Thursday, April 29, 2010

MENIKMATI SALAH SATU KEBESARAN ALLAH S..W.T

Salam,

Sekali lagi buntu idea dan tak pasti apa lagi yang nak dipaparkan di blog aku ni.  Sekadar berkongsi beberapa foto yang pernah aku  paparkan dalam entri terdahulu dan ada yang belum dipaparkan.

DI ANTARA JEDDAH DAN MADINAH, JULAI 2008

MUARA SG MELAKA, JANUARI 2010

   PANTAI  BATU 4 , PORT DICKSON, 
JANUARI 2010

PANTAI KG BATU LAUT, BANTING, 
KUALA LANGAT, OKTOBER 2008

PANTAI TELUK KEMANG , PORT DICKSON, 
APRIL 2010
DANAU TOBA, PRAPAT,  SUMATERA , 
APRIL 2006

MASJID TEPI LAUT DI JEDDAH

PANTAI CHERATING , DISEMBER 2009

MUARA SG MUAR FEBRUARI 2010

MASJID NABAWI 2008

Agaknya pemandangan yang mana paling best dan mendamaikan......tepuk dada tanya selera.


Sunday, April 25, 2010

PERALIHAN WAKTU DAN TENAGA

Salam ,

Aku banyak menerima email dari kawan2 pejabat dan mana yang baik dan berkaitan agamaku simpan  dalam PC dan akan share dengan kawan2 lain.  Di bawah ini salah satu yang menarik,


Semua umat Islam ingin bersolat di depan Kaabah ( Pusat Bumi)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.  Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dengan bidang fotografi.
LEPAS SUBUH DI KUCHING, 7.00 PAGI

Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam frekuensi berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiriod yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.  Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.  Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya  ataupun terlewat secara berulang-ulang kali , lama kelamaan  akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.  Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiriod yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( keserentakan ruang dan masa)- dalam erti kata lain jaga daripada tidor.  Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia perintah solat di awal waktu.  Bermula saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.  Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.  Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
LEPAS ZOHOR DI RIVERSIDE KUCHING, 2.00 PTG

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau ( israq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan  masuknya waktu ZOHOR. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.  Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan dengan keceriaan.  Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat waktu Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.  Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

BERSUKAN SELEPAS ASAR DI PADANG AKTIVITI TERBAIK

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna  pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.  Rahsia warna oren ialah kreativiti.  Orang yang kerap  tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ni jasad dan roh seseorang itu terpisah ( tidur la tu..) dan jangan lupa , tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

SENJA DI PORT DICKSON,  APRIL 2010

Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna merah dan waktu ini kita kerap di nasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.  Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.  Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la...) kerana banyak inteferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.  Rahsia waktu Maghrib atau merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

KALAULAH DAPAT SOLAT ISYAK DI SINI SETIAP HARI..CL ANTARA YANG PALING BERUNTUNG DAN DAPAT RASA NIKMAT TERSEBUT

Apabila masuk waktu ISYAK, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.  Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan kawalan otak.  Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.  Tidur pada waktu ini di panggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.  Selepas tengah malam , alam mula bersinar kembali dengan warna putih,merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,pituitari,talamus dan hipotalamus.  Tubuh sepatutnya kembali bangkit pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.  Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah fakfor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi- qong dan sebagainya.  Semuanya  dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.  Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah ' dikurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendsk menyerap tenaga alam ini.  Hakikat ini  seharunya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai Pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukannya.  Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas lain. 




Friday, April 23, 2010

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI

Salam,

 Port Dickson,  Januari 2010
Saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari email ,  kalau ada kawan2 lain yang nak share ilmu silakan. Saya percaya lepas ni kaum Hawa akan 'bertindak' bagi komen,  silakan saya nak tengok artikel dari persepsi  kaum Hawa pulak.

SUATU PERJALANAN
 
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari  berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa  hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke  Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus  tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama  41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia  perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling  memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima  kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati.   Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta  nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya  yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang  menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada  dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:  
1. Kamu banyak mengutuk atau  menyumpah  
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin  kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka.  Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih  mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG
 
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman  yang baru beroleh cahaya mata.  “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada  salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang  menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang  tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan  kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi.   Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
 
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali.   Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf  tiada serinya lagi.  Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”   Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.   Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..


          “The only real mistake is the one from which we learn nothing...”



