Sunday, April 18, 2010

MERAH MAYONG, KEMBUNG DAN KUNING UDANG

Salam,

Pagi tadi aku jadi trainer satu kelas khas OSH di NIOSH, Bangi....kelas mula jam 9.00 pagi  dan habis jam 1.00 ptg  , lepas tu terus pulang ke rumah,  dekat ajer lebih kurang 3km dari rumah... tiba di rumah aku terbau masakan yang biasa wife aku masak, satu rumah menyerbak baunya Ni dia ,

Asam pedas ikan mayong style Muar. Peberet wife aku
Walau macamana sedap pun ikan mayong ni, aku makan sikit aje , bukan peberet aku,  wife aku memang tau.  Dia punya peberet.

Peberet aku di bawah ni,


dah lama tak makan asam pedas ikan kembung....tukar selera pulak


Udang masak lemak cili api , peberet aku jugak


sayur salad dengan sos thousand island

Kerja aku mudah saja potong tembikai susu ni. Ringkas  je menu tengahari tadi, tapi aku puas makan udang tu. Tembikai susu ni peberet semua anak2 aku.
Pencuci mulut, manisnya

Hari Sabtu petang memang masa aku bersama keluarga mengadap Astro....biasalah lepas 15 minit astro pulak mengadap aku......zzzzzzzzzzz.... sedar2 azan asar. Syukurlah.

p/s tajuk artikel aku dah macam tajuk Pak Itam/ rezeki....ada merah ada kuning...

16 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

yang di siarkan tu rezeki namanya

hari dapur tak masak
tengah hari, kenduri kawin
malam anak (lepas SPM) belanja
he he

Wassalam

rosli said...

Salam rozali,

best jugak makan dengan anak2, bila anak2 belanja lagi best....nak rasa duit mereka...mesti anak rozali tu pandai simpan duit dan pandai berjimat masa belajar dulu

aznaz said...

salam from Makkah...

mengapa harus aku di 'siksa' begini...? nak lari dari HC tapi jumpa gak di 'bangi'..sob sob sob...sedih cl..


waslam

rosli said...

Salam CL,

Mintak maaf, tidak berniat nak 'siksa' CL, sabar, bila pulang ke KL julai ini, jemputlah ke rumah saya lagi...

Unknown said...

SAlam Rosli,

x kira asam pedas apa semua my favourite, bedal (bhsa org MElaka) je semua.

مسافر اسلام said...

Salam subuh en Rosli.
Hari minggu ada kerja ke?
tak ada..bagus..kali ini boleh en Rosli masak pulak..kasi wife potong buah...hehehe

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

az tegolak bosa baca komen CL ituh. Cian nya dia.

az pun tak makan ikan mayong walau masak apa pun, tak tahu tak boleh ke tekak. Setakat dalam mulut jer boleh. heheheh

rosli said...

Salam Che'na,

Betul sepatutnya bedal ajer semua....semua jenis ikan sedap dan ada rasa tersendiri

rosli said...

Salam MI,

Saya mmg tak pandai masak kecuali Maggi dan masak air saja. Skrg bru nak belajar masak sambal ikan bilis. Tak pelah...

rosli said...

Salam AZ,

Betul tu, bukan semua orang suka Mayong, adik beradik saya semua suka ikan mayong atau ikan bagok....mereka kata saya memilih.....tapi kalau buah2an saya bedal jenis....

Umi Azuddin said...

Salaam En. Rosli,

Fuh, bau asam podeh dan masak lomak bangi dah sampai ke Ipoh nih! Terlioq laa! Sebenarnya saya tak tahu pun nak membezakan asam pedas Muor ke, Melaka ke, mana ke... bottom line, semuanya sodap belako! hehe...

VpeaceV

rosli said...

Salam U,

Mmg semua sedap asam pedas tu, kebetulan arwah emak saya asal Melaka, saya dah biasa dengan asam pedas Melaka sejak dari kecik. Bila dengan wife dia pulak orang Muar so dapat rasa asam pedas style Muar. Kedua2 jenis ada keistimewaan masing2.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

terliur tengok asam pedas ikan kembung tu...

kesian CL...dia pun terliur asam pedas gak!!

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Saya pun rasa bersalah buat CL terliuq,,,, dah offer dia datang Bangi bulan julai nanti.

aznaz said...

salam from Makkah..

ok mekacih...tak sedih dah..
cl buh dalam buku 3/5 noohh..heheheh


waslam

rosli said...

salam CL,

Ok set. Jumpa Julai nanti