Sunday, June 13, 2010

KG BATU LAUT- RUMAH DAN TANAH PUSAKA

Salam,

Berdasarkan kepada citer2 arwah abah aku dan arwah emak aku. Atuk aku ( Md Dom) berasal dari Melaka ( Kuala Sg Baru di Daerah Masjid Tanah). Dia mengembara ke Kg Batu Laut melalui laut.  Serba sedikit sejarah keluarga aku.

Rumah ini abah aku buat tahun 1979, selepas dia pencen, ini saja yang dia mampu dengan gaji sebagai bekas buruh di MPPJ. Aku bangga dengan abah aku,  dia kata rumah ni kecik ajer dan untuk dia dan emak aku, mana yang terkurang abang2 dan kakak aku bantu siapkan.  Dua tahun saja dia sempat duduk,  awal tahun 1981 dia meninggal,  masa itu aku saja yang  mengadap dia sebelum dia pergi.  Aku memang terkejut dan tergamam ketika itu.  Masa tu aku baru lepas amik SPM dan masih tunggu result.

Lepas tu emak aku dok tinggal  kat rumah ini sehingga dia pulak meninggal pada tahun 1991. Rumah ni kosong dan jadi  rumah 'tinggal' selama 17 tahun, sehinggalah tahun 2008 kakak dan abang aku betulkan dapur dan bilik air rumah ini demi untuk menghidupkan semula semangat rumah ini.  Rumah ni jadi tempat kami berkumpul adik beradik bila masing2 ada kelapangan dan salah satu aktiviti yang sentiasa dirancang adalah aktiviti 'Mengisa" atau memukat ikan di pantai Batu Laut.

Rumah dan tanah pusaka abah aku tahun 2008

Sehingga 2010 rumah ini masih lagi diperbaiki dimana yang rosak atau perlu diperbaharui.  Kami berenam beradik yang masih hidup menyumbang ikut kemampuan.  Masih belum siap sepenuhnya,  dalam rumah dah siap dicat, luar rumah masih lagi sedang dalam proses cat semula.  Bawah rumah sedang ditinggikan tanahnya sebab selalu banjir/tenggelam bila hujan lebat atau hujan berterusan.  Beginilah rumah tersebut sehingga 6 Jun 2010,

Rumah dah bertukar warna hijau,  
atap masih belum bertukar lagi,  JUN 2010

Bawah rumah masih banyak atap dan kayu binaan

Atap zink yang baru belum pasang lagi.

 Tanah ni memanjang ke belakang

Depan rumah ada surau dan Taska Kemas

Belakang rumah dah lapang, 
tapi rumput dah tinggi,  ada sebab...

Banyak lagi entri pasal rumah, pokok dan hasil  tanah ini sekarangDari hasil kopi bertukar ke pokok buah2an lain.

8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

Alhamdulillah, masih menjaga pusaka, tempat kelahiran serta memaklumkan kepada anak2
disamping mendidik anak2 mengingati jasa ibu bapa

Al Fatihah untuk Allahyarham

Wassalam

kak su said...

Salam En Rosli...

Siapa yang tinggal lagi di sini...

Bestkan kalau dapat duk kat kampung...

Tapi kita semua merantau cari rezeki kan...tak dapat dielakkan...

Wslm

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,

Jagalah rumah pusaka itu...
Mama nadz rasa sayu tersangat apabila sebut rumah pusaka orang tua..(kerana mama nadz juga tak sempat nak jaga rumah mak dan ayah mama nadz di kampung)..
Tahniah kerana mengambil inisiatif memperbaiki rumah tinggalan rumah itu , nampak cantik.

rosli said...

Salam Rozali,

Terima kasih atas Al Fatihah tu, kami bersyukur rumah tu masih ada dan tanah tu masih ada yang jaga, abang saya rajin jaga kebun tu.

rosli said...

Salam Kak Su,

Rumah dan tanah tu di jaga oleh abang saya sekarang, dia berulang kerja ke Pelabuhan klang. Kami bersyukur ada yang jaga rumah dan tanah tersebut.

rosli said...

salam mama nadz,

Abang dan kakak saya yang bersungguh2 nak jaga rumah tu, saya tumpang suka. Tanah pun makin bersih dan tidak semak berbanding 17 tahun dulu.

aznaz said...

salam from Makkah..


arwah mak cl pun orang Masjid Tanah...tapi skg semua dah berhijrah di kl...


wslam

rosli said...

Salam Cl,

Org Masjid Tanah /Kuala Sg Baru memang terkenal dengan berhijrah melalui laut....menyusuri pantai Barat....atau mkgn kita bersedara...or dari kampung yang sama....kena buat jejak kasih ni...

Sedara saya masih ada lagi di masjid Tanah , tp telah terputus hubungan bila orang2 tua dah meninggal.