Wednesday, April 7, 2010

PERJALANAN MENCARI DAMAI DI HATI- DAFTAR HAJI

Salam,

Destinasi Teragung sebagai pelengkap Rukun Islam ke 5 bagi semua umat Islam

Perjalanan dan ibadah  umrah tahun 2008 banyak memberikan kesan yang begitu mendalam pada diri aku.  Di Madinah dan Makkah lagi aku begitu 'menyesal' , kenapalah aku tidak mendaftar dan menambah simpanan di TH walapun aku dah bukan akaun di TH pada tahun 1986 dengan permulaan RM 10.00.  Aku tak pernah tambah ataupun menyemak akaun TH aku selama 23 tahun.  Simpanan RM 10.00 menjadi RM 33.00 pada Januari 2009,masa update buku TH,  aku senyum dan petugas kaunter pun senyum, dia faham dan mungkin dah jumpa kes orang cam aku banyak sangat.

Januari 2009 aku terus daftar haji bersama wife aku,  sedikit terkejut dengan tahun yang aku akan dapat untuk kerjakan haji iaitu tahun 2024.  Kalau umur panjang umur aku masa tu 61 tahun. Petugas di kaunter tu kata biasanya TH akan kurangkan 6 tahun, maknanya aku ada peluang buat haji tahun 2018,  aku akan pencen tahun tu ,  umur aku 55 tahun masa tu.  Kalau ada rezki lebih aku  akan daftar dengan pakej yang aku termampu,  berharap menjadi tetamu Allah sebelum umur 55 tahun.

 Aku dah bukak satu fail khas untuk kerjakan haji nanti

Kalau nak bercerita soal hati, perasaan berkaitan haji dan umrah memang tidak ada penghujungnya.  Seperti dalam entri aku buat umrah,  banyak rasa hati dan perasaan yang aku dah kongsi.  Dengan ramai orang dan kawan aku mintak mereka tolong doakan aku dan wife agar dapat buat haji.  Aku percaya Allah akan bagi masa yang terbaik untuk aku dan wife kerjaka haji nanti

Satu perkara yang sangat menyentuh hati aku yang degil ini dan akhirnya menjadi lembut  dan terbukak hati untuk ke Makkah  adalah hasil  galakan dan doa arwah abah dan emak aku dulu, wife aku , anak2 aku, termasuk sahabat baik aku Hj Jamaluddin Madrop, Dr Hj Ridzwan ,  Hj Hushim Salleh ( pakar moivasi dan kaunselor), bro Azhar Omar, Bro Zalawi  Ali, Bro Salim Ghonah dan ramai lagi yang aku terlupa nak maklum. Jutaan terima kasih kepada semua.

27 comments:

Unknown said...

salam akhi Rosli ,

semoga Allah permudahkan perjalanan untuk ibadat haji akhi n wife akan dtg ,InsyaAllah.
Ameen

sonata anak kancil said...

semoga dipermudahkan semua urusan...Allah maha mengetahui niat suci kita...

fafarafa said...

Salam,
'kerjakan lah Haji bg mereka yg mampu'..
Semoga urusan anda dimudahkan...
Jika niat baik, InsyaAllah sumernyer menjadik mudah

Unknown said...

Salam..

Alhamdulillah. Lain rasanya perasaan mgerjakan haji dgn umrah walaupun ibadah itu sama. Apabila dah mgerjakan haji pd thn lps barulah tbuka pandangan sy & merasai indahnya Islam. Kalau ada peluang Cik Rosli pergilah awal. Sy doakan agar Cik Rosli dipermudahkan dl seg urusan.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

insya Allah akan termakbul niat suci anda itu. kak nab doakan semoga segala urusan rosli & isteri nak tunaikan ibadah haji akan dipermudakanNYA. amin.

rosli said...

Salam UH,

Terima kasih dengan doa itu, inilah kelebihan kepada semua orang yang sudah buat haji, semua orang sentiasa berikan galakan dan dorongan termasuk UH. Saya terharu

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Betul tu, Allah Maha Mengetahui

rosli said...

Salam fafarafa,

Terima kasih atas sokongan dan dorongan itu.

rosli said...

Salam Che'na,

Terima kasih atas dorongan itu, memang betul tu dan saya ingin sekali merasakan perasaan semasa mengerjakan haji.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Terima kasih atas doa dan dorongan itu. Saya akan usahakan beserta dengan doa.

S said...

salam,
Alhamdulillah. smoga Allah menerima sdr Rosli menjadi tetamu NYA yg paling istimewa.

rajin2lah bertalbiah setiap hari. pasti Allah mendengar rayuan sdr rosli dan isteri.

rosli said...

