak 'di belakang aku.  Cuma yang aku tak belajar adalah tikam ekor sahaja....hahaha.  Sebelas tahun aku ditikam kawan baik.....bila aku membalas dengan berbagai tikaman yang aku pelajari.....semua orang marah.....macamlah mereka baik sangat..hehehe , mereka jugak bukan malaikat.....

Dont worry....orang mcm aku dah dapat balasan Allah,  mereka yang tikam aku juga dah dapat balasan Allah,  ada yg dah berhenti kerja, dah VSS , berhenti 24 jam dan macam2 lagi....fair and square.....selagi aku kerja di sini ada yang pandang sinis.....mgkn mereka akan puas hati jika aku mati atau berhenti kerja. Sebab tu orang tua2 selalu pesan pada kita,  guru2 pun selalu pesan buat baik berpada2 dan buat jahat jangan sekali.....(Ni pengakuan berani mati  punya).  Apa nak buat, tanggung ajer lah...Aku dah maafkan dunia dan akhirat kawan2 dan musuh2 yang tikam aku dulu dan aku juga berharap mereka maafkan aku...Amin.


Selagi waras dan selagi hayat dikandung badan, aku akan sentiasa ingat bahawa Allah adalah pencipta aku dan aku akan terus menghambakan diri kepadaNYA. Aku dah tak peduli dengan semua tikaman itu,  aku lebih takut di SANA nanti ,  bila nak berdepan dengan Allah nanti...ada sesiapa nak rasa 'Tikaman' dari Allah..... ?

Thursday, December 2, 2010

SIAPA BERTIKAM DENGAN HANG TUAH ? JEBAT atau KASTURI ?

Salam,

Ikut buku Sejarah Melayu  penulisan semula  WG Shellebear tahun 1977,  Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat.....akhirnya Tuah`menang dan Jebat mati tertikam.......Bagi semua orang yang suka watak Tuah mereka sanjung Tuah .....bagi yang kaki lawan dan suka menentang suka Jebat.....aku dari dulu memang suka Jebat entah kenapa....mungkin dah ada dalam darah ini agaknya.  Itu jugaklah Buku Teks rasmi aku tahun 1981 hingga 1982 semasa  aku di tingkatan enam dan guna untuk STPM.

Tahun 1983 semasa belajar di UM,  aku selalu jugak masuk perpustakaan  UM di bahagian Red Spot....nama pun dah red,  kat sini  dulu boleh masuk 4 jam sahaja dan tak boleh pinjam atau fotokopi mana2 buku yang ada di situ.  Aku berpeluang membaca Buku Sejarah Melayu asal penulisan Tun Sri Lanang,  bahasa Melayu lama dan amik masa nak baca dan faham. Nak tau siapa bertikam dengan Tuah ?,  Bukan Hang Jebat ,  tetapi adalah Hang Kasturi...terkejut beruk aku....So sehingga sekarang pada aku itulah sejarah asal kisah pertikaman itu......sehingga kini aku jadi taksub dengan buku itu dan aku percaya memang Hang Kasturi yang bertikam dengan Tuah dan bukannya Hang Jebat.  

Buku tersebut telah diterjemah dan disusun semula oleh WG Shellabear dan dengan sengaja menjadikan Tuah sebagai hero dan Jebat sebagai penderhaka,  pihak Inggeris memang ada agenda tersendiri mereka ketika menjajah Melaka dan Golden Chersonese....  Bagi yang meragui citer ni tolong rujuk wikipedia,  Tuah, Jebat dan Kasturi...macam2 teori dan fakta sejarah ada dalam tu,  aku pun tak pasti yang mana betul sekarang.

Awal tahun ini, kita jugak dikejutkan dengan pakar sejarah mengenai sejarah Melaka banyak yang perlu perubahan terutama tarikh2 yang dinyatakan dan beberapa perkara penting....lepas tu senyap ajer.....entah nape....mgkn salah satu sebab nanti beribu pelajar kena ubah gred Sejarah dalam sijil PMR,  SPM or STPM  kerana tersalah fakta.

Yang pasti ramai yang tidak bersetuju dengan aku dan meragui fakta yang aku kemukakan sebab pada mereka Jebat bertikam dengan Tuah,  pada aku Kasturi.

Kasturi mengikut fakta sejarah  adalah anak jati Melaka dan berasal dari Melaka,  berbanding dengan 4 Hang yang lain yang dikatakan berasal dari China.  Mgkn WG Shellabear sengaja mengatakan Jebat yang bertikam dengan Tuah, sebab tidak mahu Kasturi lebih popular...mereka tidak suka anak tempatan lebih polular dan diangkat tinggi.

