Sunday, April 4, 2010

KUCHING - KLIA- BANGI -TERUBUK MASIN GORENG FRESH- PART 3

Salam,
Lepas berposing dan menyusur sungai Sarawak, aku terus ke  hotel kemas beg, solat dan bertolak ke Airport Kuching., flight aku jam sepatutnya 4 .05 ptg ,  tunda ke jam 4.35 ptg pulak.

Cantik airport baru ni,  lebih selesa dan moden

Kedai2 lebih moden dan luas

Masih lapang dan nampak baru lagi

Ni boarding pass aku...sah boleh balik Bangi

B 737 pun dah sampai

Sampai KLIa jam 6.20 ptg, terus ke ERL Transit, dah dekat 3 tahun aku tak naik ERL Transit ni,  jimat masa dan laju.  Aku turun di Putrajaya/Cyberjaya,

ERL dari dalam , bersih, moden dan laju...

Dah sampai stesen Cyberjaya/Putrajaya
Dari KLIA 6.50 ptg dan sampai kat sini jam  lebih lebih kurang jam 7.05 ptg

Stesen ni dari depan

Sampai jer rumah aku bukak dulu kotak ikan terubuk masin tu,  tak sabar nak nikmati terubuk masin goreng ni......
Masih berbungkus lagi
Tu dia masih baru dan fresh
Dah buang lebihan garam untuk elak terlalu masin dan buang ekornya

Ni dia , baru lepas goreng.....harum dan sedapnya....

Hanya aku dan wife saja yang sukan ikan ni, anak2 tengok pun tak mau...ruginya ...




18 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Rosli

terliuk noooo
tenguk ikan masin tuu

Alhamdulillah
selamat perjalan pergi dan balik

Wassalam

CM said...

salam en rosli


CM tak pernah sampai lg Kuching...

yup budak2 sekarang mmg tak minat ikan kering..depa suka ayam jer..

sonata anak kancil said...

nak datang ke melaka kan??? saya nak separuh je ikan tu! ( dengan muka tak malunya ini...)

...tak payah sekor....anak2 dah la tak ade...kalau ade pun tak makan...hubby pun tak makan! saya je makan.....sedapnya!!! buat terliur - makan dengan bubur nasi best kan!!!

Ummi Humaira said...

salam akhi Rosli..

a.port Kuching tu ummi dah pernah gi gak , bila tengok gambar tu teringat kenangan thn 2008 dulu .

ada lg tak terubuk masin tu .

rosli said...

Salam Rozali,

Syukur selamat pergi balik dan dpat beli terubuk lagi, lepas ada dua cara nak beli terubuk tu, samada call penjual di Kuching tu or kirim dengan staff kat Kuching tu.

rosli said...

Salam CM,

Klu ada peluang cubalah ke sana, tukar angin pulak..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

selamat kembali ke rumah...
ikan terubuk tu bila digorengkan...harum semerbak dalam umah kan...sama ler, anak2 kak nab pun tak minat!

rosli said...

Salam hjh Zaleha,

Klu ada rezki saya akan bawak ke sana nnti.

rosli said...

Salam Ummi,

Betul tu, airport dah cantik , serba baru. Terubuk tu mmg ramai peminat, adik beradik dan sedara mara mmg ramai kirim. Untuk rumah ada lagi.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Betul tu, harum semerbak satu rumah, anak2 pelik bau apa ni kata mereka, saya dan wife jer yang suka bau tu....

مسافر_اسلام said...

Salam en Rosli.
sedapr terubuk tu. MI suka mkn, bila perah limau dan cecah dgn budu.
Meyelerakan.

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

banyaknya kamu goreng ikan masin tuh?
jangan la habiskan............

rosli said...

Salam MI,

Mmg sedap tapi dengan budu saya belum cuba sbb saya tak pandai makan budul lagi, klu perah asam limau mmg sedap

rosli said...

Salam AZ,

Biasa goreng separuh ajer untuk saya dan wife. Garam pun kena kontrol jugak....bp saya belum stabil lagi

manzlie said...

salam from Makkah...

bak mai bagi orang makkah sekor..hehehheeh..gurau jer noohhh


waslam

Atikah said...

Salam en rosli,
terubuk sarawak memang best... fresh lagi...

rosli said...

Salam CL,

Insyallah satu hri nanti saya akan usahakan.

rosli said...

Salam atikah,

Betul tu, masih fresh lagi masa ni