Salam,
Dalam seminggu dua ni, memang penat sangat, balik dari pejabat dah masuk waktu maghrib dan ada sekali tu lepas isya baru sampai rumah....idea pun kekadang tak boleh nak keluar bila dah penat begini.
Yang ni 3 biji jer, 7 Mac 2010
Yang 10 biji ajer, 7 Mac 2010
Ada satu entri yang lama dah simpan, masih ingat lagi anggur yang berbuah dulu, dah makin besar, tp musim panas sejak bulan lalu menjejaskan pertumbuhan anggur ni, lewat membesar dan saya pun kekadang lupa siram pasu bunga dan pasu anggur ini, dah besar sikit...tapi belum boleh di tuai lagi.
Buah sulung ni macam tunggu anak sulung, byk dugaan dan kena banyak bersabar. Anggur ni kecik ajer
Yang ni 3 biji sahaja, 27 Mac 2010
Yang ni semalam aku dah makan dah, ya Allah 'manisnya' (masam sangat) , saja nak puaskan hati aku. Sekarang yang tinggal yang 10 biji tu ajer, walaupun masam aku puas sebab yang penting anggur aku dah berbuah. Lepas ni kalau nak tebang terus pun dah boleh.
27 Mac 2010, 10 biji sahaja