Kalau kita tengok cerita Hang Tuah  versi P. Ramlee,  di babak akhir Tuah ada berkata lebih kurang begini..." Akukah yang benar atau Jebat yang benar"

p/s Sekali lagi apa yang aku tulis ini sekadar pandangan aku dan tidak boleh guna untuk menjawap peperiksaan. Hope mana2 pakar sejarah tidak mendakwa aku pulak....aku sekadar meluahkan apa yang ada dalam buku Sejarah Melayu asal tulisan Tun Sri Lanang

Nape tiba2 aku berminat keluarkan citer pertikaman Tuah, Jebat dan Kasturi....tunggu next entri pasal tikaman...

Wednesday, December 1, 2010

JENAKA DI PADANG GOLF - HANG NAK PI MANA ? - PART 1

Salam,

Kalau kita teliti sejarah lalu, Portugis sebenarnya nak serang Kedah, Penang dan Perlis, tp bila bila mereka dapat tau terlalu ramai Hang kat sini.hang dah malan, hang .........sampaikan ada sebutan hang nak pi mana....mereka takut, so tak jadi serang utara Golden Chersonese, dan bila mereka dapat tau ada 5 Hang ajer di Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat , Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, tulah sebab Melaka di serang....dan akhirnya Melaka dengan mudah di tawan oleh Portugis....ini fakta sejarah yang aku dapat dari rakan2 golf yang memang ramai kaki lawak.....hahahaha......

5 Hang di Melaka ni memang teror,  Hang Tuah kesayangan Raja, tapi aku tak suka dia,  dia kaki bodek raja,  Hang Jebat di katakan penderhaka,  aku suka Jebat, Hang Kasturi adalah hero aku yang sebenar.....ada sebab. nanti baca next entri, Hang Lekir dan Hang Lekiu tak banyak aku tahu.....rasanya mereka ni pengikut setia Tuah kot.....

Dari beberapa pembacaan aku dalam wikipedia dan blog2 para sejarawan.....mereka kata 4 Hang ini asal dari China,  Hang Too Ah, Hang Jee Bat, Hang Ler Kiu dan Hang Ler Ker kecuali Hang Kasturi yang mereka kata adalah kawan 4 hang ini masa kecik dan asal dari Melaka atau mungkin rakyat Melaka susah nak sebut Kasturi sebab tu mereka katakan dia ni berasal dari Melaka.  Pada aku pulak kita boleh sebut Hang Kath Auri....so masa tu ada limau kasturi dan nak senang mereka sebut Kasturi.....hahahaha....ni aku reka`sendiri.

p/s Amaran : Jangan guna semua jawapan di atas semasa menjawap soalan PMR/ SPM or STPM


TUGASAN TAK RASMI- NAIK SAMPAN DAN BELI KEK LAPIS- PART 3

Salam,
Hari kedua (25 Nov) di Kuching,  selepas program rasmi, ada masa sedikit lebih kurang jam 4.30 petang kami sempat naik sampan depan hotel, di Waterfront, tambang 50 sen seorang sehala, kami menuju ke Mira Kek House,  dalam sampan lebih kurang 3 hingga 5 minit sahaja.

 Tu dia kompleks kedai yang dituju

 Ni dia sampan yang kami pilih

  Dalam sampan menuju ke jeti seberang

Ni dia jeti Kg Boyan, Kuching

 Aku, Rizal(EPU) , taukeh sampan dan Zool( MERS 999)

Sebelah kiri hotel penginapan kami, 
Grand Margherita, Kuching

Habis kek ni, tadi bertimbun banyaknya,
separuh kami dah borong bawak balik
Semenanjung !

Balik semula ke jeti untuk pulang ke hotel...
puas hati dapat beli kek lapis basah...hehehe

Orang lelaki kalau beli kek ni 30 minit ajer termasuk , jalan kaki ke jeti dan perjalanan sampan,  pilih2 dan terus beli.....tak sempat merasa pun,  ada satu kumpulan perempuan tu....merasa kek ajer dah 20 minit lepas tu cakap lagi (ngumpat agaknya)....tp tengok mulut mengunyah  lagi....pot pet pot pet ...lepas tu beli satu ketul ajer pulak tu..letih aku tengok gelagat mereka ...aku mengatalah ni....jangan marah ok...aku pun manusia biasa yang punya perasaan....hahahahaha....

Sunday, November 28, 2010

MULUT MANA LEBIH BAIK ?