Salam S,

Terima kasih atas nasihat dan dorongan tersebut. Saya sedang dan akan usahakan di setiap waktu solat.

boxhousestudio said...

BHS feel like crying....syahdu...TAHNIAH dan sangat bersyukur mendengar khabar nak menunaikan HAJI...Alhamdulillah...

Naz Mohamed said...

Salam Tn Rosli,

Selain berdoa, baca ayat 25 Surah Al-Hajj setiap kali selepas solat fardhu.InsyaAllah, jika sampai 'SERU'Allah pasti menjemput jadi tetamunya. Ada Allah jemput melalui muassassah, ada melalui pakej dan ada melalui rezeki yang tidak disangka2. Sekadar berkongsi, adik ipar saya skrg mengerjakan Umrah tanpa keluar duit 1sen pun sehingga semua keperluan haji disediakan. Dah rezeki dia, ada orang taja. Tapi sebenarnya, itu cara Allah jemput dia ke Tanah Suci.

rosli said...

Salam BHS,

Terima kasih, you buat saya rasa terharu. Amin

rosli said...

Salam Ina,

Terima kasih atas petua,doa dan ayat tersebut.Insyallah saya akan amalkan. Betul pasal jemputan sebagai tetamu Allah tu, setiap orang berbeza cara mendapat jemputan sebagai tetamu Allah. Saya redho dan amat berharap menjadi tetamu Allah untuk kerjakan haji sebelum umur 55 tahun. TK

rosli said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Abg Rosli..

Insyallah Allah akan makbulkan niat utk menunaikan haji tu nanti.

wassalam

rezeki said...

salam rosli

alhamdulillah, niat dah terpateri, kuatkan semangat dan berdoa terus berdoa dan tawakkal

minta dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamunya utk mengerjakan haji dalam masa terdekat dari masa yg diberi oleh LUTH

kami pun dah daftar sekembali dari tanah suci pada 2007 , giliran 2020 tapi 2013 dah boleh buat rayuan rasanya

insyallah

safiudin.com said...

salam sdr,

saya doakan agar hasrat sdr dimakbulkan Allah... insyallah..

saya macam sdr juga.. tapi adalah menabung sikit2 dengan membuat potongan bulanan..

tapi tak pernah terfikir pun nak mendaftar Haji.

tahun 2008 saya daftar... giliran saya 2021..
apa2 pun saya akan membuat rayuan sebab nak plan nak ke sana 2 hingga 7 tahun lagi..

sekarang ni pun saya ambil peluang pergi kursus haji setiap ahad..Tunai Haji 2 ke tahun lagi… insyallah…

rosli said...

Salam Nazir,

Terima kasih, Insyallah.

rosli said...

Salam Rezeki,

Saya pun akan merayu dan berdoa sentiasa, TK

rosli said...

Salam Safiudin,

Saya pun sedang mencukupkan tabungan, mcm2 cara yang saya dengar dan pengalaman dari kawan2. Semua saya kumpul dan akan guna mana yang terbaik dan sesuai dengan diri saya dan wife. Tp yang pasti Allah akan bagi waktu dan tarikh yang terbaik untuk kita semua.

Tak mustahil tiba saya, you dan rezeki dapat tahun yang sama dan kita boleh jumpa CL di studio dia di sana satu hari nanti. Amin

Azhar Omar said...

Salam bro

Untung you, dlm kami ni dok bagi dorongan & galakan for you utk berubah, you yg pertama antara '4 Bang Toyib' ni yg ke Tanah Suci Mekah & Madinah. I've completed my mission utk hantar my parent ke sana tahun lepas, Alhamdulillah. Sekarang dah boleh concentrate utk sediakan myself & wife ke sana plak. Nanti kita sama2 belajar ye :)

rosli said...

Salam Bro azhar,

Masa kat Makkah tahun 2008, i tak lupa berdoa utk 3 lagi Bang Toyib ni, 2009 Bro Salim dh buat umrah. Untuk you dn bro zalawi, masa akan tiba jugak. Jgn putus berdoa dan berusaha. Amin

Mohd Saad Hamid said...

Salam Tn Rosli.

Saya doakan tuan dapat menunaikan rukun Islam yang ke-5 tsbt. Yang penting tuan telah ada kesungguhan dengan mendaftar di TH. Sudah ada niat macam tu, alhamdulillah.

For your info, Ar-Rajhi Bank ada satu akaun iaitu i-zamzam, sesiapa yang bukak akaun tu ada peluang untuk pegi umrah atau haji percuma, dibiayai oleh ar-Rajhi bank. Bukalah akaun tu, mana tahu tuan dapat pegi haji percuma.

rosli said...

SalamTn Hj saad,

Terima kasih atas nasihat tu, nnti saya akan usahakan