Wednesday, May 5, 2010

LIMA PERKARA PENTING YANG KITA MAHU

Salam,


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya :-
  1. Wajah yang cantik
  2. Duit yang banyak
  3. Kesihatan yang baik
  4. Anak-anak yang cerdik dan berjaya
  5. Tidur yang nyenyak tanpa gangguan
Cara senang untuk mendapatkannya ,  Kata Nabi Muhammad s.a.w. ; siapa yang tinggalkan Solat Subuh tiadalah padanya Nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan Solat Zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan Solat Asar tiadalah padanya kekuatan badan  dan siapa yang tinggalkan Solat Maghrib tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat dan barang siapa yang tinggalkan Solat Isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. ( Sampaikanlah daripada Nabi Muhammad s.a.w itu walaupun satu ayat)
 
" Allah s.w.t tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al- Baqarah ayat 286.
 


20 comments:

shami2 said...

Salam cik rosli...

Kita semua mau yang terbaik..sob..sob..sob insaf dengan kelemahan diri dan syukur pada Ilahi atas semua yang telah diberikan selama ini.

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

kita mengharapkan lima lima itu senantiasa ada mendampingi kita semua

Wassalam

Azima said...

Salam En.Rosli,

Kita semua mengharapkan yg terbaik dan sempurna dlm hidup kita..tapi kita lupa menjadi hamba yg terbaik di sisiNya..

Sempurna Solat...sempurnalah kehidupan..dan semoga yg 5 itu menjadi milik kita..InsyaAllah.

safiudin.com said...

salam sdr,

terima kasih mengingatkan saya dengan n3 ini...

aznaz said...

salam from Makkah...


satu takzirah yang amat berguna untuk kita semua...

mekasih atas paparan ini


waslam

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli...alahamdullah..saling ingat megigati...Solat itu penting, solat itu tinag agama. Perkara pertama yang ditanya di sana nanti adalah solat.

Solat yang paling sukar dilaksanakan oleh umat akhir zaman adalah solat subuh dan isyak.

Apa yang kita tahu, kita cerita dan sampaikan. Semua org mahukan ke-5 perkara itu. Jadi sama-sama la kita igat, megigati.

Syukran.

Chenta said...

Salam ziarah...

Peringatan untuk diri saya sendiri .

Ayah Zain said...

salam,
padanlah masa az tertidor tanpa solat isya beberapa kali dulu, memnag tak lena, sekejap2 terjaga then terdtidor balik, terjaga, tertidor sampai lah kul 12.00 terus bangun solat isyak tehn tidor barulah lena sampai waktu subuh. rupanya Nabi SAW dah bagi ingatan. subhanaAllah. TQVM

rosli said...

Salam Shami2,

Syukurlah kita masih diberi peluang untuk kerjakan solat dan sedar kepentingan solat untuk diri kita sendiri

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, bila hidayah sudah bersama kita Insyallah solat lima waktu kita tidak akan lupa

rosli said...

Salam Azima,

Saya setuju dengan Azima, solat 5 waktu amat penting dlm kehidupan seharian kita.

rosli said...

Salam safiuddin,

Terima kasih kembali, elok kita sama2 memberi peringatan

rosli said...

Salam CL,

Saya pun sekadar berkongsi apa yang saya dapat dari email kawan2 pejabat. TK kerana memberikan sokongan

rosli said...

Salam MI,

Betul tu, kita sama2 berkongsi pengalaman dan pengetahuan

rosli said...

Salam Linda,

Terima kasih berkunjung ke blog saya, betul tu, peringatan utk diri saya jugak

rosli said...

Salam AZ,

Saya pun dah lalui perasaan dan suasana begitu dulu. Sekarang tido lebih nyenyak

rezeki said...

salam rosli

perkara pokoknya ialah solat kerana ia tiang agama, kalau tiang tak kuat, maka runtuhlah semuanya

rosli said...

Salam Rezeki,
Betul tu, solat tiang agama.

مسافر اسلام said...

tapi, en Rosli lebih berpegalam dari saya...

rosli said...

Salam MI,

Kita sama2 ingat mengingati, pengalaman saya pun kurang bab agama ni. saya perlu sokongan dan panduan dari orang lebih arif bab agama ni. TK atas sokongan