Monday, June 14, 2010

DARI KEBUN KOPI KE KEBUN BUAH2AN- PART 1

Salam,

Tanah kebun peninggalan arwah abah aku bukannya besar sangat ,  2 1/2 ekar sahaja.  Sejak dulu tanah ini penuh dengan pokok kopi, kelapa dan durian  ( dulu arwah atuk aku dikenali sebagai tokeh kopi dan kelapa).  Pokok durian yang ditanam pada tahun 1979 dan 1980 menggunakan biji dan amik masa lebih 15 tahun baru nak berbuah. Masa tu arwah abah aku tanam dekat 100 pokok dan akan dicantas separuh untuk besarkan mana yang terbaik saja. Aku masih ingat kata abah,  "durian ini abah tanam untuk anak cucu makan nanti". Betul kata dia.....

Bila emak meninggal tahun 1991 sudah tidak ada sesiapa lagi yang nak usahakan pokok kopi dari memetik dan menjaga pokok kopi,  kebetulan buah kopi masak selalu dicuri orang kerana tanah tidak lagi dijaga.  

Dari tahun 1992 hingga 2006,  habis  100 peratus pokok kopi telah ditebang dan ditanam semula dengan pokok rambutan, durian kacuk, manggis, pulasan, mata kuching, mangga , limau kasturi, duku langsat, cempedak, asam gelugor /keping, jambu susu, jambu bertih, jambu bol , pokok nam-nam ( pokok kurma yang aku semai di rumah) , petai , nenas dan banyak lagi.

Hampir semua pokok baru ditanam oleh abang aku,  Ramli ,  dia memang rajin,  sejuk tangan dia dan suka berkebun. Ni hasilnya......

Rambutan tepi rumah baru berputik

Musim ni lebat jugak buahnya, 
dijangka bulan Ogos masak ranum...

Pokok asam gelugor / asam keping, 
tinggi lebih 30 kaki

 Buah yang masih muda warna hijau

Yang dah gugur warna kuning  pun banyak

Dah siap potong dan jemur

Separuh kering dah

Dah jadi asam keping...fresh lagi

Pokok petai pun baru berputik
Lebat pokok buah melinjau/ buah soh ni

Ni dari dekat buah melinjau/buah soh

Pokok buah nam nam

Dari dekat,  musim baru lepas

Buah nam nam yang gugur

Pokok Jambu susu or jambu t_t_k !

Tu ada terselit satu biji yg masih muda

Ni yang dah gugur dan busuk


p/s Aku selalu 'melawak' dengan abang aku...."kalau lah abah dan emak masih ada mesti mereka 'mengamuk' sebab semua pokok kopi habis kena tebang"......aku pun terkejut....... terpaksa cari satu benih baru pokok kopi untuk di tanam semula sebagai kenang2an.  Next entri...

22 comments:

kak su said...

Salam En Rosli...

Wow! Kebun....teringinnya nak ada kebun....

Syok berkebun boleh keluar peluhkan..

Wslm

aznaz said...

salam from makkah..

wahhh bestnyer...

macam macam ada....


wsalm

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,

Sukanya mama tengok kebun macam tu. macam mana tanam pokok nam-nam..dengan biji ke atau dengan tut. Mama suka sangat nak dapat pokok nam-nam..nak bagi anak cucu tengok. Buah tu jarang dah nak jumpa.

Unknown said...

Salam En. Rosli

Boleh En. Rosli beritahu kat mana
nak dapatkan benih-benih pokok kopi
& buah melinjau ni.
Terima kasih.

Wassalam.

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

semasa kecil di kampung, semua pokok buah2 tu ada, tapi sekarang tak nampak pulak lagi
terutama pokok nam nam dan jambu susu

taniah keluarga anda
sekurang2nya pahala tetap mengalir kpd Allahyarham kedua ibu bapa anda

Al Fatihah untuk mereka

Wassalam

مسافر اسلام said...

Salam en. Rolsi.
Allhamdullah berkat kegigihan seorg ayah, ilmu diturunkan pada anak2nya, bagus N3 kali ini ada juga yang mengusahakan tahan pusaka tu, jgn dibiarkan terbiar, lebih baik ia di usahakan utk jangka masa singkat mahupun lama. Bila balik kg ada juga tempat utk cuci mata bersma2 anak2.

Banyak juga buah yang ditanam, yang tak ada sekrang ini, bagus abg en. rosli menaman buah yang jarang dijumpai.

Lepas ini, kena tanam pokok kopi la ye..kalau tak hilang kenangan tu.

