Friday, April 2, 2010

AUDIT ISO DI MELAKA, BANDARAYA BERSEJARAH

 Salam,

30 Mac lalu aku ke Melaka atas tugas rasmi untuk Audit ISO.  Sempat jugak amik beberapa keping gambar untuk tatapan rakan2. Bertolak awal  pagi,  bila sampai je Melaka call kawan baik aku, abang Salim, ajak dia breakfast dekat dengan Maktab Perguruan Durian Daun Melaka. Kena kopi o kaw dan mee hon goreng...sedapnya;

 Persimpangan Jalan Penghulu Abas,  dekat Bukit Baru, Melaka

Kopi O kaw satu....
Mee hon kaw satu.....jangan marah aaaaaa..

Ni dia abang Salim Ahamad, sahabat baik aku di Melaka

Sebelum sampai tempat audit aku lalu Perigi Hang Li PO (Kubur Cina,)  Bangunan Merah Belanda tu, lalu Kubur Belanda dan banyak lagi tempat sejarah.

 Persimpangan Bandar Hilir
Bangunan Merah Belanda tu.
Jalan menuju ke lokasi audit 

 Jumpa pulak Kubur Belanda

Baru sampai jalan ini,


Inilah lokasi auditnya

Masa lunch kami dijamu asam pedas Melaka ikan cencaru, ayam goreng dan sayur. Nikmatnya asam pedas tu...


Ni dia lauk pauk yang disediakan..
 Ini bahagian aku...

Masa on the way balik baru ingat nak snap photo kedai makan  sarapan pagi tadi, betul2 tepi jalan di Jalan Durian Daun, Melaka....Hjh Zaleha ( Sonata anak Kancil) mesti familiar area ni.....

Lepas ni entri aku di Kuching , Sarawak.....biasalah ikan terubuk masin mesti ada...













17 comments:

mama ju, said...

salam sdr Rosli

Sambil keje sambil ronda2.Kopi o kaw tu kopi pekat pahit tapi banyak gula ke? Hitamnya takut nak cuba!

YB said...

Salam sdr rosli,

man cencaluknya?

manzlie said...

salam from Makkah..

ye lah..cencaluk mana?
hmmm dah taktahan la...heheheh


waslam

Noor said...

salam tn rosli..

jalan2 sambil kije arr.. opsss.. tukaq2.. kije2 sambil jalan.. he he.. ghindu lak nak jenjalan kat Melaka tuh..

psstt.. audit ISO.. emmm, berapa banyak CAR yg diberi.. heh heh

rosli said...

Salam mamaju,

Mesti kurang gula, saya dah overweigth, gula pun border dah....takut sgt dah ni

rosli said...

salam YB,

alamak terlupa pulak, kebetulan saya tak makan cencaluk.

Rozali said...

Assaslamualaikum Rosli

Seronok juga kerja sambil jalan
tiada terperap kat pejabat jeee

Wassalam

rosli said...

salam CL,

sabar....nnti balik Kl kita ronda Melaka, ajak CM, safiuddin dan kita terjah hjh (zaleha) sonata. ok tak

rosli said...

Salam noor,

Saya byk bagi observation saja, tp ada yg kena ncr jugak. Ada masa lagi sebelum orang Sirim datang

rosli said...

salam rozali,

Bolehlah, dah lama saya tak berjalan keluar dari pejabat, dah dekat 2 tahun. Ni baru ada peluang semula.

nadz said...

Assallamualaikum En Rosli,
kali pertama berkunjung ke sini dan memberi catatan.
Pernah banyak kali melawat Melaka..asam pedas ikan parang kat Bandar Hilir..amboi sedapnya.

rosli said...

Salam nadz,

Terima kasih berkunjung ke teratak saya. Betul tu, byk kedai makan di sana sajikan asam pedas yg sedap2.

Ummi Humaira said...

salam akhi Rosli..

syoknya pg Melaka , walau dah beberapa kali ksana , tp tetap nk ksana lagi.

مسافر_اسلام said...

salam en rosli, tak ke kg laksamana ke? Di sane ada asam pedas clepot.

rosli said...

Salam Ummi,

Saya pun gitu, dari tahun 2002 hingga 2007 saya sgt kerap ke Melaka pasal kerja dan pasukan Bolasepak TMFC dulu.

Suka asam pedas dan bahan sejarah di sana

rosli said...

Salam MI,

Mgkn satu hari nanti saya cuba ke sana, pertengahan April ini ke sana lagi

Anonymous said...

ape tajuk lagu untuk page ini... best la lagu ni? melaka memang best :) tq