Saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari email , kalau ada kawan2 lain yang nak share ilmu silakan. Saya percaya lepas ni kaum Hawa akan 'bertindak' bagi komen, silakan saya nak tengok artikel dari persepsi kaum Hawa pulak.
SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”
Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:
“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”
YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata. “Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.
ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.” Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”
Sayu, cantik , salah satu kebesaran Allah
19 comments:
Salam En. Rosli..
Terimakasih di atas peringatan yg diberi utk kami para isteri...Insyaallah kasih yg dihulur akan tetap disanjung... Kak Su rasanya x de apa2 yg nak dikongsi bersama...Terlalu bersyukur dgn kebahagian yg sdg dikecapii...Alhamdulillah.
Assalamualaikum Rosli
saya tak boleh komen yee
he he
Wassalam
salam from Makkah..
yang ni cl NO COMMENT...
waslam
salam,
Rosli,
Alhamdulillah, terimakasih ya Allah kerana memberikan aku seorang suami yang beriman.
salam,
HADIAH BUAT PARA SUAMI,
SEBAGAI PENGHARGAAN
ATAS KASIHSAYANG DAN BAKTI
YANG DICURAHKAN PADA ISYERI
Suami ku
Telah ku siapkan
Selembar hamparan cinta
Bersulamkan benang kasih
Berbunga asmara
Buat menyambut kepulangan mu
Pada hamparan itu
Akan ku hidangkan
Juadah kegemaran mu
Berhiaskan sekuntum mawar merah
Bersama sebatang lilin
Untuk kau nyalakan apinya
Telah ku siapkan
Sebuah kamar paling sunyi
Semerbak wangian bunga asmara
Untuk kita berdua
Berdansa bersama
Di atas hamparan cinta
Mengikut rentak dan irama
Lagu cinta kita.
salam..
amboii romantiknyerrr kak S tu,makin lama makin sayang..
bagi CM tiada yg sempurna...kesempurnan milik Allah..
Salam..
Rosli,
TK atas tazkirah ini... saya spt CL... no komen... heheh
kpd kak S... untungnya dpt suami spt abg megat...patut cute sentiasa...
salam rosli
no komen jua
Salam en rosli,
saya baca jer lah... tqsm dgn perkonsian ini... komen?? no komen... hehehe
Salam Kak Su,
Syukurlah kalau begitu
Salam Rozali,
Nape tak komen,,,,,ok jer...
Salam CL,
Kalau nak komen pun apa salahnya
Kak S,
Syukur dapat suami begitu, best karya Kak S tu. TQVM
Salam CM,
Betul tu, tidak ada yg sempurna, kena bertolak ansur sentiasa
Salam Taj,
Kalau nak komen pun apa`salahnya....
Salam AZ,
Komenlah....
salam atikah,
You kena belajar komen bab ni....
salam
hidup berumahtangga ibarat sebuah bahtera yg belayar, nakhodanya adalah suami, tapi perlu ingat, peranan isteri sebagai pembantu dalam melayari kehidupan SANGAT2 PENTING
mana bisa melayari sebuah bahtera perkahwinan secara berseorangan
sifat dan sikap hormat-menghormati, bantu-membantu, tolak ansur dan saling melengkapi antara satu sama lain SANGAT PENTING
barulah segala onak-badai, ribut taufan dapat diharungi bersama dan setiap kemanisan dan kepahitan dalam kehidupan dapat dinikmati bersama
Salam Rezeki,
saya setuju dengan pandangan Rezeki, suami isteri mesti ada semua sikap di atas. TK atas pandangan dan komen tersebut.
Post a Comment