Salam,
Selama 3 hari 2 malam aku dan rakan2 OSH berkampung di hotel ini. Dah lama tidak memanjakan diri di hotel berbintang2 cam ni ( semua di bayar oleh penganjur kami). Memang best sekali sekala berbengkel di luar KL. Bilik aku mengadap ke Bandar Hilir, Melaka Raya dan Klebang. Boleh nampak dari jauh Eye On Melaka, Menara Taming Sari, Hotel EQ Melaka, Hotel Holiday Inn,bukit St Paul, Hang Tuah Mall, Mahkota Hotel, Tambakan laut di Klebang dan banyak lagi,
Menu dan jenis makanan di hotel ini memang banyak di restoran ni. Kat Zest Restaurant aku sarapan, makan tengahari dan makan malam.
Ni bilik aku selama 2 malam di sini, luas dan selesa
Semua boleh nampak dari jauh
Menara Taming Sari
Sebelas atas tengah ke kanan gambar tu laut , Pantai klebang di tambak untuk didirikan satu Taman Tema Air yang besar dan canggih nanti
Satu petang tu aku sempat berenang di kolam renang di tingkat 11 hotel ni, cantik pemandangan sebelum maghrib,
Kaunter makanan bergoreng dan rebus di sini.
Antara menu menarik
Aku amik sayur dan sotong ajer...lepas tu ada lagi...
Kuih popiah/(samosa ?) minum petang
Lagi kuih 'flat' dan pulut panggang tp inti kelapa manis
Ni tajuk bengkel kami
Aku dok kat belakang sekali, sempat snap foto masa ni
Trainer tekun mendengar taklimat dan penerangan
Aku bersama master trainer yang lain di depan pulak untuk
sessi challenge dan cadangan
Semoga Allah permudahkan usaha kami, murahkan dan luaskan rezeki kami semua. Amin
18 comments:
Salam en Rosli.
Wah bestnya...banyak pemandagan yang menarik tu.
Kalau pinjam kamera pak itam lagi best kan. Dapt shot pic yang jauh.
oh ya...apa makna OSH?
oh ya...dah semakin cantik blog en. Rosli ye...pandai hias. Nanti boleh letak shoutbox ye.
Assallamualikum,
Bertuahnya dapat tinggal di hotel mewah.
Makanan pula sedap-sedap.. Alhamdulillah.
Salam MI,
OSH, Occupational Safety and Health atau Keselamatan dan Kesihatan Dalam Pekerjaan. Pada dasarnya kami sebagai penasihat kepada pengurusan berkaitan dengan keselamatan semasa bekerja dan cara kerja selamat ( Tp bukan security, itu lain)dan banyak lagi termasuk alam sekitar, bekerja di ruang terkurung, alat keselamatan semasa bekerja dan banyak lagi. Kalau ada masa akan datang saya akan share.
Mmg saya pun ada niat nak ikut jejak Pak Itam dengan kamera dslr tu....sedang usahakan budgetnya.
Bab hias blog ni saya kurang mahir, byk nak kena belajar dengan orang2 muda....mereka sgt kreatif...
Salam Nadz,
Itulah Allah bagi peluang dan rezki lagi untuk kami sama2 bengkel sambil bersantai sebelah petang. Syukur sangat dapat berjumpa dengan geng2 osh ni.
terima kasih cikgu....wah..panjang lebar ye...tp dari apa yang en. Rosli cerita tu saya cukup faham dan jelas. INsyaAllah..kalau umur panjang boleh kita jumpa. Kawasan bangi saya tak berapa tahu, maklum la...saya org ulu tiram.
Kamera tu memang mahal, kos dia sampai boleh beli motosikal sebijik cash la...
Saya punya blog pun tak berapa cantik. Tapi kalau nak saya ajarkan boleh.
Salam En. Rosli...kak su...nii...dulu masa akak keja...org yg pegang jawatan nii..teruk..keja nya..tambah2 compony yg dah ada ISO..huh...kerusi x leh berbunyi... x complied...bahaya...dll kan...kan..
salam from Makkah..
best nyer dapat p training camtuh kan...
dah lama cl tak p...
Salam MI,
Kalau datang Bangi, call jer saya ok. Bagus jugak tu kalau nak ajar saya cantikkan blog.
Kamera dslr tu memang agak mahal.....kena simpan duit
Salam Kak Su,
Kalau nak ikut OSH yang betul2 memang byk perkara yang perlu di ambil kira, tp semua itu adalah utk kebajikan dan keselamatan pekerja sendiri. Apapun itu adalah cabaran sebagai pegawai OSH. TQ for sharing.
Assalamualaikum Rosli
Alhamdulillah
rezeki
pemandangan cantik luas
makanan sedap
nikmat nikmat
saya duduk hotel takada bintang
he he
Wassalam
Salam CL,
Betul tu CL, sekali sekala pi training memang best, upgrade knowledge dan jugak sharing
Salam Rozali,
Betul tu, mmg rezki, saya pun dah lama tak training di hotel sebegitu. Bila ada peluang sebegini sekali sekala best jugak. Syukurlah
InsyaAllah en. Rosli. 3thn lepas saya sering juga ke UKM. Study dgn kawan saya, duduk bilik dia weekend. Now dah tak jejak pun, time tu kami tak keluar, tak ada kenderaan.
InsyaAllah bila tiba masanya, kita akan jumpa kembali.
Blog ini, ikut pada diri individu yang mewarnakan dan menghiasinya. Kebiasaanya org wanita yang paling cerewet dlm hiasan blog. Bagi lelaki, just simple dan smart. Terpulang pada diri sendiri.
Apa lagi yang en. Rosli rasakan mahu ditambah dlm blog tuan?
Salam MI,
Jangan lupa call saya kalau datang Bangi,
Betul tu, tp saya kurang cerewet nak menghias blog,
Skrn ni saya nak masukkan lagu berterusan mcm blog CL, lepas tu nak tau camana buat back ground berbunga2 tu, cam blog Hj Zaleha , Sonata atau kawan2 lain tu...saja nak belajar yg tu dulu. Yang lain belum lagi kot...
saya last year pernah mengikuti kursus/taklimat tentang ini OSH ...sangat penting...! bila cek2.....ho ho ho banyak jugak yang tak selamat!.....alamak ade orang kata blog saya cantik??? saya suka pokok2!!! hijau sejuk mata melihatnya....sebab tu tak mahu tukar2 apa2 pun...biarkan orang kata evergreen!!! ( kat asam pedas pun saya ade komen )
lain kali boleh singgah ke ofis saya
Salam Hjh Zaleha,
Betul ni, byk blog yg cantik termasuk Atikah, Sinomosa dan ramai lagi, org pompuan kreatif dan cerewet sikit.....tp berbaloi....cantik blog anda semua.
Pasal asam pedas tu, mmg betul , local people kata mahal, kami ni sekali sekala, bedal jer
kat sini.
Pasal OSH tu, berdasarkan kepada maklumat yang tidak rasmi yg kami perolehi dari pihak yg berwajib ( Badan Kerajaan- tak boleh nak mention) kebanyakan bangunan kerajaan termasuk byk sekolah seluruh Msia tidak berapa selamat.
Saya difahamkan NIOSH sedang bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk perkenalkan subjek OSH pada pelajar sekolah....saya sokong penuh.
-
Post a Comment