Saturday, June 12, 2010

BERSALAMAN DENGAN ORANG NO 1 NEGARA ( ALLAH MENDENGAR DOA AKU)

Salam,

Semalam , 11 Jun 2010,  aku tiba2 teringin nak bersolat Jumaat di Masjid Sultan Mizan ( Masjid Besi ) di Putrajaya.  Kebetulan aku akan ada urusan bank  berhampiran masjid tersebut.  Rupa2nya masjid ini dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong kita,  DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum solat Jumaat.  Sebelum khutbah aku ternampak DYMM Sultan Mizan di saf yang pertama,  dalam hati berdoa dan berharap dapat bersalam dengannya selepas solat Jumaat nanti.

Selesai solat Jumaat aku buat solat sunat dan tidak tergesa2 sangat berbaris,  akhirnya dapat berbaris berhampiran budak2 sekolah rendah.  Tak  lama lepas tu, DYMM Sultan Mizan bersalaman dengan rakyat jelata,  tiba giliran aku,  DYMM telah bersalaman dengan budak2 sekolah rendah....aku terlepas kali ini.  Aku tidak putus asa....dalam hati nak cuba lagi..

DYMM Tuanku Sultan Mizan menang Raja berjiwa Rakyat

Aku berganjak terus menuju ke barisan luar pulak berhampiran dengan khemah perasmian,  kali ini aku sempat snap dua keping gambar sebelum DYMM Sultan Mizan menghampiri barisan kami. Tiba2  DYMM Sultan Mizan berpaling semula ke barisan aku,  dapat aku bersalam dengan DYMM Sultan Mizan,  bersyukur dan puas hati.  Dalam hati aku teringat doa aku tadi....Allah perkenankan doa aku sebelum dan selepas solat Jumaat tadi.

Aku tak dapat bersalaman dengan PM Dato Seri Najib Tun Razak, terkilan jugak,  dia dah nak bertolak pulang dah.

PM Dato Seri Najib Tun Razak berbaju merah muda/ pink tu.

(p/s Aku guna hp , dslr mmg tinggal kat rumah......rugi rasanya masa tu)

Macam biasa lepas tu aku amik gambar pemandangn masjid dari luar dan cari angle yang baik  Tiba terserempak dengan seorang personaliti TV 3 yang terkenal  , Izwan Azir Saleh dan sempat bergambar dengannya sekali.  Nak tumpang glamour dia.
Sempat posing dengan Izwan....best
beliau adalah salah seorang personaliti TV3 yang aku minat 
suara dan gaya persembahannya

Laman yang cantik dan kemas

Gerbang masuk utama yang cantik


Binaaan yang indah

Kemah utama untuk perasmian tadi



Syukur sudah selamat dirasmikan tadi

Ruang utama solat

Kubah utama, pemandangan dari bawah sebelah dalam

Bahagian bawah ruang wuduk dan tandas

Tempat wuduk lelaki yang selesa dan moden

Basement parking yang luas dan selesa


9 comments:

kak su said...

Salam ...

Siapa sangka kan..'Tuah ayam nampak di kaki tuah kita hanya Allah yg mengetahui...' hee...hee....

Wslm

kak su said...

Salam En Rosli

Anak2 akak dah sampai masjid 'besi' nii merayau2 dgn abg nya...

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

itulah rezeki...dpt bersalam dengan Agong!

terpegun kak nab tengok masjid nih..

aznaz said...

salam from Makkah..


cantik nyer masjid tuh.....gambar2 yang di snap pun cantik jugakkk

taniahhh...profesional photographer...

wslam

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

Alhamdulillah
dapat bersalam dengan DYMM

doakan tuanku dapat memerintah mengikut Al Quraan dan Sunah
Amin

Wassalam

rosli said...

salam kak su,

masjid tu mmg cantik, kekadang tu rasa seronok beratuer untuk bersalaman dengan pembesar negara, saya pun salah seorang yang suka dengan cara dan pemerintahan DYMM Sultan mizan.

Last saya beratur utk bersalaman dengan pembesar negara tahun 1979, masa hari Kanak2 Sedunia di stadium merdeka....dah 31 tahun rupanya...

rosli said...

salam hjh zainab,

Bila datang ke Putrajaya jangan lupa singgah di masjid ni, simple, cantik dan menawan dan yg pasti selesa solat di sini

rosli said...

salam CL,

Tk, biasa jer gambar tu, guna hp saja, dslr mmg tak bawak masa tu....next time saya akan ambik gambar guna dslr saya....

rosli said...

salam Rozali,

Saya pun bersyukur, dah lama saya tak beratur utk bersalaman dengan pembesar negara, kali ini tergerak hati saya. Saya mmg mendoakan DYMM Sultan Mizan dapat memerintah negara dengan adil dan mementingkan Islam dalam segala tindakannya. Amin