Tuesday, June 15, 2010

'MENGISA' DI PANTAI BATU LAUT

Salam,
Sepatutnya pada 6 Jun lalu aku, dua abang aku, anak buah dan sorang anak aku mengisa di tepi pantai Batu Laut,  tapi disebabkan sorang abang aku yang mahir selok belok mengisa demam, maka aktiviti mengisa terpaksa di tunda ....bila lagi  aku tak tau.......

Lepas solat asar aku mengajak anak aku Ammar ke tepi laut bagi meninjau jika2 ada orang sedang mengisa, Ammar memang excited sangat pasal mengisa ni sebab dia belum pernah buat aktiviti ni....Terserempak dengan 4 kumpulan orang sedang sibuk mengisa. 

Beginilah aktiviti  mereka.....untuk keselamatan aktiviti mesti dibuat semasa air nak surut dan mesti berhenti semasa air nak pasang.  Salah satu petua penting  tak boleh tamak dan kena selalu beringat masa di laut ! Sendiri mau ingat ok....

Matahari baru nak jatuh,  jam 5.30 ptg

Dua orang tarik  kisa mereka

Ni ada dua orang lagi

Ni kumpulan ketiga dan keempat

Ni kumpulan pertama mendarat di beting pasir

Ketam renjong( boleh makan) dan
ketam batu yang terlentang tu ( tak boleh makan)

Ammar sedang meneliti udang, ketam dan anak ikan

Dua orang keturunan Cina dari Tg Sepat,
pun minat mengisa di pantai Batu Laut.

 Mereka minat kumpul udang sahaja,  
dekat 3 kg mereka dapat sekali tarik...lumayan

 Ammar dengan anak ikan bersia


Ammar dengan seekor udang

Tu dia udang terselit celah kisa...

Ni kumpulan kedua mendarat di beting pasir,  
dua orang budak kg aku

Antara ikan bersia dan udang yang mereka kumpul

Sedang meleraikan ikan dan udang dari kisa

Udang laut segar

Daun pokok bakau pun ada

Geram tgk udang ni....banyaknya

Tu dia jeti tempat  untuk turun mengisa

Jika ada rezeki antara hasil laut yang diperolehi termasuk udang , ketam renjong, anak ikan senangin, ikan gelama, ikan bersia dan macam2 lagi.  Kena hati2 semasa menarik kisa di dalam laut,  jangan terlalu dalam elok hingga paras pinggang ke paras dada sahaja,  mula mengisa waktu air surut, mengisa waktu siang lebih selamat, pakai kasut dalam air, jaga mulut dan pertuturan dan paling penting jangan tamak dan bila air mula pasang berhenti mengisa dan naik ke darat secepat mungkin.  Selamat mencuba.

p/s Jika aku mengisa di masa akan datang akan post entri lain....tp masa tak sure ,  semua orang sibuk dengan urusan masing2.





15 comments:

kak su said...

Salam En Rosli

Ya Allah seronok nya kalau dapat joint...
Namanya mengisa bukan mejala ke???

Dulu kat Langkawi pernah rasa jadi nelayan...2 ari satu mlm...best jugak

Tidur dalam kapal eh perahu kut ..bestnya...

Wslm

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

seronok sesekali jadi nelayan ni
aktiviti lain dpr aktiviti seharian
buat dlm kenanggan

Wassalam

aznaz said...

salam from Makkah..

hmmm bestnyer..ketam mask lomak cili api...

best tau...dah terliuq lak cl niii



waslam

مسافر اسلام said...

Salam en. Rosli.
Aktivit ini saya dah buat masa di port dickson tempoh hati. Pukat org ini mata dia kecil ye, senang dapat udang. Alhamdullah... ada juga rezeki.

Lepas ini boleh lihat en. Rosli sekeluarga tarik pulak ye...

rosli said...

Salam kak su,

Orang di kg ni panggil mengisa atau sbb mereka tarik pukat kecik di tepi pantai. Kalau memukat biasa mereka guna sampan kecik dalam lepaskan dalam laut. Cara sedikit berbeza. Ada yang guna kapal yg lebih besar utk memukat atau menjaring ikan

Menjala lain, biasa guna jala yg lebih kecik dan tebar jala dari atas darat atau atas sampan.

Mcm2 cara tp yg pasti nak tangksap ikan, udang dll.

rosli said...

salam Rozali,

betul tu, dulu masa kecik2 saya selalu ikut orang mengisa,,,,,skrg saya pulak bawak anak saya....warisan yang perlu diteruskan dan dijadikan kenangan

rosli said...

salam CL,

Kekadang dapat ketam besar sikit mmg sedap buat masak lomak cili api....udang masak lemak pun best

Semuanya fresh

rosli said...

salam MI,

betul tu, aktiviti yang lebih kurang sama MI buat di PD aritu, saya pun dah tak sabar nak mengisa bersama keluarga pulak....

sinomosa said...

salam en Rosli,

owh new lesson..itu rupanya mengisa..

rosli said...

salam Shima,

Begitulah cara mengisa, kami kekadang teringin nak makan udang fresh, anak ketam fresh dan anak ikan fresh....cari masa mengisa begini....penat memang penat terutama yg menarik kisa dalam laut tu....yg kerja mengutip udang dan ikan pun penat terbongkok2 dan kena panas mentari....tp yg pasti seronok

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,
Aktiviti ni disebut mengisa yer, mama pun tak perasan didaerah mama apa diorang sebut pulak..Walhal tempat tinggal mama berdekatan laut jer di sini..
Nantila mama tanya nelayan-nelayan pantai.

rosli said...

Salam mama nadz,

Betul tu....nama berbeza ikut tmpt dan jaring/pukat atau jala pun berbeza saiz.

Unknown said...

Salam Bang..
Bagus sgt xtvt mcmtu.. Lama dah x turun ngisa2 nih...badan pun baik lemau sbb dah lama xkene air laut..

Unknown said...

Salam Bos...

Nk tanya.. mana nak dapat pukat tarik pantai mcam nie eh?

Berapa agak2 harga pukat tarik nie..
ingat nak beli satu...

TKasih

Fadzli - 017-546 3237

Unknown said...

Dalam gambar berkenaan kedua2 tersebut abg saya.. terima kasih atas gambar tersebut rindu suasana di kampung.. dulu saya kerap mengisa.. laut pasang surut kena peka. Bahaya main time air laut tengah naik.. waktu pasang surut pun kena hafal.. pukat boleh dibeli dikedai buat jaring di tanjung sepat. Ikan berbisa banyak naik time air tengah surut.. hati2 bagi yang baru nak belajar.. ajak orang yang mahir sorang untuk keselamatan. Tq