Tuesday, June 1, 2010

TEAM BUILDING PART 3


Salam,

Selepas bergambar beramai2.....aktiviti  hari kedua begitu mencabar fizikal dan minda.


Foto berkumpulan
Aku kanan sekali berdiri....

Keselamatan diutamakan, 
sedang pakai body harness, topi keselamatan dan sarung tangan

Tu dia , gayat pun ada, macam2 ada

Tinggi lebih kurang 25 kaki ( air masih surut)

Ada kumpulan turun masa air dah pasang.....best

Mesti berkayak pergi ke Pulau Giam dan 
pulang semula ke Teluk Nipah tu...sgt mencabar

Baru nak masuk kayak, 
susah jugak sebab air nak pasang dah

Destinasi berkayak ke  Pulau Giam,  sebelah kanan tu...

Rafting sementara tunggu kayak2 lain bersedia

Lunch di Pulau Giam. 
Terasa lapar gila,  ni baru nasi...

Ni antara lauk yang disediakan

Ikan goreng, ikan masin dan ayam goreng sambal

Ulam, buah dan sambal belacan....fuhhhhhhhh

Lepas lunch,  bertolak semula ke Telok Nipah,  , ombak besar dan arus pun kuat,  air banyak masuk dalam kayak  dan semasa di tengah2 laut antara Pulau Giam menuju ke Teluk Nipah kayak aku karam,  timbul semula sebab pakai jaket keselamatan. Cemas sekejap sebab aku teringatkan Kak Za yang baru pertama kali naik kayak,  dia cemas sikit saja,  kami diselamatkan oleh bot sekretariat. Syukurlah tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.....ada lah tertelan air laut sikit2.......

Berkayak pulang semula ke Telok Nipah, 
sebelah kanan tu...

Semua kumpulan kena buat 
Unidentified Floating Object ( UFO)

Bergambar bersama 'UFO' kumpulan kami

 TWIN TOWERS- Mesti kreatif dan
berfikiran di luar kotak minda

Jugak kena berkebolehan berhibur dan aktiviti seni- 
kumpulan kami dengan  tarian Banghra

p/s Beberapa foto adalah ihsan kawan aku Mohd Zool Khazrin,  terutama foto berkayak.

4 comments:

mama ju said...

Salam

Wah kat tempat macam tu makanannya pun hebat....tapi bab kayak karam tu takut jadinya...

rosli said...

Salam mama ju,

Makanan mmg sedap wpun tidak mewah.

Bab kayak tu satu pengalaman yg sgt berharga dan yg pntg kena jaket keselamatan dan jangan panik. Syukur kami semua selamat.

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

best arr aktiviti macam tu. Teingat buat rock climbing masa kat OBS Lumut tahun 1987 dulu.........

rosli said...

Salam AZ,

Saya tabik pada semua bekas2 penuntut OBS Lumut, tuan2 semua memang hebat.