Saturday, April 3, 2010

AUDIT ISO DI KUCHING - BERSANTAI LEPAS KERJA- PART 1

Salam,

31 Mac aku ke KLIA untuk ke Kuching,  flight ditunda dari jam 3 ptg ke 4.45 ptg. Penat menunggu di KLIA. Akhirnya tiba jugak pesawat yang nak ke Kuching tu..... Last aku datang Kuching tahun 2005....rindu dengan terubuk masin, kopi o, mee kolok dan lada hitam fresh dari Sarawak ni...

 Menghala ke gate A 8

gate pun bertukar dari A 10 ke A 8

Nasib baik mereka tukar pesawat ke Airbus, lajulah sikit sampai Kuching !

Tunggu mereka loading bagasi dan kargo...

Tiba di Kuching lebih kurang jam 6.45 ptg,  dah gelap masa tu,  masuk waktu Maghrib dah masa tu,  terus ke hotel dan keluar makan kejap saja dengan kawan2 di Kuching.  Makan Mee kolok, tp aku lupa snap gambar sbb dah lapar sangat masa tu.....next entri nanti ada ok.

Pagi esoknya, 1 April 2010 aku sempat snap beberapa keping gambar dari jendela hotel penginapan aku.  Kali ini aku stay kat Harbour View sebab nak save budget,  boss aku stay kat Margherita ( Holiday Inn)


Jam 7.15 pagi, 1 April 2010

Dewan undangan negeri Sarawak yang baru, belakang tu g. Santubung agaknya,  tak sure.

Bangunan putih tu Kuching Hilton, pernah beberapa kali stay kat situ dulu dan sebelahnya Riverside ( dulu Crowne) pun pernah beberapa kali stay kat situ dulu.

Ni hotel yang aku stay, Harbour View dekat jugak dengan Waterfront 

Ni Toyota Avanza yang jemput kami di airport dan bawak ke tempat audit, no plet di Kuching skrg dah QAR atau mungkin dah lebih jauh

Kat sini aku buat audit dengan kawan dan immediate boss aku sehari suntuk.

Lepas kerja sorang kawan aku di Kuching bawak ke Jalan Haji Taha makan cendul,  sotong kangkung dan rojak buah.  Special cendul ni sebab guna santan kelapa.  Best.

Sotong kangkung dan ABC




8 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

akak suka sotong kangkung & ABC tu...mengancam..fuuuh!!

nadz said...

Assallamualaikum,

Kalau makan dah sedap, hati tentu senang. Alhamdulillah..rezeki sebenarnya dapat berjalan-jalan ke tempat orang.. berziarah sambil bertugas.

Atikah said...

Salam En Rosli,
Bestnya sotong kangkung tu...

pst.. pst.. en rosli, leh kirim kek lapis sarawak? hehehe

manzlie said...

salam from Makkah..

nampak sedap jer kangkong and abc tuh..

wlasam

rosli said...

Salam hjh Zainab,

Mmg sedap , orang pun ramai sgt masa tu

rosli said...

Salam Nadz,

Betul tu , lepas berugas cari makan dan jalan2, byk tmpt makan sedap2 di Kuching...selain terubuk masin dan makanan tempatan lain.

rosli said...

Salam Atikah,

Saya dah smpi Bangi semalam.... saya pun tak beli kek lapis tu. Tak apa lain kali jika ada rezki

rosli said...

Salam CL,

Mmg sedap sgt, byk lagi kedai yang saya tak sempat cuba.