Salam,
Antara mulut laser, mulut jahat, mulut celupar,mulut lepas cakap, mulut manis,mulut masin, mulut tempayan dan sekarang budak2 muda selalu cakap mulut longkang dan banyak lagi jenis mulut...mana yang lebih baik ?

 Antara tahun 2004 hingga 2008 aku memang selalu lepas cakap,  antaranya aku pernah terlepas cakap,  " kalau boleh sampai mati aku tak bercakap atau berkawan dengan bekas kawan aku yang aku kenal 11 tahun.... Tau apa yang berlaku masa  buat umrah tahun 2008.....muka2 yang aku tak suka appear macam video masa aku sedang berdoa di Raudah,  MN.  Aku 'frust' dengan Allah masa tu,  napelah Allah tunjukkan muka2 mereka yang aku tidak suka dan aku anggap dah 'mati'....itu dulu.....sekarang aku lebih faham nape Allah tunjukkan pada aku,  nasib baik aku tidak mendoakan mereka yang bukan2 masa dalam MN. Nape dengan Allah pun aku nak bermulut laser....kalaulah Allah putuskan satu urat lidah aku mau senget atau terjelir lidah aku ! Aku bersyukur skrg sbb Allah maha mengetahui apa yang ada dalam hati aku.

Bila pulang dari umrah,  terlalu banyak perkara yang berlaku, mimpi ngeri, insiden dan banyak lagi peristiwa yang membuatkan aku berfikir.....teringat abang kedua aku dulu,  selalu nasihat aku bila kita bercakap......apa yang kita cakap bukan lagi milik kita....ia milik orang mendengar....sekarang aku lebih faham....kena amat berhati bila bercakap lebih2 lagi bila bercakap dengan mulut tempayan atau yang suka menyampai.....Kalau bergosip pastikan kita bergosip dengan diri sendiri atau simpan dalam hati....lebih selamat.

Cuma kekadang dalam realiti hidup dan bekerja,  aku dah cuba kurangkan mulut laser aku...aku cuba low profile.....yg bestnya....kawan2 yang kenal aku masih ada segelintir lagi provoke aku dengan cerita sensasi dan gossip2 supaya aku melenting semula dan lepas cakap macam dulu2...bila nak patahkan cakap kawan2 aku biasa cakap,  aku dah penat jadi Jebat,  aku memang tak mau jadi lalang atau Tuah....aku lebih suka jadi Hang Kasturi....dan skrg aku lebih suka jadi rakyat jelata......hahaha....jadi rakyat jelata tidor kita lebih lena....betul ker ?.....Siapa Hang Kasturi.....tunggu entri  .....entah tak tau bila sebab buku pasal Hang Kasturi hanya ada di Red Spot library UM sahaja.....hasil penulisan Tun Sri Lanang...

Saturday, November 27, 2010

BERTEMU DENGAN NORMANIZAM ( IJOI ) DI KLIA SEMALAM

Salam,

Kali ini aku nak cerita pasal pemain takraw pulak.  Kalau nak baca pengalaman pemain takraw tahun 80an ,  sila baca entri Pak Itam ( CR).

Semalam setibanya di KLIA, aku tunggu wife jemput aku di pintu 2 ketibaan,  aku terkejut di sapa oleh seorang pemain takraw Malaysia yang baru pulang dari Guangzhou, China, Normanizam atau nama gelaran dia IJOI  kami bersalaman dan dia pun peluk aku cara peluk Arab....dia masih hormat dan ingat aku, aku sangat terharu.   Dalam pasukan Msia sekarang ada 3 orang bekas pemain sepaktakraw Telekom Malaysia....aku sempat jadi Pengurus Pasukan TM pada tahun 2002 hingga 2004.  Tahun kegemilangan TM pada tahun 2004. 

Aku sempat bagitau Ijoi,  jubah Arab yang dia belikan aku dulu pada tahun 2007, aku pakai masa gi umrah tahun 2008,  banyak pahala dia kerana aku pakai setiap kali nak gi solat di MH dan MN.  Cuma yang aku tak pakai adalah igalnya sahaja.  

Aku tengok berat badan Ijoi sedikit naik dan sempat nasihatkan dia banyak bersabar dan teruskan usaha untuk naikkan nama Malaysia. Aku yakin Malaysia boleh berjaya jika berusaha keras dan mereka bekerja sebagai satu pasukan.  Pak Itam (CR)dan rakan2 tahun  80an patut di panggil semula oleh PSM untuk memberikan idea bagaimana berdepan dengan Siam yang terkenal dengan gelagat mengejek atau 'menganjing' sepertimana kata Pak Itam dalam entrinya....rujuk blog Pak Itam...bagus cerita dan pengalamannya.

