Monday, May 31, 2010

MENU HARI MINGGU

Salam,

Teringin nak makan asam pedas kepala  ikan jenahak,  so pagi2 aku dah ke pasar cari ikan tu dan mintak wife aku masakkan. Tu dia kepala jenahak dalam kuali......
Habis lupa pesan tok guru dan ustaz pasal jangan makan kepala ikan ni....takut jadi pelupa dan susah nak menghafal.....( Kali ni guna hp kamera ajer.....)

MASIH DALAM PERIUK LAGI
KEPALA IKAN JENAHAK DIPOTONG EMPAT

SAYUR KACANG PANJANG GORENG PEBERET AKU

SAYUR KAILAN GORENG PUN PEBERET AKU

IKAN GORENG PELALING( KEMBUNG KECIK)
JUGAK PEBERET AKU

CICAH DENGAN SAMBAL BELACAN ....FUHHHHH

Best sangat dapat makan makanan masakan isteri,  aku dan anak2 sempat ratah sayur dan asam pedas sampai licin !  Terima kasih pada wife kerana masakan yang simple tapi enak. 

 
 



Sunday, May 30, 2010

HAPPY ANNIVERSARY

Salam,

Setiap tahun pada tarikh 28 Mei kami akan raikannya bersama anak2, tahun ini genap 22 tahun  perkahwinan kami.  Tahun ini kami memilih Kelab Tasik Putrajaya sebagai tempat untuk bersama anak2 dan makan malam bersama mereka sambil menikmati pemandangan Putrajaya.

Dah lama tak ke sini
Sempat posing
Masjid Putrajaya
Kompleks JPM
Dengan anak2


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Salah satu Jambatan Utama
Lampu Hiasan menuju PICC
PICC
Istana Kehakiman
Pintu Gerbang menuju ke Masjid Besi
Kementerian Kewangan
Hotel Pullman di Lakeside Putrajaya

Amik kesempatan bersiar dari Kelab Tasik Putrajaya ke PICC, Hotel Pullman dan melalui jalan utama melintasi beberapa kementerian termasuk  Kompleks Kementerian Kewangan yang canggih tu.

Thursday, May 27, 2010

SENJA DI MEDAN IKAN BAKAR KG TELOK, PASIR PANJANG & PD, BT 8 -PART 2

Salam,

Kalau ikutkan hati lebih banyak lagi gambar aku nak snap kat sini,  aku memang 'tamak' bab gambar tepi laut ni. Lokasinya dari Medan Ikan Bakar , Kg. Telok,Pasir Panjang.NS

Matahari mula nak terbenam

Sayu

Tenang

Damai

Hening

Tenang

 Kebesaran Allah s.w.t

Cantik

Kelam

Mengasyikkan

Matahari nak terbenam sepenuhnya

Selesai makan kami bertolak pulang,  singgah di Pantai Teluk Kemang,  Bt 8, PD. untuk melihat gerai2 jualan dan bersiar di tepi pantainya....

Nak balik dah......


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Meriah Teluk Kemang di malam minggu

Special air ni,  Janda Manis

Penjual air ni kata air ni sedap,  aku tanya lagi nape namanya Janda Manis ,   katanya gabungan air Jambu dan Durian Belanda,  tu lah jadi Janda Manis !.Hehehe....salah satu cara pemasaran yang begitu berkesan...aku beli satu gelas....saja nak rasa ...wife aku langsung tak mau sentuh atau rasapun....

Monday, May 24, 2010

SENJA DI MEDAN IKAN BAKAR KG. TELOK , PASIR PANJANG, NS- PART 1

Salam,

Disamping menikmati hidangan makanan laut di Medan Ikan Bakar Kg Telok ni aku suka menikmati pemandangan tepi laut begini,  sayu, aman , damai dan yang paling penting menikmati kebesaran Allah s.w.t.

 Tenang sangat waktu ini.

Jeti baru untuk nelayan di sini

Di mana ada jeti mesti ada kaki pancing

Nelayan tepi pantai baru nak keluar ke laut

Tidak banyak sampan ketika ini,  
mungkin yang lain dah ke laut

Jeti pemandangan dan jeti nelayan yang baru (2)

Pantai di sini agak berbatu,  
mungkin lebihan batu binaan jeti dan tembok

Ini Ammar anak aku
dia memang suka cari karangan dan hidupan laut 
sementara menunggu makanan siap di hidang

Ammar masih mencari anak ketam, umang2 dan siput hiasan

Apa yang dicari tu Ammar ?

Ni dia karang laut yang dia jumpa

Salah satu sampan yang tidak ke laut hari ini,  
berehat agaknya nelayan tu !

Esok aku dan majoriti anggota tempat kerja aku akan ke program Team Building di P. Pangkor, Perak.   Aku rehat dari blog 3 hari. Insyallah 28 Mei akan berblog lagi. Jangan lupa ada lagi entri matahari terbenam yang menarik.
Senja menjelma...

Sunday, May 23, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MY SWEET SEVENTEEN

Salam,

Sebenarnya harilahir anak dara aku yang sorang ni 17 May lalu,  aku dan wife dah belikan dia hadiah kat Melaka minggu lepas, cuma malam tadi bawak dia gi makan ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Kg Telok , Pasir Panjang, NS (atas sikit dari PD menghala ke Melaka).

Dah 17 kali aku dan wife bagi dia kad harijadi

Kami sampai agak awal kat tempat tu, sempatlah amik gambar pemandangan laut, waktu matahari hampir nak jatuh.(next entri)

Tu dia anak dara aku, Nur Adiera Hanna 
(dah 17 thn) dengan ibunya


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Cantik tempat ini, atas bukit tepi laut

 Tu gerai tempat bakar ikan dan belakang tu laut


Mesti ramai nak tau alamat dan no telefonnya

Ketam salah satu menu pilihan kami

Banyak pilihan hasil lautnya yang segar

Masih menunggu makanan yang telah dipesan


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Ikan jenahak masak 'Laprik' hanya ada disini,
kata taukeh kedai tu

Kerapu sweet sour


Ketam goreng lada hitam pilihan anak bujang aku

Tomyam seafood

Kailan goreng ikan masin

Sedang menikmati hidangan

Sempat bergambar tiga beradik ni.


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Aku, wife dan adik2 dia doakan semoga Adiera sentiasa mendapat hidayah, berjaya di dalam pelajaran dan sentiasa diberkati Allah s.w.t.  Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini. Amin.