InsyaAllah, ada masa nanti boleh kami warga PDKM berkunjung di sana ye.

Wasalam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

seronok tengok ada pelbagai jenis tanaman kat kebun tu...buah nam nam, kat kampung suami kak nab dipanggil buah katak puru!!

rosli said...

Salam kak su,

Kebun pusaka tu, kami sama2 usahakan.

betul tu, boleh keluarkan peluh

rosli said...

salam CL,

Semua tanaman buah2an tu untuk di makan adik beradik sahaja di smaping berkumpula adik beradik bilamana ada kelapangan.

rosli said...

Salam Mama nadz,

actually pokok nam nam tu di tanam oleh arwah emak tahun 1979, masa tu guna biji. Pokok tut saya tak sure tp saya boleh find out dengan abang saya nanti.

betul tu biar anak cucu kenal dengan pokok tu....

rosli said...

salam latnah,

Benih kopi boleh di beli di mana2 kedai bunga di banting, morib atau kawasna sekitarnya. Bukit canggang kat area banting pun banyak.

Tp pokok malinjau saya tak sure sbb pokok tu dahlebih 40 tahun di situ, mgkn arwah abah saya yang tanam. Saka akan find out dengan abg saya....saya akan update nanti

rosli said...

salam rozali,

Tk atas doa utk kedua orang tua saya.

Betul tu pahala mereka sentiasa ada jika buah2an itu di kakan oleh anak cucu dan jika disedekahkan.

rosli said...

Salam MI,

Insyallah kami akan usahakan. Setakat ini abang dan isterinya dok kat rumah tu dan jaga tanah tu. Mereka pulak rajin tanam berbagai jenis tanamam, kami tumpang suka dan tumpang makan saja....hehehe....sumbangan lain pun buat jugak.

rosli said...

Salam hjh zainab,

Mmp pokok tu ada beberapa nama, saya dulu makan jugak.... yang paling suka arwah emak saya...dia makan cicah dengan kicap bergula...
Nostalgia semua tu...

Unknown said...

Salam En. Rosli

Terima kasih fyi.

Wassalam

rezeki said...

salam rosli

tanah pusaka yg membawa 1001 kenangan

rosli said...

Salam Rezeki @ Pak Itam,

Betul tu....terlalu banyak kenangan dengan tanah pusaka ni.

boxhousestudio said...

salam rosli

BHS terpanggil bila nampak buah nam-nam...dulu dulukan kami balik kampung ke pulau tiga tu...rumah atuk kat sebelah sungai...atuk guru besar ..la ni rumah tu dah jadi pusat giat...rumah tu tinggi tangga curam ..pastukan kami tidur ramai ramai memanjang kat rumah tu..masing-masing satu kelambu...nanti atuk ngan opah akan duduk berdua tengok kami sumer dan depa rajim sembahyang jemaah bersama
kalau masa musim sekolah...dekat bawah rumah opah jual nasi lemak dan gula-gula dll...waktu tu makcik BHS sumer anak dara...pakai baju kurung cotton...alahai rosli panjang pula boraknya ni ha...lenkali ya kita sambung....

salam kenangan mengusik jiwa
BHS

Anonymous said...

Di Kelantan buah nam nam dikenali sebagai buah katak puru. Sebab itulah juaralompat berasal dr Kelantan. Jambu susu pula dipanggil jambu golok.

Buah melinjau tu nampak macam buah terajam (mertajam). Boleh tlg perjelaskan.

rosli said...

Salam BHS,

Banyak jugak kenangan BHS tu....mmg best bila di kenang, anak2 sekarang tidak merasa begitu. saya pun tumpang suka baca kenangan BHS tu

rosli said...

Salam Imas,

Dua buah tu memang betul sama tp nama yang berlainan, tp buah ketiga tu.....mertajam....saya tak sure sama atau tidak....

Tapi di sini mereka panggil melinjau atau buah soh.....buah yang masak merah tu boleh direbus , bila makan rasa lemak dan boleh rasa pening bila makan terlalu banyak.

Skrg orang buat kerepek melinjau, rasa manis ada, pahit ada , kelat pun ada....di Indonesia mereka jadikan industri kerepek melinjau....memang byk di pasar2 di sana.

Yattisa Roslan said...

salam ;

lama x jumpa jambu bol berwarna putih dekat 30 tahun rasanya masa zaman sekolah rendah banyak kat kampung...kalu makan cicah kicap cili belacan memang kaw... aduh teringin pulak....