Sunday, May 23, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MY SWEET SEVENTEEN

Salam,

Sebenarnya harilahir anak dara aku yang sorang ni 17 May lalu,  aku dan wife dah belikan dia hadiah kat Melaka minggu lepas, cuma malam tadi bawak dia gi makan ikan bakar kat Medan Ikan Bakar Kg Telok , Pasir Panjang, NS (atas sikit dari PD menghala ke Melaka).

Dah 17 kali aku dan wife bagi dia kad harijadi

Kami sampai agak awal kat tempat tu, sempatlah amik gambar pemandangan laut, waktu matahari hampir nak jatuh.(next entri)

Tu dia anak dara aku, Nur Adiera Hanna 
(dah 17 thn) dengan ibunya


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Cantik tempat ini, atas bukit tepi laut

 Tu gerai tempat bakar ikan dan belakang tu laut


Mesti ramai nak tau alamat dan no telefonnya

Ketam salah satu menu pilihan kami

Banyak pilihan hasil lautnya yang segar

Masih menunggu makanan yang telah dipesan


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Ikan jenahak masak 'Laprik' hanya ada disini,
kata taukeh kedai tu

Kerapu sweet sour


Ketam goreng lada hitam pilihan anak bujang aku

Tomyam seafood

Kailan goreng ikan masin

Sedang menikmati hidangan

Sempat bergambar tiga beradik ni.


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Aku, wife dan adik2 dia doakan semoga Adiera sentiasa mendapat hidayah, berjaya di dalam pelajaran dan sentiasa diberkati Allah s.w.t.  Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM hujung tahun ini. Amin.




16 comments:

mama ju said...

ASLKM SDR ROSLI

Selamat hari lahir Adira..Moga SPM cemerlang. Hidup bahagia dunia akhirat. Jadilah anak yg membahagiakan ibubapa...

Dashyat hidangan dia..kecur air liur dibuatnya.

Sabtu kemarin mama buat janji utk mkn2 kat Saba..tapi cancel kerana ada hal...tapi CM,nazir, Taj dan Atikah terus makan2 kat situ. ..tulah teringat promasi Rosli...

rosli said...

Salam Mama ju,


TK atas doa tu.

Best tu makan kat Saba, next time saya nak join lah....jgn lupa call saya.

che na said...

Salam Cik Rosli,

Best tu... teruja selera dibuatnya. JAuh tak dari PD? Next week nak ke Tiara PD ada program blhlah try jika larat pergi.

Buat si manis tujuhbelas, happy birthday.

aznaz said...

salam from Makkah..


salam ulangtahun pada adira...

hmmm tak tahan tengok menu tuh...jiwa ku merana seketika...heheheh


waslam

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

hepi besday to Adira. moga panjang umur dan menjadi anak solehah. JUga dapat semua A dalam SPM tahun ini.

ermmmmmmmmm pasir panjang kat mana tu.

nak ketam jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak

rosli said...

Salam Che na,

Tempat tu tak jauh dari Tiara, atas sikit ajer. Bila dah sampai Tiara, jalan terus menghala ke pekan Pasir panjang, hujung pekan ada simpang ke kanan menghala ke kem PLKN, ada byk signage kat situ.....carilah dan cubalah masakannya.

rosli said...

Salam CL,

Mintak maaf ,tak berniat nak buat CL merana, saya pun nakal2 sikit jer nak buat CL terliur....ada rezki nanti kita boleh rancang ke sana bersama2 geng2 pdkm

rosli said...

Salam AZ,

TK atas wish tu. Terima kasih jugak pada CL atas wish tu.

AZ,

Kalau AZ dtg dari Melaka ikut jalan tepi pantai akan jumpa pasir panjang dulu, betul di pekan pasir panjang.

Kalau AZ datang dari PD, Telok Kemang....terus ke Tiara Beach.....dan terus lagi , bila sampai pekan Pasir Panjang, senang dah tu.....dont wori pekan tu lebih kecik dari pekan Pontian, AZ gerenti tak akan sesat.....

rezeki said...

salam rosli


tahniah dan selamat ulang tahun utk adira

doa ku semoga suksess dlm pelajaran, berjaya dunia dan akhirat dan menjadi anak yg soleh , berbakti buat kedua org tuanya

pernah makan kat satu kedai ikan bakar berhampiran ancasa resort PD, yg buat sedap ikan bakarnya dibakar gunakan bara arang
mmg sedap dan lain dari yg lain

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Happy belated birthday to Adiera...

rosli said...

Salam rezeki,

TK atas ucapan utk anak saya tu.

Betul tu, nak cari yang bakar ikan guna arang memang dah susah sgt....kena betul2 cari.

Yang di Pasir Panjang ni mmg guna arang lagi....wangi ikan nya

rosli said...

salam hjh Zainab,

Terima kasih atas wish tu.

kak su said...

Salam En Rosli....

Maaf terlambat ..wish..utk anak daranya...semuga anak En Rosli dan anak akak berjaya dlm SPM mereka...anak dara akak pun nak SPM nii..sama2lah kita berdoa yaa..

Wslm

boxhousestudio said...

happy belated birthday nur adiera hanna

rosli said...

Salam kak su,

Terima kasih atas wish tu, kita sama2 doa agar anak2 kita berjaya dlm SPM nanti.

rosli said...

Salam BHS,
Terima kasih atas wish tu. Amin