Thursday, May 20, 2010

SELAMAT HARI IBU KEPADA IBU MERTUA AKU

Salam ,

Aku selalu pesan kat wife aku sejak dulu,  sementara emak masih ada kita kena setiap bulan jengok emak walaupun dapat tido di kg satu malam saja.  Tetapi sejak anak2 aku dah mula tuisyen  ni,  masa untuk pulang ke kampung wife aku di Muar begitu padat dan singkat.  Ni pun dah dekat 2 bulan tak balik ke Muar.  Kebetulan memang dah plan nak balik Muar  Sabtu lalu dan kena lalu Melaka. ( Rujuk citer bersantai di Melaka) .  Ni dia mertua yang aku sayang seperti ibu aku sendiri.

HJH ASIAH BT SURATMIN

Ni dia rumah mertua aku.  Yang depan baru di cat semula oleh abang ipar aku.

BAHAGIAN DEPAN DAN LAMAN RUMAH

 UMUR RUMAH NI DAH LEBIH 40 TAHUN 
DAN MASIH KEKALKAN BINAAN ASAL

BAHAGIAN SISI RUMAH
BAHAGIAN TEPI RUMAH BERSEBELAHAN DENGAN 
RUMAH ABANG IPAR AKU YANG SULUNG
BAHAGIAN BELAKANG RUMAH

BANYAK POKOK PISANG DI SINI
PISANG ABU PUN ADA

KELAPA KUNING/OREN
KELAPA SAWIT HASIL UTAMA

Bertolak pulang aku suruh anak dara aku rakam gambar sekolah wife,  masjid,  jalan dan apa yang ada sepanjang perjalanan menghala ke bandar Muar, Melaka dan terus ke Bangi.

JALAN UTAMA MENGHALA KE BANDAR MUAR

NI SEKOLAH RENDAH WIFE AKU, 
SK BATU 15, AIR HITAM, MUAR 

MASJID BATU 15 , AIR HITAM, MUAR
MASUK LEBOH AMJ DARI SIMPANG DEKAT 
DENGAN BANDAR MUAR DAH

CANTIK BINAAN JAMBATAN

LEBAR JUGAK SG MUAR NI.

JALAN NI TERUS KE MELAKA

SKRG DI LEBOH AMJ , MELAKA

DI SIMPANG MENGHALA KE JASIN.

Sekarang kalau aku balik Muar  dari Bangi mesti ikut lebuh raya PLUS dari Bangi ke interchange Jasin dan masuk lebuh AMJ dan terus ke kampung wife aku di Bt 17, Air Hitam , Muar pergi dan balik ikut jalan ini , kecuali singgah Melaka. Jimat masa 15 minit pergi dan balik....jimat tol, jimat petrol dan jimat masa. Syukur Alhamdulillah.




18 comments:

atuk said...

alamaualaikum Rosli

Besar rumah mertua you
time raya
tak ada masaalah leee
kalau anak semua balik

pisang abu tu buat pengat sedap
he he

Wassalam

aznaz said...

salam from Makkah


cantiknyer rumah..suke cl tengok rumah camtuhhh


wasalm

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, bila Raya tak jadi masalah klu semua adik beradik balik serentak.

Ibu mertua selalu jugak buat pengat dan cekodok pisang tu.

rosli said...

Salam CL,

CL pun sama dengan saya, saya mmg suka tgk rumah kampung camtu...kita kat bandar mana ada lagi camtu...semua rumah batu dah

boxhousestudio said...

suka suasana kampung ...bersihnya laman rumah mak mertua...mmm

taj said...

Salam Rosli,

cantik kawasan rumah, nampak bersih, tersusun dan kemas.

suka arrr

shami2 said...

Salam cik rosli..

Suka aar tgok rumah kg ...kalau saya balik kedah siang hari pepagi lorr..dari rawang mesti ikut jalan lama sampai ipoh..lepas tu naik highway balik seronok tgok rumah2 kg...sepanjang jalan...

Saya juga selalu kesebelah Muar..hehehh suka tengok halaman rumah2 kg..kalau ada rezeki ..nak bina rumah kayu ala2 kg..di atas sekeping tanah..huhuh bila tu..berangan nih...

mama ju said...

ASLKM rOSLI

Saya rasa ada sedara kat Bt 17 tu tapi dah lupa namanya...dia dah meninggal.

Ciri yang pasti kat Muar ni keliling rumah diaorang sangatlah bersih. Tak percaya cuba banding Muor ngan Batu Pahat!

rosli said...

Salam BHS,

TK, Bagi kita yang dah lama dok kat pekan/bandar mmg akan suka suasana kg. Saya pun gitu jugak.

Ibu mertua saya mmg setiap hari bersihkan laman depan dan belakang, cara dia bersenam dasn keluarkan peluh.

rosli said...

Salam Taj,

TK, yang rajin berkemas Ibu mertua saya, macam saya bagi tau pada BHS td, dia mmg rajin menyapu dan bersihkan laman dan dalam rumah.

rosli said...

Salam shami2,

Betul tu, laman rumah2 kg mmg luas dan byk hiasan boleh di buat, kita yg dok pekan ni terhad sgt kawasan dan tanah.

Baguslah dah ada impian nak buat rumah camtu.....saya dan wifepun ada plan yang sama

rosli said...

Salam Mama ju,

Entah2 mama ju bersedara dengan ibu mertua saya....mrk mmg asal orang bt 17, nama arwah pak mertua saya Md Yunos md Zin.

Nanti marah orang Bt Pahat kalau kita buat perbandingan....

Unknown said...

salam akhi ROsli...

cantik dan kemas rumah dan kampong tu...

lebuh AMJ ???? nk kena belajar tu , keluarga hubby ummi memang di daerah sana gak....boleh ler ikut sana , bila balik ke Johor nanti.

sonata anak kancil said...

salam...cantiknya rumah kat kampung...suke tengok! tapi dik kerana tuntutan kerja...tak dapat la nak berumah di kampung....
N3 sebelum ni...makan kat Hjh Rahmah - Bkt Katil...jika jalan terus lagi...belok kanan - boleh terus ke rumah saya! he3x

rezeki said...

salam rosli

bila terlihat masjid batu 15 air hitam tu, saya teringat peristiwa berpuluh tahun dahulu. masa itu keja salesman jual "day pine"(cecair pencuci lantai bau mcm dettol)

kerana di masjid tu lah saya mengalas perut dgn hanya minum air paip sahaja sebagai hidangan tengahari . masa tu duit langsung takde

air paip masjid tu terasa sungguh enak sekali
alhamdulillah

rosli said...

salam Ummi,

TK. Jalan ni mmg jimatkan tol , tp byk simpang dan traffic light, jalan ni dari Alor Gajah boleh terus ke Batu Pahat....laungsung tak ada tol.

rosli said...

Salam Hjh, zaleha,

TK, ibu mertua saya yang rajin mengemas dan jaga rumah tu.

Next time saya akan cari masa jumpa you and famili di Melaka.

rosli said...

salam rezeki2Pak Itam,

Tak sangka masjid tu ada kenangan utk you, apapun semua tu menambah pengalaman dan kesusahan ketika itu kita jadikan pedoman dan iktibar sekarang. Amin.