Thursday, April 15, 2010

INI MENDAMAIKAN HATI BILA BUNTU IDEA

 Salam,

Minggu ini aku tersangat penat, lesu dan seakan tiada daya nak mengarang. Sebelum itu aku dah siapkan 4 artikel pasal tempat lahir, sekolah, kampung abah dan rumah pusaka abah aku.  Tapi entah kenapa aku belum bersedia untuk memaparkannya.  Kekadang terasa isi dan gambar belum cukup, kekadang rasa belum lengkap artikel tu.Entahlah......

Banyak terlintas dalam kepala aku, nak tulis pasal kerja, pasal bonus, pasal politik ofis, pasal jalan jam, pasal semak samun, pasal pokok tumbang, pasal bolasepak Malaysia, pasal sepaktakraw,pasal olahraga, pasal badminton, pasal politik Hulu Selangor ( YB yang meninggal tu aku kenal masa kerja kat YS sejak tahun 1988, bekas AJK pendidikan YS, aku hilang sorang kawan,  dulu aku panggil dia Dr Zainal,  pasal YBK dan Dato Zainal Sakom pun aku kenal sejak tahun 1988, dulu aku panggil dia Ustaz saja masa tu dia masih lagi Setiausaha Politik , Tan Sri Muhammad Md Taib). Tapi aku tak mau jadikan blog aku ni citer hal politik .  Zaman aku nak aktif politik pun dah berlalu, profail aku kurang sesuai jadi ahli politik agaknya. Itu semua dulu. Tapi akhirnya satu pun artikel  tak menjadi.  Di bawah inilah hasilnya....

Sekarang ni aku lebih minat citer pasal Makkah dan Madinah,  blog PDKM pengubat rindu pada Makkah.  Sementara aku nak dapatkan balik idea dan kreativiti aku,  elok  aku paparkan beberapa  keping gambar yang mendamaikan hati aku ni.
MH MAKKAH
MADINAH
LUAR JEDDAH

SENJA DI PANTAI KG BATU LAUT, KUALA LANGAT  TAHUN 2008 
( KG ABAH DAN EMAK AKU)

Semua gambar di atas tidak pernah jemu aku tatapi dan yang pasti mendamaikan hati aku !.

15 comments:

My Life said...

salam

ambik tempat dulu..

hehehhe

My Life said...

salam pakcik

sama dgn keadaan kita.. minggu nie amat penat dan lesu yg amat..

rindu yg amat pada haram...
doakan azie

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

Alhamdulillah
ada n3 baru

memang MH dan M Nabawi akan mendamaikan hati yg resah

Wassalam

rosli said...

Salam Azie,

Tahniah, skrg kalau saya jemu buat kerja, mesti tgk semua gambar MH dan MN. Satu lagi saya suka pemandangan laut waktu senja.

rosli said...

Salam Rozali,

Buat pengubat hati, resah hati dan susah hati terasa damai melihat gambar ini, PDKM mmg agenda wajid stiap hari

aznaz said...

salam from Makkah...

mendamaikan jiwa bila melihat nyer...


waslam

sonata anak kancil said...

tajuk N3 - tak ade idea....pandai awak cipta N3 tak ade idea!!! dah tulis ni adelah idea tu....idea tak ade idea.....gambar2 itu menggamit perasaan ini untuk ke sana!

rosli said...

Salam CL,

Betul tu, amat mendamaikan jiwa....

rosli said...

Salam hjh Zaleha,

Bila buntu,,kita akan berfikir sesuatu untuk menarik perhatian kita, jadi ini cara saya nak buat hati saya gembira dan buang yang resah di jiwa....so adalah idea ni....

nadz said...

Assallamualaikum,
Gambar kota suci itu mendamai jiwa..
Gambar kampung halaman pula penuh nostalgia..
..kalau gambar semak, jalan jam dan pokok tumbang agak-agaknya sesak dada mama..
w/salam

rosli said...

wslm Mama nadz,

Betul tu, saya akan cuba elak masukkan gambar semak samun, jalan sesak`atau pokok tumbang.

akan datang gambar hometown saya dan tmpt saya dibesarkan

Unknown said...

salam ...

mendamaikan setiap mata yg memandang gambar2 di atas...

akhi , ummi nk tanya cerita bonus tu ada yg menarik ke ? he he he kan ummi satu family gak...

rosli said...

Salam Ummi,

Ada yang menarik dan ada yang kurang menarik, pemberian ikut LOB atau di mana bahagian kita berada.

Bagi anggota bukan eksekutif semua orang sama sebab mereka ada perjanjian bersama dengan kesatuan sekerja.

Nak simpan duit sebab nak gi buat haji dan umrah, boleh visit CL di Makkah. Amin

hilmyiskandar said...

Salam.

Alhamdulillah, memang mendamaikan hanya yg tahu mengetahui, kekadang tu kalaulah ada bersayap mahu terus terbang ke Mekah & Madinah - tanyalah CL tu.

Amin.

tq.

rosli said...

Salam Hilmy,

Betul tu, hati memang sentiasa meronta untuk ke sana