Tuesday, June 29, 2010

MEMANCING IKAN PUYU

Salam,

Sejak bulan Mac 2008 , anak bongsu aku, Ammar kalau balik kampung mesti nak memancing ikan puyu/ikan betok di parit depan rumah.  Musim panas ni menyebabkan air parit dah susut sangat dan ikan pun dah kurang,  tapi bagi Ammar pancing tetap pancing walaupun ikan dah kurang sangat. Pernah sekali tu ada orang kampung singgah dan beli 5 ekor ikan puyu yang dia pancing, pakcik tu kasi RM 5,  seronok sangat dia masa tu.... Aku rasa bakat memancing dia warisi dari aku....sebab aku dulu pun memang kaki pancing tasik dan laut...pantang musim cuti sekolah mesti gi memancing ikan.

Kali ini Ammar kurang bernasib baik sebab seekor pun tak dapat,  biasanya akan dapat sekurang2nya 5 ekor, paling banyak dapat dulu 18 ekor ikan puyu sehari.

Paras air parit dah susut sangat

Gaya seorang pemancing tegar

Walaupun panas tetap menunggu umpan di makan ikan

Air parit tanah gambut wpun hitam tapi jernih

Parit ni depan rumah je.

Air parit dah cetek sangat

Rumah pusaka ini betul2 di simpang empat

Antara beberapa ekor ikan puyu
dalam akuarium kami yang
dipancing Ammar dan abangnya dulu

Dah puas pancing ikan,  pergi laut pulak....

Anak ketam

Beratus anak ikan tu...

Main lumpur pun dia suka

Banyak minat aku masa kecik diwarisi oleh Ammar,  adalah nanti kawan memancing dan mengisa aku.

Saturday, June 26, 2010

IBU BURUNG PUN SAYANG ANAK........

Salam,

Semua gambar ni aku snap ketika sedang bercuti di TM Resort PD pada 18 hingga 20 Jun lalu. Ketika sedang rakam gambar landskap dan pokok bunga, ternampak  satu sarang burung dan ada seekor ibu burung agaknya bersama seekor anaknya.  Aku tak sure nama burung ni,  dulu aku panggil burung ni dengan nama burung Maina....nampak macam burung merbah pun ada  mintak maaf aku tak sure nama betul burung ni...!

Ternampak burung dan sarangnya

 Tu paling dekat yang boleh....
kejap lagi ibu burung lari dah

Dah lari ibu burung tu....

Yang tinggal sekor anak burung

Tunggu makanan dari ibunya....
Mulut anak burung ternganga luas...
lapar agaknya

Ibu burung ni lari tak jauh....
nak jaga anaknya 

Esoknya anak burung pun dah tak ada kat  sarang tu,  entah ke manalah ibunya bawak anaknya berpindah....ibu burung tu rasa terancam agaknya......begitulah kisah burung dan anaknya.....negara kita sekarang gejala buang anak dan gugurkan anak.....takut bila diperkatakan...

Wednesday, June 23, 2010

DARI KEBUN KOPI KE KEBUN BUAH2AN - PART 3 ( TERNAKAN )

 Salam,

Selain buah2an abang aku dan isterinya berminat jugak dengan ternakan ayam, itik, ikan dan baru2 ini dia beli lembu pulak.

Beberapa ayam kampung yang dibela sedang
mencari makanan

Kakak ipar aku bagi makan kelapa yang dipotong halus 
selain jimat kos kelapa mudah diperolehi


Itik serati pun ada beberapa ekor

Bila time makan berkumpul ayam dan itik ni.
 
Baru belajar bela ikan  talapia merah

Bulan April  aritu abang aku maju selangkah ke hadapan lagi dengan membeli dua ekor lembu untuk 'suka2' dan memenuhkan masa lapang katanya. Itulah sebab rumput di tengah2 kebun dibiar panjang. Tak perlu sabit rumput di tempat lain sebab kat kebun pun dah ada rumput sendiri.

Pakej Ibu lembu dan anaknya

Anak lembu baru 3 bulan dah 
serasi dengan abang aku.



