Wednesday, June 16, 2010

DARI KEBUH KOPI KE KEBUN BUAH2AN - PART 2

Salam,

Banyak lagi pokok2 baru di kebun ni, hampir semua abang aku yang tanam.  Untuk menghidupkan kembali kenangan kebun kopi sebelum ini,  aku mintak tolong abang aku tanam satu pokok kopi di tepi rumah seperti di bawah :


Anak pokok kopi baru satu tahun

Pokok durian yang hidup dan dewasa adalah beberapa batang pokok,  ada yang dah pernah berbuah dan ada yang baru nak belajar berbuah,  hampir semua ditanam guna biji.  Tahun ini durian tidak menjadi entah kenapa kami tak pasti,  Allah belum nak bagi rezki tahun ini. lagi   Insyallah tahun depan agaknya. Amin.

Sebahagian dari pokok durian

Pokok yang di bawah ini jenis tot dan baka durian siam.  Baru 3 kali berbuah tapi kali ini tidak banyak ,  ada 4 biji saja, kurang menjadi tapi kami tetap bersyukur sebab pokok ini dah mula belajar berbuah. Amin.

Kat dahan ini ada 3 biji saja dan dahan satu lagi ada 1 biji

Antara dua putik biji durian yang gugur awal..
sekali lagi belum ada rezki yang ini...

Duku langsat ada satu pokok sahaja

Pokok manggis ditanam di tepi jalan
berbuah setiap tahun


Pokok pulasan baru berbunga

Cempedak kali ini pun tak lebat

Pokok cempedak muda

Mata kuching /longan baru berbunga

Pokok rambutan gula batu kesayangan abang aku

Pokok kurma kesayangan aku

Pokok kelapa tinggal beberapa batang saja, 
yang lain dah kena tebang sebab terlalu tinggi 
dan merbahaya kepada rumah

Limau kasturi pun ada


Mangga/pelam telur dah mula masak

Aku sedang kait buah mangga/pelam telur

Nenas Morris dan nenas Sarawak 
ditanam depan rumah
Nenas Morris yang dah nak masak

Pokok lengkuas pun ada di belakang rumah


Hampir kesemua pokok buah ni di tanam oleh abang Ramli dan dijaga bersama isterinya Kak Bedah. Aku kekadang belikan benih pokok tapi yang pasti musim durian mesti balik ke kampung tolong makan....hehehehe..

p/s Baru2 ni beli 3 anak pokok durian D24 dan Durian Kunyit,  semua mati  selepas di tanam mungkin kerana anai2 or cuaca panas,  yang pasti belum ada rezki lagi.



12 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Rosli,

Seronoknya tengok. Tinggalan orang tua dijaga baik dan di tokok tambah. Rasa puas hati mama tengok..macam-macam ada. Bagaimana rupa rambutan gula batu?

Ayah Zain said...

salam,

wow, bestnya ada pelbagai pokok buah. kalau berbuah semua, puas makan tu

aznaz said...

salam from makkah


bestnyer semua ada....tapi pokok durian tuh tak minat lah...BUSUKKK...


wasalm

rosli said...

salam mama nadz,

Betul tu mcm2 ada, abang saya yg usahakan, kami yg lain sokong dia saja dan bantu di mana boleh.

Rambutan gula batu tu tak byk beza dengan rambutan lain, kalau masak warna merah, isinya sgt manis dan kenyal dan biasanya isinya lekang dari biji rambutan dan skrg dah jarang ada di pasaran.

p/s jika bermusim nanti saya akan paparkan

rosli said...

salam AZ,

Biasanya mangga mmg sentiasa bermusim dan lagi satu kalau rambutan semuanya berbuah mmg puas makan adik beradik.

rosli said...

salam CL,

mmg best byk pokok buah, durian tu subjektif baunya, ada org kata wangi dan ada kata busuk.....tp rasanya mmg best....klu tak percaya tanya shima/sinomosa.

nnti CL kena cuba bila pulang ke msia nnti.

KAMATO said...

berbakti pada tanah, banyak pulangannya, pokok kurma tu jgn tanam satu je, kene berkawan...

rosli said...

Salam Kamato,

Betul tu tak rugi berbakti pada tanah. Byk hasil yang kami dah rasa, jiran2 pun merasa.

Actually pokok kurma tu ada dua, satu dah mati sebab tenggelam kena banjir tahun lepas, akan tanam lagi satu tak lama lagi. TK atas nasihat tu.

taj said...

Salam Rosli,


wahhh best arr kebun ni...ada pokok kopi n kurma lg...

bagus berbakti pd tanah..moga ada berkat,insyaAllah..

rosli said...

salam taj,

Betul tu, berbakti pada tanah mmg byk hasil. Saya sekadar menyokong abang saya, dia yang rajin jaga kebun ni.

rezeki said...

salam rosli

berbudi pada tanah , nanti dapat merasa hasilnya

rosli said...

Salam rezeki,

Betul tu, dah lebih 10 tahun dapat merasa rambutan,manggis , durian dan mangga setiap tahun. Syukur pada Allah.