Sebelum aku memaparkan gambar ni, aku amik masa 2 minggu untuk berhujah dengan anak perempuan aku, dia kurang setuju aku paparkan gambar2 ini sebab dia kata aku macam nak menunjuk2 kamera baru aku beli hujung April lalu. (Mungkin dia malu dengan kawan2 sekolah dia , agaknya). Aku kata orang lain ada kamera lebih mahal lagi....part time photographer macam aku saja suka2 berkongsi gambar, tidak ada sebarang niat lain.
Sekadar berkongsi gambar dan keindahan pokok2 dan bunga ciptaan Allah s.w.t. Dah lama aku berniat untuk mendapatkan 'senapang dslr' baru ini, mengumpul dan menyimpan dana , sebagai permulaan menembak di belakang rumah dan objek utama adalah bunga2 yang aku tanam sendiri.
HIBISCUS ROSA- SINENSIS@
BUNGA RAYA YANG BELUM BERKEMBANG
BOUGAINVILLEA @ BUNGA KERTAS
BOUGAINVILLEA@ BUNGA KERTAS PUTIH
CITRUS MICROCARPA@LIMAU KASTURI
CITRUS HYSTRIX DC@KAFFIR LIME@
LIMAU PURUT
LIMAU PURUT
ARACHNIS FLOSAERIS@ANGGERIK
CESTRUM NOCTUMUM@SANTALIA@
HARUM '_UNDAL' MALAM
HARUM '_UNDAL' MALAM
VITIS VINIFERA@ANGGUR 'MASAM MANIS MADU TIGA'
MURRAYA KOENIGII@DAUN KARI
p/s Masih banyak yang perlu dipelajari dari Nikon D90 aku ni, banyak features dan fungsi baru yang aku belum faham lagi.
18 comments:
salam cik rosli
Nampaknya camera2 dikedai laris terjualkan hehehhe penangan berlumba buat n3 hehehh
Saya pun beli jugak digital camera cik rosli...heheheh murah jer janji boleh ambik gambo..
Ilang stress kan ...asyik pak itam jer tayang gambar mana boleh...hehehe
Salam Shami2,
Betul tu, bila tangkap gambar pada saya dapat hilangkan stress saya ni. Di samping itu dapat bertukar2 fikiran dengan Rezeki @ Pak Itam nanti.
TK kerana menyokong usaha ini.
salam akhi Rosli ...
buah anggur tu lum leh makan lagi ker???
leh pinjam tak kamera tu ?he he he
kat umah ummi ni ada 3 kamera digital , tp yg murah2 je le ..bila dok bincang bab nk bawa kamera gi Mekah , hubby dah terdiam coz ummi minta nk bawa kamera yg hubby sayang , he he he , tp ummi punya pasal ,dia kasi juga ler . mudah2an ummi pandailer guna kamera tu nanti , coz kat sini ummi ada penembak berani mati ...
Salam Ummi,
Anggur tu saya dah makan.....masam2 manis.....
Kalau ummi nak bawak kamera ke Makkah, hati2, saya tak berapa galakkan, dulu saya bawak hp kamera saja....
Kamera digital senang nak handle....mesti you pandai guna nanti. Wah dah ada tiga kamera tu....best tu....
salam rosli,
wow...ada senapang baru yer..cantik gambar2 tu. nanti bolehlah pi menembak kat luar kawasan rumah pulak...
Salam Hjh Zainab,
Lokasi pertama di luar dalam next entri.
Salam Rosli,
hebat, it's amazing
Salaam En. Rosli,
wahh seronoknya dapat tembak-menembak!
cantik gambar2 tu... my fav, gambar daun pandan.
lorr... saya baru tahu limau purut tu juga dikenali sebagai Kaffir Lime... siapa laa yang bagi nama tu... ishk, ishk..
abg jamil & cikgu shaari mesti suka anggur tu... ;)... pandai en. rosli bagi nama... hehe
teruskan menembak ya!
VpeaceV
Salam Tn Rosli..
aduhai.. comey nyer daun 'kadapoley' aka daun kari bila dah masuk dalam gambar.. nampak berseri-seri.. padahal kat tepi estet nie berlambak.. tapi, tak pernah perasan lak 'keayuan' pokok tersebut.. heh heh
alamak.. 'kaffir' lime.. heh heh.. itu kira belum masuk islam.. kalu dah masuk islam nama dia dah tukar jadik 'purut' lime.. barulah boleh dimasak tanpa perasaan was was.. keh keh keh
pssstt.. bagi tau anak dara en. rosli tu.. kawan2 abah memang suka menunjuk-nunjuk.. tapi tunjuk2 je.. tanpa perasaan riak.. he he.. salah satu terapi menghilangkan stress..
Assalamualaikum Rosli
teperanjat juga
ingat senapang betul
mana dapat lesen
he he
Wassalam
Salam AZ,
TQVM for the complimentary
salam Umi Azuddin,
TK , saya akan terus menembak dan share dengan kawan2 gambar2 lain nanti.
Salam Noor,
Betul tu, byk pokok yg kita tak perasan cantik, bila kena gaya dan angle jadi cantik. Saya akan terus menembak tanpa perasaan riak.....sekadar berkongsi dan menunjuk saja....hehehehe...
Salam Rozali,
Rupa2nya skrg perkataan menembak tu dah jadi trend, so saya pun ikut sama guna perkataan tu
salam rosli
alhamdulillah, akhirnya termakbul juga hajat dihati dengan izin Allah
sekrg dslr tak semahal 4-5 tahun lps krn canon dan nikon dah berlumba2 utk promote dan pasarkan product mereka, jadi yg untung kita juga
dia mcm komputer juga, keluar model baru, yg terdahulu akan turun harga
tapi acceceries mcm lens still mantain harga, tak turun2 hehehe adoiiiii
rosli biasakan dulu dgn mode auto, lps tu belajar main dgn fungsi shutter speed dan pembukaan cahaya
dah mahir nanti, baru menembak gunakan mode M,P,S,A krn lebih mencabar dan memerlukan kreativiti
menambak ini mmg seronok
sebenarnya takde setting yg tetap untuk sesuatu gambar krn setting ikut keadaan semasa , sebagai contoh ISO
tapi kalau guna auto, semua dia dah setting automatic , cuma gambar tak ikut kehendak dan kemahuan kita
selamat menembak
Salam Rezeki,
TK atas komen dan tips tu, buat masa ni saya guna auto, sedang belajar office mate guna M dan P.
Betul tu, gambar yang kita perlu kena ikut setting kita....
Akan belajar dan belajar sehingga cantik....
Salam En Rosli,
Waa dah ada senapang baru..
Mari sama berkongsi minat hihi..
Salam Sinomosa,
Saya budak baru belajar,.....ok kita boleh berkongsi minat....dulu masa perjumpaan PDKM di Masjid Wangsa Maju, saya tgk you all semua memegang senapang....saya pun tanam tekad utk cari satu senapang jugak...
Please bagi komen pada gambar2 saya. TK
Post a Comment