Sayu, cantik , salah satu kebesaran Allah

Thursday, April 22, 2010

BENGKEL GENG2 OSH DI HOTEL RENAISSANCE, MELAKA

Salam,

Selama 3 hari 2 malam aku dan rakan2 OSH berkampung di hotel ini.  Dah lama tidak memanjakan diri di hotel berbintang2 cam ni ( semua di bayar oleh penganjur kami).  Memang best sekali sekala berbengkel di luar KL. Bilik aku mengadap ke Bandar Hilir, Melaka Raya dan Klebang.  Boleh nampak dari jauh Eye On Melaka, Menara Taming Sari, Hotel EQ Melaka,  Hotel Holiday Inn,bukit St Paul, Hang Tuah Mall, Mahkota Hotel, Tambakan laut di Klebang dan banyak lagi,

Ni bilik aku selama 2 malam di sini, luas dan selesa

Semua boleh nampak dari jauh

Menara Taming Sari

Sebelas atas tengah ke kanan gambar  tu laut ,  Pantai klebang di tambak untuk didirikan satu Taman Tema Air yang besar dan canggih nanti

Satu petang tu aku sempat berenang di kolam renang di tingkat 11 hotel ni, cantik  pemandangan sebelum maghrib,


 Menu dan jenis  makanan di hotel ini memang banyak di restoran ni.  Kat Zest Restaurant aku  sarapan, makan tengahari dan makan malam.

 Kaunter makanan bergoreng dan rebus di sini.

Antara menu menarik

Aku amik sayur dan sotong ajer...lepas tu ada lagi...

Kuih popiah/(samosa ?)  minum petang

Lagi kuih  'flat' dan pulut panggang tp inti kelapa manis

Ni tajuk bengkel kami

Aku dok kat belakang sekali, sempat snap foto masa ni

Trainer tekun mendengar taklimat dan penerangan

Aku bersama master trainer yang lain di depan pulak untuk 
sessi challenge dan cadangan
Semoga Allah permudahkan usaha kami, murahkan dan luaskan rezeki kami semua. Amin

Cantik lobi hotel Renaissance Melaka ni.





Tuesday, April 20, 2010

ASAM PEDAS SPECIAL RESTORAN TIGA LIMA ( 35 ) DI BANDA HILIR, PLAZA MAHKOTA, MELAKA

Salam,

Semalam (Isnin - 19 April) kumpulan kami (pengamal OSH Syarikat kami) berkumpul di Melaka,  sebelum program bermula kami di jemput hadir ke restoran ini ini menjamu selera makan tengahari ,

Pandangan dari depan restoran ini


Ni dia menu utama,asam pedas ikan pari ( maaf gambar goyang sikit)

Gebu dan lembut Ikan jenak/ jenahak ni....

Selain itu ada beberapa menu sampingan yang begitu mengancam dan menyelerakan,
Kerabu mangga, masam manis

Best ikan dan telur masin ni


Sambal belacan buah kuini...aduhhhh enaknya

Sayur goreng campur udang....manis udang ni..
Sotong goreng ....fresh
Gulai ikan sepat masin campur nanas

Pencuci mulut, tapai pulut  manis bersari....

Muka orang dah kenyang.....sedap makanan kat restoran ni

 Antara senarai harga makanan dan alamat restoran ni....aku tak ada share tau...

Aku di Melaka sehingga esok ( 21 April 2010), lepas ni entri di bengkel, makanan hotel dan hotel penginapan .

Monday, April 19, 2010

BERBUDI PADA TANAH/PASU - ANGGUR MASAK RANUM MASAM2 MANIS

Salam,

Masih ingat entri aku terdahulu pasal anggur di Bandar Baru Bangi. Ada lagi satu tangkai kecik anggur aku yang dah kira masak ranum...

18 april 2010
Tu dia ada 11 biji anggur.

Berbudi pada tanah atau dalam pasu memang berbaloi.  Selain itu, aku juga tanam pokok limau purut, limau kasturi, pokok kari. 

Limau purut
Daun kari
Limau kasturi
Pucuk baru pokok anggur

Pokok bunga pun banyak,  ini sebahagiannya ada  Bunga Raya, Bunga Kertas, Kemboja China, ada yang aku tak tau namanya,terlupa dan ada yang main tanam ajer.  Syukur semua masih hidup segar.