Aku masih takut2 nak pegang lembu ni sebab
belum 'kenal ' lagi..
Kalau rajin kat kampung macam2 boleh buat, kawasan ada sikit dan minat ada macam2 boleh buat.  Aku pulak  sekali sekala balik kampung jumpa abang dan famili dia dan ziarah kubur abah dan emak.

Tuesday, June 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO M. DANIAL REZZA

Salam,

Minggu lepas 15 Jun birthday anak bujang aku M. Danial Rezza ke 14, dah janji nak bawak semua bercuti di TM Resort PD tidor sana dua malam.

Kad harijadi ke 14 untuk Danial

Birthday boy aku

Sempat solat Jumaat  di masjid Kariah Batu 8, PD. N9.  Cantik masjid ni,  atas bukit dan pemandangan cantik dan nampak laut dari masjid ni.


Cam biasa sebelah petang bawak  mereka mandi kolam dan lepas tu  bawak mereka mandi laut,  seronok tgk mereka tiga beradik  pun suka mandi laut. 

Danial dan Ammar di pantai

Adiera dan Ammar

(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Aku tengah dokong Ammar

Baru nak buat rawatan pasir laut


(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Birthday boy buat rawatan pasir laut

Lepas maghrib satu keluarga makan makanan Siam di Restoran MAR ,  Bt 8,  PD dekat sangat dengan TM Resort.

Len CheeKang sejuk
Sotong goreng tepung

Kailan ikan masin

Kerapu tiga rasa

Dah lapar sangat,  telur dadar pun order jugak

Tomyam....nyam2 sedap

Sup ekor....perghhhhhh..


Lepas makan sempat berjalan di Dataran PD,  ada karnival jualan di sana,  macam2 ada,  sapa nak karaoke pun boleh !.

Wednesday, June 16, 2010

DARI KEBUH KOPI KE KEBUN BUAH2AN - PART 2

Salam,

Banyak lagi pokok2 baru di kebun ni, hampir semua abang aku yang tanam.  Untuk menghidupkan kembali kenangan kebun kopi sebelum ini,  aku mintak tolong abang aku tanam satu pokok kopi di tepi rumah seperti di bawah :


Anak pokok kopi baru satu tahun

Pokok durian yang hidup dan dewasa adalah beberapa batang pokok,  ada yang dah pernah berbuah dan ada yang baru nak belajar berbuah,  hampir semua ditanam guna biji.  Tahun ini durian tidak menjadi entah kenapa kami tak pasti,  Allah belum nak bagi rezki tahun ini. lagi   Insyallah tahun depan agaknya. Amin.

Sebahagian dari pokok durian

Pokok yang di bawah ini jenis tot dan baka durian siam.  Baru 3 kali berbuah tapi kali ini tidak banyak ,  ada 4 biji saja, kurang menjadi tapi kami tetap bersyukur sebab pokok ini dah mula belajar berbuah. Amin.

Kat dahan ini ada 3 biji saja dan dahan satu lagi ada 1 biji

Antara dua putik biji durian yang gugur awal..
sekali lagi belum ada rezki yang ini...

Duku langsat ada satu pokok sahaja

Pokok manggis ditanam di tepi jalan
berbuah setiap tahun


Pokok pulasan baru berbunga

Cempedak kali ini pun tak lebat

Pokok cempedak muda

Mata kuching /longan baru berbunga

Pokok rambutan gula batu kesayangan abang aku

Pokok kurma kesayangan aku

Pokok kelapa tinggal beberapa batang saja, 
yang lain dah kena tebang sebab terlalu tinggi 
dan merbahaya kepada rumah

Limau kasturi pun ada


Mangga/pelam telur dah mula masak

Aku sedang kait buah mangga/pelam telur

Nenas Morris dan nenas Sarawak 
ditanam depan rumah
Nenas Morris yang dah nak masak

Pokok lengkuas pun ada di belakang rumah


Hampir kesemua pokok buah ni di tanam oleh abang Ramli dan dijaga bersama isterinya Kak Bedah. Aku kekadang belikan benih pokok tapi yang pasti musim durian mesti balik ke kampung tolong makan....hehehehe..

p/s Baru2 ni beli 3 anak pokok durian D24 dan Durian Kunyit,  semua mati  selepas di tanam mungkin kerana anai2 or cuaca panas,  yang pasti belum ada rezki lagi.