Monday, May 3, 2010

PANTAI KG BATU LAUT - PART 2

Salam,

Begitu banyak keunikan pantai Batu Laut ini,  salah satunya kaya dengan hasil laut termasuk udang belacan dan udang geragau,  orang sini ramai yang buat belacan,  mereka gelar belacan Tanjung Layang, belacan Kundang dan belacan Batu laut kerana ikut nama kampung di sini.  Pasal pantainya pulak ianya begitu sinonim adalah pasang surut airnya.  Kalau surut jauh ke laut,  kalau nak mandi manda memang jauh berjalan ke arah laut  Banyak bahaya bila air mula pasang dan kena berhati2 bila nak mandi manda ada gejala 'beting kosong' yang sangat bahaya kepada mereka yang suka berkelah, tetapi kes kematian lebih kerap di pantai Morib yang sinonim dengan 'beting kosong'.....hati2 bila mandi manda di kedua2 tempat ini.

Ni air laut dah surut habis, jauh sangat ..


Beting-beting pasir luas mata  memandang
Pemandangan dari jeti pasukan layar tu.
Kalau air pasang ramai memancing atas jeti ni
 Danial, Ammar dan sepupu mereka Syafik

Syafik dengan dua ekor belangkas

Danial dok melayan  dua ekor kuching yang kami 
jumpa di tepi laut ni

Nak tengok anak ketam dan anak udang di antara 
beting pasir tu agaknya


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015)

Ammar (baju biru tu) dok melayan tepi jeti dengan kuching hitam tu

Air dah mula pasang

Pemandangan pantai dari kawasan parking kereta.  
Nak balik  rumah dah ni.

Memang leka lepak kat tepi  laut ni, bayu laut dan bunyi ombak membuat hati aku sayu dan tenang seketika.

p/s Aku mintak maaf sebab tidak ada gambar belacan atau hasil laut yang lain ,  aku pun dah agak lama tak balik kampung dan tak berkesempatan mencari hasil laut di pantai tu.




11 comments:

atuk said...

Assaloamualaikum Rosli

Seronok anak2 ya

saya pernah pergi ke panatai tu
tapi awal tahun 80an

sekarang nampaknya banyak berubah

Wassalam

Unknown said...

salam akhi Rosli..

pantai kat situ mesti best kan coz ianya berpasir..

tp pantai depan rumah kt kampong ummi berlumpur , kurang sesuai untuk ber rehlah ke situ.

مسافر اسلام said...

Salam en. rosli.
best duduk bersantai di tepi pantai bersama famy, waktu lewat senja tak perasan sudah lama di pantai. Berapa jauh kg en. Rosli dengan pantai tu?
Ada masa nanti boleh kita warga PDKM berkampung disitu ya.

shami2 said...

Salam cik rosli

Saya suka merenung laut baik pantai yang putih bersih maupun pantai seperti kg nelayan tu...

Cuti sekolah baru ni ada pergi kg nelayan kat teluk Bahang, best jugak merenung laut selepas subuh dan diwaktu senja..damai rasa...melihat kebesaran Allah Taala...
saya suka keluar waktu selepas subuh...berjalan ditepi laut...seperti di pantai balok ktn, dan pantai2 yg mengadap pulau kapas..ada damai yang tak terucap dengan kata2...heheh

rosli said...

Salam Rozali,

Ada jugak perubahan pantai tu, jeti dan tembok batu....yg lain tak byk berubah

rosli said...

Salam Ummi,

Pantainya berpasir halus cam garam halus tu, kekadang terasa berlengas jugak, tp beting pasirnya kaya dengan hasil laut, kena gali dalam pasir tu, ada kijing, pepahat, peparang dan kepah.

rosli said...

Salam MI,

Pantai ke rumah saya dalam 1km saja. Kalau nak berkampung kat sini boleh urus, cuma penginapan kita boleh cari hotel di pantai Morib ada satu hotel 3 star. Gerai seafood pun byk kat area situ.

rosli said...

Salam Shami2,

Betul tu, waktu selepas subuh antara waktu yang menarik jugak. Pantai teluk bahang dan baluk tu memang cantik. Syukurlah kita masih dapat nikmati pemandangan tersebut

مسافر اسلام said...

Insyaallah..saya pun tak pernah sampai pantai morib tu...Kena bincang dengan yg lain la...takut semua kerja...kalau wekend je..ok kot.

rosli said...

Salam MI,

Ada rezki kita akan berjumpa di sana bersama geng2 pdkm

مسافر اسلام said...

insyaAllah..