Sunday, April 25, 2010

PERALIHAN WAKTU DAN TENAGA

Salam ,

Aku banyak menerima email dari kawan2 pejabat dan mana yang baik dan berkaitan agamaku simpan  dalam PC dan akan share dengan kawan2 lain.  Di bawah ini salah satu yang menarik,


Semua umat Islam ingin bersolat di depan Kaabah ( Pusat Bumi)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.  Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dengan bidang fotografi.
LEPAS SUBUH DI KUCHING, 7.00 PAGI

Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam frekuensi berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiriod yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.  Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.  Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya  ataupun terlewat secara berulang-ulang kali , lama kelamaan  akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.  Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiriod yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum ( keserentakan ruang dan masa)- dalam erti kata lain jaga daripada tidor.  Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia perintah solat di awal waktu.  Bermula saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.  Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.  Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
LEPAS ZOHOR DI RIVERSIDE KUCHING, 2.00 PTG

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau ( israq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan  masuknya waktu ZOHOR. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.  Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan dengan keceriaan.  Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat waktu Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.  Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

BERSUKAN SELEPAS ASAR DI PADANG AKTIVITI TERBAIK

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu ASAR di mana spektrum warna  pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.  Rahsia warna oren ialah kreativiti.  Orang yang kerap  tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ni jasad dan roh seseorang itu terpisah ( tidur la tu..) dan jangan lupa , tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

SENJA DI PORT DICKSON,  APRIL 2010

Menjelang waktu MAGHRIB, alam berubah ke warna merah dan waktu ini kita kerap di nasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.  Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.  Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la...) kerana banyak inteferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.  Rahsia waktu Maghrib atau merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

KALAULAH DAPAT SOLAT ISYAK DI SINI SETIAP HARI..CL ANTARA YANG PALING BERUNTUNG DAN DAPAT RASA NIKMAT TERSEBUT

Apabila masuk waktu ISYAK, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.  Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan kawalan otak.  Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.  Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.  Tidur pada waktu ini di panggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.  Selepas tengah malam , alam mula bersinar kembali dengan warna putih,merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,pituitari,talamus dan hipotalamus.  Tubuh sepatutnya kembali bangkit pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.  Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah fakfor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi- qong dan sebagainya.  Semuanya  dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.  Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah ' dikurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendsk menyerap tenaga alam ini.  Hakikat ini  seharunya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangNya sebagai Pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukannya.  Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas lain. 




12 comments:

aznaz said...

salam from Makkah..


alhamdulilah...bagus jugak info yang di beri..baru cl tau ...


syukran

waslam

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

Alhamdulillah
terima kasih atas info tu
berfaedah

Wassalam

Zie said...

Salam En. Rosli,

Terima kasih atas pembelajaran sains dalam al-quran ni.

S said...

salam,

cik Rosli,
terima kasih, info yg amat menarik dan berfaedah.

kak su said...

Salam En.Rosli..
Alhamdulillah...terimakasih kerana memanjangkan ilmu nii..semuga adik n kwn adik mendapat kerahmatan dr Allah ya..Amin.
Wslm

rosli said...

Salam CL,

Saya pun berkongsi ilmu dengan kawan2

rosli said...

Salam Rozali,

Sama2 kita mendapt menafaat dari pengetahuan ini.

rosli said...

Salam Zie,

Ada banyak lagi , saya akn kongsi dari masa ke semasa

rosli said...

salam Kak S,

Insyallah ada byk lagi yang menarik antara syariat dan sains

rosli said...

Salam kak Su,

Insyallah. Amin

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

terima kasih kerana kongsi info...

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

akan ada lagi yang saya akan share. bagus info yang diterima