Wednesday, May 19, 2010

BERSANTAI LAGI DI MELAKA -PART 1

Salam,

Sabtu lalu sebelum pulang ke kampung wife aku di Muar aku ada hal sikit kat Jalan Banda Kaba, Melaka,  lepas tu  melawat 'cucu sedara' aku yang sakit di Hospital Pantai Melaka. Syukur dah nampak sihat sikit petang masa kami melawat tu....masih aktif lagi budak ni...

NI DIA IKA YANG SAKIT TU,  SUSUT SIKIT BADAN DIA

Lepas tu kami singgah makan tengahari kat Restoran Hjh Rahmah di Jalan Bukit Katil , Melaka, pekena kari kepala ikan dan pekena air tebu . Aduh enaknya makanan di situ....

    NI DIA RESTORAN TU

SORI ARRRR......DAH MAKAN HABIS  
BARU TERINGAT NAK SNAP GAMBAR

 TAPAI UBI PUN ADA....

LEPAS LUNCH KALAU NAK PEKENA KUIH MUIH DAN 
GORENG PISANG PUN ADA !

AMMAR DOK PERATI PAKCIK TU PERAH TEBU, 
AIR TEBU SEJUK PEBERET AKU

Biasalah anak2 aku mintak singgah di Dataran Pahlawan cari barang kat situ,  lepas tu naik beca dan pusing2 kat A- Famosa dan bergambar sakan kat area bersejarah tu.
TEMPAT LEPAK KAMI SEKELUARGA 
KALAU SINGGAH MELAKA

AKHIRNYA DAPAT JUGAK NAIK BECA KELILING 
TMPT BERSEJARAH


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
DI TEPI  A- FAMOSA


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
BELAKANG TU BUKIT ST PAUL

A- FAMOSA

RUMAH PERISTIHARAN KEMERDEKAAN MALAYA 1957

TMPT SHOPPING CENDERAHATI 
DI BANGUNAN MERAH BERSEJARAH

MENARA TAMING SARI DARI BAWAH

DARI DEKAT ,  SEDANG BERPUTAR TU...


16 comments:

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli...apa kabar?
Saya doakan semoga adik ika sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu ye...semoga cepat sembuh.

مسافر اسلام said...

Seronok tgk en. Rosli berjalan2 sekeluarga...dari muar ke melaka...memang selalu turun melaka ye..

aznaz said...

salam from Makkah


teruja tengok goreng goreng tuh...


wslam

kak su said...

Salam En. Rosli...
Doa akak moga Ika cepat sihat ya...

Seronokkan ziarah sambil bercuti..

Wslm

rosli said...

Salam MI,

TK, Ika ni aktif sbb tu tak nampak dia sakit, menangis pun keja2 jer.

rosli said...

Salam MI,

Dulu klu dari Bangi saya balik MUar jarang singgah Melaka, tp skrg anak2 dah pandai mintak singgah Melaka.

Kekadang pulak dari MUar balik Bangi singgah Melaka. Tgk keperluan semasa.

rosli said...

Salam CL,

Sebelum lunch tgk goreng2 teruja sgt, tp lepas lunch dan perut dah kenyang....slow sikit....tp goreng pisang dan keledek mereka mmg nampak mengancam

rosli said...

Salam Kak su,

Kebetulan saya ada kerja masa tu, ziarah dan lepas tu lepak2 kat Melaka Mall. Bila anak2 di zaman remaja ni , mereka nak tgk semua dan suka berjalan2, suka bila tgk anak2 happy berjalan2

rezeki said...

salam rosli

kat melaka, beca disolek , di makkah unta di solek hehehe

saya kalau singgah melaka hanya untuk menikmati makanan dan ikan bakar di muara sg duyung

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

moga Ika cepat sembuh

teruja dgn tapai ubi
selalu ada tapai pulut ajeee

Wassalam

rosli said...

Salam Rezeki,

Best tu kat muara sg duyung, dgr citer best jugak kat situ, saya belum pernah cuba

rosli said...

Salam Rozali,

TK, IKa dah beransur baik.

Tapai ubi ni ada di sesetengah tempat saja.

mama ju said...

Salam sdr Rosli

Baguslah Blog ni cerita mcm2...ada jalan2, ada makan2. ada tazkirah...macam2 ada...teruskan...

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,

Semuga Ika bertambah baik kesihatannya.

Tengok beca yang berhias indah, teringat juga bagaimana anak-anak mama bergambar macam tu juga semasa melawat Melaka tak lama dulu. Cantik gambar-gambar kat N3 ni..
tahniah.

rosli said...

Salam Mamaju,

TK atas sokongan. Saya akan terus menulis dan share apa2 yang boleh datangkan menafaat kepada pembaca

rosli said...

Salam Nadaz,

Ika dah kuar hospital , dah sihat .

TK kerana menyokong saya