Wednesday, June 23, 2010

DARI KEBUN KOPI KE KEBUN BUAH2AN - PART 3 ( TERNAKAN )

 Salam,

Selain buah2an abang aku dan isterinya berminat jugak dengan ternakan ayam, itik, ikan dan baru2 ini dia beli lembu pulak.

Beberapa ayam kampung yang dibela sedang
mencari makanan

Kakak ipar aku bagi makan kelapa yang dipotong halus 
selain jimat kos kelapa mudah diperolehi


Itik serati pun ada beberapa ekor

Bila time makan berkumpul ayam dan itik ni.
 
Baru belajar bela ikan  talapia merah

Bulan April  aritu abang aku maju selangkah ke hadapan lagi dengan membeli dua ekor lembu untuk 'suka2' dan memenuhkan masa lapang katanya. Itulah sebab rumput di tengah2 kebun dibiar panjang. Tak perlu sabit rumput di tempat lain sebab kat kebun pun dah ada rumput sendiri.

Pakej Ibu lembu dan anaknya

Anak lembu baru 3 bulan dah 
serasi dengan abang aku.



Aku masih takut2 nak pegang lembu ni sebab
belum 'kenal ' lagi..
Kalau rajin kat kampung macam2 boleh buat, kawasan ada sikit dan minat ada macam2 boleh buat.  Aku pulak  sekali sekala balik kampung jumpa abang dan famili dia dan ziarah kubur abah dan emak.

13 comments:

manzlie said...

salam from Makkah


bestnyer ...ada lembu...

ada lebih kah...? cam kat sana..kalaua da 11 ekor lembu...seronoklah leh buat hantaran...tul tak pak itam..?


waslam

kak su said...

Salam Rosli

Inilah idaman di hati...
duk kat kampung...

Wslm

مسافر_اسلام said...

Salam ziarah...alhamdullah..seronok lihat perhusaan ladang dan ternakan yang berkembang, MI mendoakan semoga maju dan terus maju. Bangga lihat anak tempatan berusaha gigih untuk masa depan.

Nanti bila lembu tu dah membiak, boleh la di jual atau buat korban. Bila kita bersedekah, Allah akan tambahkan dan lebihkan lagi ganjaran kita di dunia, walau ia tidak kita perolehi, insyaAllah ia akan tersalaur pada anak2 kita.

Semoga kita sama2 mendapat taufuk dan hidayah. Wasalam

rosli said...

Salam CL,

Abang saya tu baru nak belajar bela lembu, baru 2 ekor....kul cam CR kata kalau 11 ekor di SA...boleh buat hantaran.....hehehe....

rosli said...

Salam kak su,

betul tu kalau dok kampung mmg best...byk boleh kita buat kalau kita minat dan rajin. Tp yg paling best dok kampung cuaca sejuk dan tak ada jalan jam....hati senang tampa jalan jam....

rosli said...

salam MI,

Tk atas doa dan harapan tu, kami adik beradik buat masa ni suka2 saja buat belaan tu, tp klu satu hari nanti jadi perniagaan yg bagus syukurlah. Amin

Azima said...

Salam En Rosli,

Kalau rajin...semua bleh jadi!!
Tapi ada gak yg ada tanah..tapi dibiarkan bersemak-samun..

Anak2 muda malas nak usahakan..

Nanti bleh bela kambing lak..kongsi ngan Kak Shami tu..heheh

rosli said...

Salam Azima,

Betul tu, dulu kebun ni mmg semak samun, tp bila abg saya jaga dan bersih .

Memang saya ada cadang bela kambing, tp abg saya suka nak bela lembu, kami ikut saja sebab dia yang nak jaga dan duduk kat kampung, kami support apa saja keputusan abg tu.

rosli said...

Salam Azima,

Betul saya setuju.

Bab kambing tu pun saya setuju. Hope one day abg saya terbukak hati nak bela kambing pulak

shami2 said...

Salam Cik rosli..

ishk2 terbau kambing lak kat sini..heheh Azima...dekk..ko buat iklan kat sini eehh..psssst nanti datang kedai akak melanja makan aar....

Cik rosli.duk kg memang best..tak dak tekanan bangun pagi tgok pokok2 ngan binatanf ternakan..lega rasa...pucuk kayu, buah2, bagai ada tepi rumah jarr..tu bela ikan ternak lembu ayam bagai..hermmm jimat banyakkan....
bak kata CL aka pak itam ada lebih bole buat hantaran hihiii.....cukup lengkap dah....lebih2 bole meniaga jadik duit pulak...alhamdulillha itulah nikmat ALlah...

rosli said...

Salam Shami2,

Kalau kita bercerita ttg kehidupan kampung memang best, saya cam CL lahir dan dibesarkan di KL, sebab tu klu balik kampung sendiri atau kampung wife rasa best sgt.

Hope bila pencen nanti dapat balik kampung tp tak pasti samada kampung wife or kg saya, mostly akan balik kampung wife di Muar.

rezeki said...

salam rosli


hehe tu cl nak 11 ekor buat hantaran nk pinang gadis zulu hehe


rosli, menjadi tgn abg tu

rosli said...

Salam CR,

Betul tu, kita carikan 11 ekor utk CL, senang nak pinang gadis Zulu...hehehe,CL jangan marah..

Betul tu CR, tangan abang saya tu sejuk bila bab tanaman dan ternakan.