Monday, July 12, 2010

DAPAT JUMPA CL LAGI

Salam,

Kali ini perjumpaan aku dengan CL memang dirancang pada 9 Julai (Jumaat) di Mc D, Equine Park berhampiran dengan JJ dan Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan/ Puchong, dari jam 4.30 petang hingga lepas Maghrib.  Peluang berjumpa CL aku guna untuk bertanya dan mendapatkan nasihatnya.  Sekali gus mendapatkan nasihat untuk mengerjakan haji di masa akan datang.

CL atau Hj Mohd Azli Abd Aziz sedang bercakap 
dengan Mohamad dari Bangi
Terima kasih pada CL kerana begitu prihatin dan banyak memberikan nasihat pada aku.  Aku mintak kebenaran untuk amik gambar dia dan nak masukkan dalam blog aku ,  " saja nak bagi geng2 pdkm 'jeles',  dia senyum ajer. Jangan jeles dan marah ok.  Aku berharap dan berdoa agar beberapa perancangan jangkapendek dan jangkapanjang yang  CL rancang begitu murni akan berjaya dan sentiasa diberkati Allah s.w.t. Amin.


28 comments:

mama ju said...

Salam sdr Rosli

Jeles betul mama, MD TU sangatlah dekat dgn rumah mama....bila2 senang dtglah ke rumah....

Perjumpaan tu personal tak eluklah kalau mama ada kan?...

rosli said...

Salam mama ju,

Malam tu selepas maghrib masa hantar CL ke rumah kakak dia, ada dia tunjuk arah rumah mama ju...memang dekat sangat. Insyallah satu hari nanti sampailah ke sana nanti.

YB said...

salam sdr rosli

macam sibuk jer nampak CL ni. Tak apa perancangannya rapi.

rosli said...

Salam YB,

Betul tu, CL sentiasa sibuk, masih ada masa kalau nak jumpa dia skrg ni, CL ni seorang yang tidak suka susahkan orang....kita kena cari masa dia. Insyallah dia tak akan hampakan kita.

shami2 said...

Salam Cik rosli..

Alhamdulillah...

Tak jeles sesuai tu..pertemuan lelaki dengan lelaki..memang sesuai lebih2 lagi melibatkan perkongsian ilmu....kan CL..

mama ju said...

Hehe CL baru je terjah rumah mama dengan Nazir...!

rosli said...

Salam Shami2,

Betul tu, kami berkongsi ilmu dan bertukar2 pendapat.

rosli said...

Salam mama ju,

Kirim salam pada CL dan Nazir. Best tu kalau ada bersama mereka, tp sedang bekerja ni....Insyallah lain kali.

CM said...

salam

wahhh CL tu telefon nya tak berenggang..dah mcm ahli koporat tuu sibuknyer dia....

rosli said...

Salam CM,

Betul tu, kejap2 ada saja yang call, tu belum lagi orang Makkah call ajak balik cepat ke sana....dah macam businessman.....eh memang dah jadi businessman lah...semoga berjaya pada CL.

maklang said...

assalamualaikum En. Rosli,

maaf masuk tanpa diundang..

apa ye yang dirancang cik Li...hmmm..apa2 pun moga CIk Li berjaya...

bilalah Cik Li nak tiba rumah kami pulak..

taj said...

Salam Rosli,


mmmg Taj jeles arr...
belum ada rezeki utk berbual panjang ngan cl & yg lain2...

rosli said...

Salam maklang,

Banyak perkara baik yang dirancang CL, elok biar CL saja yang mklumkan nanti.

Yang pasti semuanya baik2 belaka dan jika kita nak bersama CL menjayakan perancangan tersebut semua dipersilakan. Menjelang bulan puasa jika ingin bersedekah di Makkah, saya percaya CM akan buat pengumuman nanti. Banyak program bersedekah di bulan puasa nanti.

rosli said...

Salam Taj,

Ada lebih kurang 2 minggu jer lagi ni....elok terjah CL cepat, skrg dia dengan Nazir ni....lagi panjang langkah CL ni....skrg dia di rumah mama ju.

Maklang pun dah offer CL ke Trengganu pulak.....kena cepat ni.

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,
Bestnya Rosli dapat bertemu dan berbual dengan CL. Kalau kesempatan sampaikan salam mama nadz.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

sibuk betul CL kita tuh..harap2 CL segera OK dan dapat datang kuantan.

Unknown said...

salam akhi ROsli.

wah bahagia nya bila dpt jumpa CL ..

wajahnya bercahaya jer

rosli said...

Salam mama nadz,

Insyallah jika jumpa lagi saya akan sampaikan salam.
Manatau satu hari nanti Cl berkunjung ke utara boleh berjumpa dengan mama di sana.

rosli said...

salam hjh zainab,

Hope CL boleh ke timur pulak, ramai yang berhajat nak jumpa CL, hope tuan punya badan ada masa ke timur.

rosli said...

salam ummi,

betul tu, best dapat jumpa Cl, byk boleh bercerita.

Imran Paris said...

En Rosli....kesempatan bertemu sahabat2 seikhlas CL bukan mudah. Glad to meet CL n En Rosli last Thursday. InsyaAllah jumpa lagi...errr, jomlah dtg Paris lg.

rosli said...

Salam Hj IP,

Saya pun seronok jumpa Hj CL dan HJ IP aritu, macam dah lama kenal, you pun boleh tahan kelakar. Simpan soalan cepumas tu bila jumpa lagi nanti.

Kalau ikutkan hati memang nak ke Paris lagi.....nanti2lah.....

rezeki said...

salam rosli

alhamdulillah

semoga apa yg dirancang sahabat kita cl dipermudahkan Allah

rosli said...

Salam CR,

Betul tu, kita sokong apa yang CL rancang....semuanya bagus2 dan untuk menambah saham akhirat.

maklang said...

Semalam dapat cakap dengan CL tapi entah bila dia nak kemari..harap dia cepat sembuh...Amin..

kalau CL ke Kuantan maklang pun rasa cam nak menyebuk je kat rumah kak Nab..he..he..

rosli said...

Salam Maklang,

Yer ker CL tak berapa sihat, hope CL dapat ke Kuantan sebelum dia pulang semula ke Makkah. Sama2lah kita doakan dia kembali sihat dan cergas.

مسافر اسلام said...

Salam ziarah en. Rosli.
Seronok dapat berjumpa ya...bukan senang nak jumpe CL. Perancangan apa untuk bulan Ramadhan nanti? Ada yang nak mendirikan Masjid ke?
Wasalam

rosli said...

Salam MI,

Betul tu, bukan senang nak jumpa CL.

Actually perancangan tersebut tidak termasuk mendirikan masjid, tetapi nak menderma, sedekah , mengimarahkan masjid dan banyak lagi.