Ketika nak berpisah kami berpelukan cara Arab lagi,  aku terharu dengan sikap dan rasa hormat Ijoi pada aku.....Ijoi terkenal dengan servis kudanya dan berjaya menakutkan pasukan Siam,,,,cuma dulu hanya dia sorang yang ada servis kuda ni.... pernah mengharumkan nama Malaysia suatu ketika dulu. Sekarang Siam mudah perkotak katikkan kita....tu belum lagi Spore, Indon,  Korea, Jepun dan China....mereka semakin bagus skrg....

Aku tak sampai hati nak bertanya pasal prestasi pasukan....sebab dah tau Msia dapat perak dan pertandingan antara regu pun aku tak tanya.....sebab ketika itu aku nampak dia berseorangan sahaja....biasa kalau berseorangan di KLIA maknanya Msia kalah atau tidak memang emas..... kekadang aku tidak faham dengan pengurusan sukan Msia.....mereka pulang dengan pingat perak di Sukan Asia....bukan liga kampung....berilah sedikt sambutan di KLIA... 

Walaupun aku hanya  mewakili sekolah semasa main takraw dulu....aku masih menunggu PSM panggil aku untuk bagi idea ataupun jadi AJK.....tapi aku rasa aku sedang bermimpi di siang hari kerana PSM tidak pernah akan pandang orang cam aku ni.....walaupun aku pernah jadi Pengurus Pasukan Takraw TM yang banyak kejayaan pada tahun 2004......tapi aku tak kecik  hati....hehehe.

Aku jugak menunggu FAM agar bukak ruang kepada orang awam dan bekas pengurusan bolasepak mana2 kelab agar tampil memberikan idea bagaimana nak majukan bolasepak Msia....aku sekali lagi bermimpi di siang hari.....cita2 aku nak bawak Msia ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 atau 2030.....sekali lagi aku tidak kecik hati pada FAM.....hehehe.....

Thursday, November 25, 2010

TUGASAN TAK RASMI DI KUCHING , BELI KEK LAPIS BASAH -PART 2

Salam ,

Biasanya orang Semenanjung kalau ke Kuching tak 'sah' kalau tak beli Terubuk Masin dan Kek Lapis.  Kedua2 makanan ini kegemaran wife aku.....wife suruh carikan Kek Lapis Basah...sedap katanya.  Terubuk masin aku dah tempah dengan rakan pejabat di Kuching.
Petang ni tadi (25 Nov) selepas tugasan rasmi aku terus ke jeti tepi waterfront bersama 3 orang lagi rakan2....kami naik sampan, 50 sen  seorang sehala.....lebih kurang 3 minit dah sampai ke jeti seberang, menuju ke Mira Cake House, di Kg Boyan-Gersik- Sourbaya, Kuching.

 Masih atas sampan....3 minit je ke seberang sungai

 Ni jetinya...dah makin baik dan selesa

 Ni dia kelompok kedai2 yang dituju

 Ni dia kedai tu...orang dah mula ramai

Tu dia hotel Grand Margherita , 
pemandangan dari sebelah kampung

Sedang meneliti gambar yang dicetak dari FB 
dan apa yang nak dibeli
Dah sedia untuk dibawa pulang ke rumah esok

Tugasan tak rasmi beli kek lapis basah dan terubuk masin dah siap....lega di hati  dan hope wife happy. Kalau ada kawan2yang teringin nak makan kek lapis dan terubuk masin....jemput datang ke rumah malam esok...Esok ( 26 Nov) flight aku 12.45 tengahari dari Kuching ke KLIA.

TUGASAN RASMI DI KUCHING - PART 1

Salam,

Ini kali kedua dalam tahun  ini aku ke Kuching . Kali pertama bulan April lalu.  Semalam 24 Nov bertolak ke Kuching.....setibanya di Kuching kami di bawa ke Rumah Hijau kat Satok makan ayam penyek....sedap makanan kat situ.


 Dari KLIA ke Kuching

Ni dia nasi ayam penyek....nyam2 sedap..
 Tugasan rasmi di Hotel Grand Margherita, Kuching.

 Landmark  Hotel

 Seperti biasa kegemaran aku snap foto bilik

Dari tepi hotel...
cantik  pemandangan Sungai Sarawak ni
Lepas ni aktiviti tidak rasmi, naik sampan untuk beli kek lapis basah ...