Saturday, May 1, 2010

PANTAI KG BATU LAUT, DAERAH KUALA LANGAT, SELANGOR- PART 1

 Salam,

Aku percaya ramai yang pernah dengar  nama Kancung Darat di Banting, kampung Datuk Misbun Sidek dan nama pantai Morib yang terkenal di Selangor.  Mungkin juga ada yang pernah dengan pantai Kg Batu Laut lebih kurang 6-7 km ke selatan dari Pantai Morib. Abah dan emak aku berasal dari  sini.( asal sebenar mereka adalah dari daerah Masjid Tanah, Melaka)

Kg . Batu Laut terkenal kerana banyak sebab, antaranya dulu dari tahun 1974  DUN Batu Laut  diwakili  oleh Cikgu Jabar wakil rakyat Bebas, bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, Tan Sri Zaleha Ismail lahir di Kg Batu Laut, YB Dato' Satim Diman bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Bekas Pengurus Pasukan Bolasepak Selangor juga berasal dari Kg Batu Laut.  Sekarang DUN Batu Laut adalah Dato Dr Abd KArim.  

Banyak lagi sebab kenapa Batu Laut ini dikenali ramai lebih2 lagi bagi orang Selangor.



Dulu pantai ini terkenal jugak dengan beberapa shooting filem dan drama sejak tahun 1970an hingga tahun 1990an,  dan masih lagi sekali sekala shooting drama sehingga kini.

Jeti ini dibina oleh Kerajaan kerana pasukan perahu pelayar negeri Selangor berpusat di sini dan ada di antara mereka yang mewakili Malaysia.

Tahun 1980an aku selalu jugak singgah pantai ini bila balik ke kampung semasa arwah abah dan emak aku masih ada.  Tetapi sejak abah meninggal tahun 1981 dan emak tahun 1991 , aku dah jarang pulang ke kampung. Rumah pun dah tinggal kosong selama 16 tahun sehinggalah tahun 2008 kakak dan abang aku perbaiki semula rumah tersebut. Adalah jugak jugak balik kampung dengan anak2.  Nak rasa kehidupan kampung sebab aku memang lahir di Petaling Jaya dan hanya sekali sekala pulang ke kampung. Bukan nak berlagak atau membesar diri , kenyataannya aku memang di besarkan di bandar Petaling Jaya dan Klang.

Biasa kalau ke pantai inilah aktiviti anak2 aku dan sepupu mereka. Cari belangkas, umang2, anak ikan belodok, anak ketam dan anak udang jika ada. Semua tu tak boleh makan kecuali anak udang.

Dua ekor belangkas mereka dapat, heran kan....nape mesti dua ekor belangkas !  Dulu susah jugak nak cari belangkas di sini,  sebabnya belangkas banyak di pantai Jeram berdekatan dengan Kuala Selangor. Tsunami 2004 banyak mengubah hidupan laut.

Umang2 ni apa rumah pun dia masuk dan pinjam !


Anak ketam ( kertah) dan umang2 kecik


Ini dia jeti pasukan perahu layar tu,  air mula  pasang waktu ni

Ni menara tinjau pasukan kapal layar tersebut

Ombak menghempas tebing pantai yang telah ditambak


Pokok bakau pun ada sikit dan membantu mengurangkan hakisan pantai


Actually pantai ini kaya dengan kepah, kijing, mentarang, dan banyak hasil laut.  Satu hari nanti kalau ada idea dan photo aku akan tunjuk apa benda semua tu.  

Bagi aku dan famili aku,  kami biasa 'mengisa' ikan kat pantai.  Panjang jaring lebih kurang 30-50 kaki dan tinggi jaring lebih kurang 4-5 kaki.  Kami mula tarik dari dari menghala le laut sehingga paras dada dan tarik menyusur pesisir laut lebih kurang suku batu ,  lepas tu tarik terus ke beting pasir,  biasa aktiviti dibuat semasa air nak surut. Kekadang dapat ikan gelama, anak ikan senangin, ketam renjong, udang dan macam2 lagi termasuk ular kapak ... kena hati2 sangat kalau buat kerja ini sebelah malam.  Sejuk tapi macam2 ada.  Kalau sebelah siang panas sangat tapi agak selamat boleh nampak semua..Aku dah dekat 10 tahun tak buat kerja2 ni.  

Bila rumah tinggal/pusaka tu dah siap dibetulkan kami selalu jugak gathering adik beradik, walaupun rumah ni kecik dan sempit kami sanggup berimpit dan tidor atas lantai asalkan dapat merasa hidup di kampung.  Kekadang kami rindu pada kedua2 arwah abah dan emak  yang sudah lama meninggalkan kami bila berada di rumah pusaka ini.
Rumah kampung kecik dua bilik dan satu bilik air, masih lagi kami perbetulkan dan proses mengecat masih belum siap. Yang dah siap hanya bahagian dapur. Abang Ramli dan Akak Ramlah yang bersungguh-sungguh nak 'menghidupkan' semula semangat rumah ini.  Kami semua sokong usaha ini.

