Salam,
Aku cuba jadikan kebiasaan ziarah kubur abah dan emak setiap kali pulang ke kampung , walaupun sekejap aku mesti singgah. Masa aku kecik2 dulu kedua arwah selalu bawak aku ke kubur ziarah kubur atuk dan nenek aku. Sekarang aku cuba pulak ajar anak2 aku, terutama Ammar yang bongsu ni....dia nampak suka dan serasi dengan kehidupan kampung.
Tanah perkuburan Bt Laut.
Kebersihan makin bagus
Kubur arwah abah
Ibrahim Bin Mat Dom, abah aku
meninggal 31 Jan 1981
meninggal 31 Jan 1981
Kubur arwah emak
Mahiam bt Abdullah, emak aku
meninggal 16 Okt. 1991
meninggal 16 Okt. 1991
Kubur anggota keluarga sebelah abah
Kebersihan kawasan kubur makin terjaga dan bersih
Sekadar berkongsi rasa hati , kepada yang masih ada ibu dan bapa di kampung atau di mana saja mereka berada, ziarah mereka, lawat mereka selalu dan jagalah hati mereka.
Aku dan CL ada persamaan bab orang tua, kami yatim piatu tetapi masih ada adik beradik cuma yang berbeza keluarga dan anak2.
Al Fatihah untuk arwah abah aku Ibrahim bin Mat Dom dan arwah emak aku Mahiam Bt Abdullah. Jutaan terima kasih kepada yang mendoakan dan sedekah Fatihah kepada kedua orang tua aku. Amin.
18 comments:
salam from Makkah
alfatihah - moga allah swt tempat kan mereka bersama sama orang yang beriman....ameeennnn
waslam
Salam En.Rosli,
Al-Fatihah buat ayah & bonda En.Rosli..semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 org yg soleh dan beriman..AMIN.
Sejak arwah Mama saya meninggal (April 2008)..jika waktu mengizinkan..setiap pagi Jumaat saya slalu pi ziarah pusaranya....lepaslah rindu tu..
salam Roslie
betul kata mu itu. tapi hari az balik kg, macam boleh terlupa nak ziarah kubur arwah ayah. dah teringat nak pi, ada saja halangan ketika itu, then terlupa.
Salam en. Rosli, apa kabar?
semoga sihat ya...
jam dah kul 1.40 pg, MI terbaca blog en. Rosli. Makin rindu MI pada arwah ayah. MI selalu terigatkan arwah ayah, sebab rakan PDKM buat MI hilang rindu, sebab kawan2 PDKM semua dah macam ayah MI.
MI mendokan, agar arwah ibu dan ayah en. Rosli di tempatkan dikalangan golongan org2 yg beriman, dan soleh soleha.
Amin....
Al-Fatihah...
salam rosli
BHS sedekah
al-
fatihah buat abah...Al-Fatihah....
dan
BHS sedekah
al-
fatihah buat emak...Al-Fatihah...
Salam cik rosli..
Alfatihah utk arwah mak dan abah cik rosli...dari saya sekeluarga..
Kalau tak silap ada disebut dalam hadis...setiap hari jumaat semua roh dikembalikan kekuburnya...jika kita ziarah...pada hari tersebut...umpama kita ziarah sewaktu dia hidup wallahualam...tapi pernah pergi kubur arwah nenek pada pagi jumaat...memang jiwa terasa lain...bila kita berada dikubur keluarga kita masa tu...
Assalamualaikum Rosli
Al Fatihah untuk kedua ibu bapa saudara
semoga kubur mereka diteranggi dgn cahaya Syurga
amin
Wassalam
Salam En Rosli,
Al-Fatihah untuk ayahda & bonda En.Rosli.. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org yg beriman.. amin
tahun nie dah cukup 14 tahun ayah kak ngah meninggalkan kami semua.. namun rasa kerinduan masih terus membara..
salam CL,
Terima kasih atas doa tersebut. Amin
salam azima,
Terima kasih atas doa tersebut. Jugak doa yang sama untuk emak Azima. Teruskan ziarah tu, kita akan rasa dekat dengan mereka.
salam AZ,
Jika ada kelapangan ziarah lah kubur mereka, dulu saya pun selalu terlepas pandang dan jarang ziarah.
salam MI,
saya sihat, terima kasih atas doa tersebut, saya jugak doakan yang sama utk ayah MI.
Salam BHS,
Terima kasih atas doa dan Fatihah tu. Setiap kali lepas solat saya jugak sentiasa doakan abah dan emak saya.
Salam Shami2,
Terima kasih atas doa itu, teruksan ziarah mereka pada hari Jumaat , byk pahala kata ustaz2.
Salam Rozali,
Terima kasih atas doa tersebut.Amin
Salam Noor,
Terima kasih atas doa tu, saya juga doakan ayah Noor.
Saya suka nak share apa yg arwah emak saya selalu cakap dulu ttg orang yang meninggal, mereka macam pergi belayar.....makin jauh mereka belayar....semakin kita lupa dan kurang rindu pada mereka, salah satu cara nak kurangkan rasa rindu pada mereka. Amin.
ﺑسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ
نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ
عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
...ameen, ameen Ya Robb...
Salam Budi Rijali,
Terima kasih atas sedekah Fatihah tersebut.
Post a Comment