Sunday, April 4, 2010

BERSANTAI DI KUCHING LEPAS KERJA -PART 2

 Salam,

2 April 2010,  lepas sarapan di hotel aku mintak tolong staff di Kuching bawak aku gi Satok nak beli ikan terubuk  masin.  Sampai ajer kat sini aku 'lupa diri', tak teringat langsung nak snap photo kat pasar tu,  teringat masa minum pagi bersama2 staff aku.

Cantik jer mereka packing untuk dibawa naik 'belon'



Ni dia Mee Kolok yang terkenal di Kuching, lupa nama kedai Haji  tu, tp dekat Satok.

Sementara tunggu flight petang aku bersiar2 kat Water Front,  Sg Sarawak tu,  banyak pemandangan cantik di sini.

 Cantik pesisir sungai ni

Nampak tenang aliran sungai ni dan menyimpan banyak sejarah Sarawak

Luas  sungai ni.

Memberi rezki kepada pengusaha bot penambang ini

Aku mesti posing jugak,  belakang tu Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru.

Indah menawan, Kompleks ini dirasmikan oleh DYMM Tuanku Mizan , Agong kita

 Dari celah2 bunga kertas pulak !

Tiga hotel mewah di hujung sana, Hilton, Riverside dan Margherita

Suka dipandang, dari belakang bot pulak

Jalan turun ke jeti bot Marin dan bot pelancong

 Arca Burung Kenyalang keluli, dekat dengan hotel yang aku duduk tu.

Lepas ni entri bertolak pulak ke Bangi dan goreng ikan masin terubuk baru....






17 comments:

My Life said...

salam


alhamdulillah..

sonata anak kancil said...

bestnya ...boleh melancong sambil bekerja...

dah lama tak gi kuching. last pergi tahun 2008....
masa tu pergi sekolah seni & world music festival.

layari cite lama di sini : -

http://sonata14.blogspot.com/2008/07/sekolah-seni-sarawak.html

sonata anak kancil said...

maaf ...nak beritahu: sekolah saya betul2 depan hospital pantai - from lebuh ayer keroh at the trafic light junction hospital pantai - turn right....tu dia - satu je sekolah kat situ ! welcome to my ofice..

Kak Sidah said...

Salam rosli,

Terubok masin sedap tu...alhamdulillah sempat jalan2 sambil bertugas.

manzlie said...

salam from makkah...

alhmdulila..
seronok duk shopping ikan terubuk masin tuh...
bak mai seekor..hheheh


wslam

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

alahmdulillah, dapat melihat keindahan Kuching di pagi Ahad ni.

ooo u g cari UiTM yer. Jangan lupa az sekor na

rezeki said...

salam rosli

terubuk masin sarawak dgn sabah tak sama kan

kalau sarawak , ikan tu masih lembab lagi , kalau sabah, ikan tu dah jadi ikan kering

namun dua2 sedap hehe

Rozali said...

Assalamualaikum Rosli

kawan saya
dia goring ikan terbuk masin tu, garing sedikit
kemudian dia makan sisik ikan tu, macam keropok

saya tak sampai hati nak makan pulak
he he

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

best jugak, sampai kerje leh jalan2...jalan2 buat keje.

rosli said...

Salam Mylife,

TQ

rosli said...

Salam Hjh Zaleha ,

nnti saya masuk blog tu,jika ke Melaka lagi saya akan cari masa jumpa hjh. TK

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Betul tu, kalau kerja dan berjalan bajet save skit, sbb boleh claim.

Tp kalu bersama famili lagi best, ada plan di masa akan datang tunggu anak lepas SPM

rosli said...

Salam CL,

Ada rezki satu hari nanti sya belikan.

rosli said...

Salam AZ,

Tak beli byk kali ini...klu AZ esok lusa datang rumah boleh rasa ...

rosli said...

Salam Rezeki,

betul tu, dua2 sedap dan ada rasa tersendiri

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, mmg sedap, ada yang suka gorng biasa dan ada yang sukan goreng garing, dua2 sedap

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Kebetulan ada masa skit, tu yang dapat berjalan. Best jugak gini tp boss kat ofc pening sbb kami lama di Kuching.