Sejarah awal rumah ini dibina tahun 1978 dan siap sepenuhnya tahun 1979,  pencen arwah abah kecik sangat,  so bajet dia pun kecik....ini saja rumah yang dia termampu pada waktu itu.  Namun begitu aku bangga dengan arwah abah dan emak sebab mereka berjaya membesarkan kami tujuh beradik dengan seribu satu macam kepayahan semasa kami hidup dan membesar di Petaling Jaya sejak dari sebelum merdeka hingga tahun 1979. Ada entri susulan nanti.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua2 orang tua aku, Hj Ibrahim bin Mat Dom dan Hjh Mariam@Mahiam Bt Hj Hassan. Amin



14 comments:

aznaz said...

salam from Makkah...


CL suke taua makan belangkas...sedappp..


waslam

rosli said...

Salam CL,

Betul tu mmg sedap kalau masak lemak cili api, telur belangkas memang enak sekali

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli.
sayu baca ceerita en rosll ini, perlbagai onak duri hidup zaman dulu.
Semlm saya baru sahaja pukat ikan di PD, apa yg en rosli cerita tu. sama dengan apa yang kami buat semalm. macam2 dapat. Smapaikan saya kena segat ikan. Kul 3 pagi pergi hospital.

Semoga N3 terkini lebih menarik ye..

Salam

rosli said...

Salam MI,

Kena sengat dengan ikan apa, hati2 next time, lebih2lagi dengan ikan sembilang.....

Saya pun tak banyak idea skrg ni....

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

kenangan lalu biasanya menyentuh jiwa kalbu...tak kiralah kenangan manis ke, pahit ke, masam ke...
mudah2an pengalaman nan lalu menjadi pengajaran & iktibar buat kita melayari hidup pada hari ini. semoga rosli & famili sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Atikah said...

Salam En Rosli,
Cantik juga pantainya...
Seronoknya baca pengalaman en rosli.. terasa nak p sana...

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Betul tu, cuma kekadang saya sedih dan sedikit terkilan sebab tak dapat nak share sedikit kemudahan dan kesenangan bersama mereka berdua yang banyak berkorban untuk kami semua. Hanya doa yang dapat kami kirimkan untuk arwah berdoa.

Tk atas doa hajah tu dan saya pun mendoakan hajah dan keluarga juga sentiasa dirahmati Allah s.w.t

rezeki said...

salam rosli

tak pernah sampai sana , saya ni lahir je kat selangor, tapi dibesarkan di johor hehe

tulah, bila kedua org tua dah tiada , semuanya akan tinggl kenangan je, terutama rumah yg kita pernah duduk dan tinggal dulu

bagus juga idea utk hidupkan semangat dan suasana rumah lama tu

Alfatihah buat kedua org tua mu

ALFATIHAH

rosli said...

Salam Atikah,

Pantai Batu Laut luas jugak, byk hasil laut boleh kita cari masa air surut kalau rajin, cuma kalau nak mandi saja yang saya tak galakkan sebab air kurang jernih. Tp ada orang tak kisah asal mereka dapat mandi laut.

Kalau ada masa datang ke sini, boleh ikut jalan Banting atau ikut Bagan Lalang. Iku arah pasti akan jumpa. Kalau ada masalah nak ke sini bagi tau dan saya akan guide.

rosli said...

Salam Rezeki,

Idea hidupkan semangat rumah lama tu datang dari abang dan kakak saya, kekadang kami bersembang di tepi rumah tu....teringat kisah2 lama pasal rumah dan kedua orang tua tu. Sepi seketika , kami melayan perasaan.
TK atas doa Rezeki tu, saya pun doakan roh arwah bapa Rezeki juga sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Sama2 kita berdoa untuk mereka.

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli...dah masuk hari ke-3. Sakit kena segat ada lagi. Pagi itu kami pukat, saya terasa sakit, saya tahan je...biase la anak jantan, kena tahan sakit.
Jam di tangan dah kul 2.30pagi....semakin lama, semakin sakit. Saya pergi ke Hospital. Kena injet dan dibagi ubat tahan sakit.
Saya bukan di segat ikan, tapi kena obor-obor.
Semalam semasa saya nak tidur, saya terigatkan arwah ayah. Saya terigat cerita en. Rosli masa waktu perbualan tempoh hari. N3 ini menanamkan lagi rindu saya tiap kali saya baca.
Saya tak simpan gambr rumah setinggan yg arwah ayah bina untuk kami sekeluarga. Rumah yang banyak membesarkan kami sekeluarga dengan sesuap nasik bersama ikan kering.
Sayu dan sedih saya bila meyambung cerita ini.
InsyaAllah bila kita ketemu, boleh kita bersembang lagi panjang.

JazakaAllah khi

rosli said...

Salam MI,

Harap bersabar dengan dugaan ( kena sengat ni), pasal rumah tu, mmg kita akan rasa rindu dan sayu. Rumah lama saya ( kuarters di PJ) saya amik masa lebih kurang beberapa tahun untuk saya lupa kenangan di sana. Akan ada entri pasal rumah lama saya

مسافر اسلام said...

baik..saya tunggu.

D51 Family said...

Rumah Nie Kat Jln aman barat ke..??Abang Ramli tuu u brother yee..??