Friday, May 7, 2010

LAMB KABSAH RESTORAN SABA CYBERJAYA

Salam,

Semalam aku berada di Cyberjaya kerana satu tugasan khas,  "pucuk dicipta ulam mendatang",  sebab kerja aku selesai lebih kurang 2.30 petang dan aku memang dah berniat dari awal pagi nak menjamu selera di restoran ini. Rindu dengan makanan Arab  ni hanya aku alami sejak pulang dari mengerjakan umrah tahun 2008. Aku memang tau kalau datang selepas pukul 2 petang agak tidak sesak berbanding datang jam 12.30 tengahari.  Aku percaya ramai yang mengetahui restoran ini lebih2 lagi geng2 PDKM.  Mana kawan2 yang masih tercari2 lokasinya....di sini lokasinya....

4800 Suite 0-2, Ground Floor Block A1,
Jalan Perdana, UBD Perdana, Cyberjaya
63000 Selangor  Tel: 83202544
atau 
1-01,Dataran Jelatek, Jalan Jelatek
Setiawangsa, 54200 KL.
Tel : 03 42512592


 Aku parking jauh sikit saja,  
masa sampai tadi kereta masih banyak

Ni dah kurang sikit kereta,  tadi penuh kat tepi jalan ni

Semakin bagus bisnes restoran ni dan semakin luas restorannya

 Tahun 2009 restoran ni di tengah sikit,  sekarang pemiliknya dah take over corner lot kedai mamak tu , makin maju perniagaan mereka dan dah buka satu cawangan di Wangsa Maju. Tahun 2009 jugak masa menunggu nak masuk restoran ini ,  ketika itu penuh sesak  dan terjumpa dengan satu couple dari Gombak dan satu couple lagi dari Seremban.  Hebat 'penangan' restoran makanan Arab ni, orang dari jauh sanggup drive ke sini !

Dah jam 3 petang masih banyak kereta depan restoran ini.

Kalau datang sini ,
minuman peberet aku Barbican Lemon or Apple

Dulu aku tak sukan makan lamb,  tapi semasa buat umrah tahun 2008 aku boleh dikatakan setiap hari makan lamb di sana, so sekarang tekak aku dah ok dengan lamb ni ! Aku rasa pelik dan bersyukur pada Allah s.w.t....

Tu dia Lamb Kabsah yang aku pesan,  
nasi dia lembut sangat dan lamb dia pun 'cun' habis
Complete set aku, dah mula nak jamu selera ni

Tu dia lamb dari dekat.....

Sampai licin aku 'belasah' nasi dan lamb tu....memang sedap sangat.

Aku makan berseorangan jer  tadi,  wife ada kerja dan tak boleh ikut, anak2 aku  masih di sekolah lagi so aku pesan bungkuskan Chicken Kabsah dan Chicken Hanith untuk mereka

Bungkusan 'take away' untuk wife dan anak2 aku,  
mereka suka Chicken Hanith dan Chicken Kabsah
Dalam kereta aku check lagi takut ada menu yang tertinggal

Ok sah,  cukup semuanya....siap ikat lagi..

p/s Bagi yang merindukan makanan sebegini sila ke sana ( aku tolong promote tp yang pasti aku tak ada share dalam restoran ini tau !).  Harga berpatutan dan sekarang lebih selesa sebab suasana restoran lebih selesa dan nyaman.





22 comments:

kak su said...

Salam En. Rosli...

Haa..kat Wangsa Maju pun ada...nak cari laa...teringin lah pulok...Hee..hee...thks 4 info.

rosli said...

Salam Kak Su,

Alamatnya saya tersalah letak, ada kat plastik bungkusan yang saya beli semalam. Nanti saya carikan....hope wife masih simpan plastik tu.

Orang area KL, Gombak, Selayang Hulu Klang dan sewaktu dengannya tak perlu lagi drive ke Cyberjaya. Selamat mencari dan selamat menjamu selera.

shami2 said...

salam cik rosli...

Sedap nampak tu..baca penulisan n3 nih pun dah dapat rasa nasi tu sedap....suatu hari kena pi carilah nih....hehehh

aznaz said...

salam from Makkah...


kat cl tak nak bungkus kan ker..? heheheheh

walsam

CM said...

cm kalau pi kan en rosli biasanya tak larat nk tunggu org ramai sangat,,,cm pi kedai2 kecil di kawasan lain.org sgt ramai lah..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

oh teringin nak makan...kat kuantan ni mana nak cari! di mana..kan ku cari chicken hanith tu...hehehe

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli...hari ini tuan tak keje ke? atau amik MC. rasanya macam free semacam je...oh ye..mesti enak juadah tu kan..tgk nasik dia pun lembut je..macam nasik dikukus seelum beras di goreng.

Oh ya..insyaAllah..ada rezeki nanti kita pergi makan ramai2 dengan geng2 PDKM ye..

Salam

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

ermm, teringin pulak ni.

mama ju said...

Salam sdr Rosli

Nampak sedapkan lamb kasbah tu.

Saya pernah promosi Saba ni di blog saya tapi tak pernah makan kat sini!

rosli said...

Salam Shami2,

Bagi penggemar lamb, boleh cuba. Mgkn adal aig tmpt lain yang lebih sedap tp saya tak tau.

KAMATO said...

Salam Rosli, lain kalau dtg calling2, saya selalu juga ke situ

safiudin.com said...

salam Rosli,

nampak berselera ya...

boleh beri alamatnya di Wangsa Maju tu..

teringinlah pulak nak menjamu selera...
(senang-senang nak turun ke KL ni...)

Marla said...

Bestnye....restaurant ni yang sama ada kat Sri Maya, Jalan Jelatek kan? rasanya dah pergi yang tu...memang sedap...Try Al Rausha atau Castle di Jalan Damai... really sedap too... :)

rosli said...

Salam Cl,

Kat Makkah lagi sedap, klu Cl balik KL, next time kita buat gathering kat sini pulak.

rosli said...

Salam CM,

Kedai mereka dah lebih besar, elok gi masa tidak peak....mesti cepat dapat makanan

rosli said...

Salam hjh Zainab,

Kalau turun KL terus saja ke alamat berikut :

1-01, Dataran Jelatek, Jalan Jelatek
Setiawangsa , 54200 KL. Semua geng2 PDKM boleh terus ke sana

rosli said...

Salam MI, Saya kerja hari Jumaat tu, kalau ada rezli kita boleh ke sana beramai2, mmg best klu lepak kat situ

rosli said...

Salam AZ.

Elok cuba destinasi jalan2 cari makan di sini....boleh kurangkan rindu menu arab nanti

rosli said...

Salam Mamaju,

betul tu, saya perasan yg Mamaju ada buat promosi....next time kita ajak CL berjumpa di sini pulak

rosli said...

Salam Kamato,

Ok set, saya akan inform klu ke sana lagi

rosli said...

Salam Safiuddin,

Bagus tu..... cubalah nanti..... alamat nya

Saba Restoran
1-01, Dataran Jelatek, Jalan Jelatek, Setiawangsa.
54200 KL.

Tel : 03- 42512592

rosli said...

Salam Marla,

Saya belum pernah gi yang kat Jelatek tu, tp rasanya betul kat area tu....saya teringin nak cuba di Jalan Damai tu pulak, mesti best kan...