Monday, March 29, 2010

ANGGUR DI BANDAR BARU BANGI- PART 2

 Salam,

Dalam seminggu dua ni, memang penat sangat,  balik dari pejabat dah masuk waktu maghrib dan ada sekali tu lepas isya baru sampai rumah....idea pun kekadang tak boleh nak keluar  bila dah penat begini.  
Yang ni 3 biji jer, 7 Mac 2010

Yang 10 biji ajer, 7 Mac 2010
Ada satu entri yang lama dah simpan,  masih ingat lagi anggur yang berbuah dulu,  dah makin besar,  tp musim panas sejak bulan lalu menjejaskan pertumbuhan anggur ni,  lewat membesar dan saya pun kekadang lupa siram pasu bunga dan pasu anggur ini,  dah besar sikit...tapi belum boleh di tuai lagi.

Buah sulung ni macam tunggu anak sulung,  byk dugaan dan kena banyak bersabar. Anggur ni  kecik ajer


Yang ni 3 biji sahaja, 27 Mac 2010

Yang ni semalam aku dah makan dah, ya Allah 'manisnya' (masam sangat) , saja nak puaskan hati aku. Sekarang yang tinggal yang 10 biji tu ajer,  walaupun masam aku puas  sebab yang penting anggur aku dah berbuah.  Lepas ni kalau nak tebang terus pun dah boleh.


27 Mac 2010, 10 biji sahaja


19 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

janji nama anggur
masam ke manis ke
telan aje

Wassalam

rosli said...

Salam Rozali,

betul tu....saya telan ajer....mula2 mmg masam, tp lepas tu sedap ajer

aznaz said...

salam from Makkah..


Bestnyer..


waslam

rosli said...

Salam CL,

TQ, alangkahnya indah klu anggur tu lebih manis

mama ju said...

salam

Orang kata buah pertama kena buang sebab dia masam...nanti buah kedua baru manis...

Sayangkan kalau buang...

rosli said...

Salam Mamaju,

Saya sayang nak buang, tak ape, saya nak tambah baja baru nnti,

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

nape yer buah anggur tu masam..walhal benihnya jenis manis..wallahualam!

مسافر اسلام said...

Salam en Rosli,
N3 tentang pokok ya...sama juga dgn N3 baru saya. Tetapi saya hanya menanam bunga, dulu ada tanam pokok ulam, tp sekrag dah pindah bagunan. so tak dapat nak menanam di tanah, hanya di pasu sahaja.

Berjaya en Rosli tanam anggur ye... best kan dapat makan hasil titik peluh sendiri.

Syukran.

Atikah said...

Salam En Rosli,

Wah!! tanam anggur ya... berapa lama tanam anggur tu baru dia berbuah?

Naz Mohamed said...

Salam En Rosli,

Saya nak mintak maaf ye. Pagi tadi jumpa En Rosli kat pantry MERS 999, malu nak sembang panjang2. Takut pulak En Rosli salah sangka kata saya sombong. Saya nie mmg pemalu sikit terutamanya ngan org lelaki.

Zie said...

Salam En. Rosli,
Ada lagi ke anggur tu, tinggalkan sikit untuk saya dan kawan2... hehehe. Seronok tanam anggur berbuah. Kat Malaysia ni ramai penanam anggur orang melayu tau (pengganggur!)

Wah Kak Ina jumpa En. Rosli, tapi En. Rosli tak kenal dia...

rosli said...

Salam hjh Zainab,
Saya pun heran jugak, mgkn baja dan kurang air dan kurang disiram.

rosli said...

Salam MI,

Anggur ni kecik ajer, malu kat kawan2...saya suka mencuba saja

rosli said...

Salam atikah,

Sepatutnya bleh berbuah dlm masa 9 bulan, tp pokok yg saya tanam tu amik masa 4 tahun...tersalah tanah, salah pasu dan yang paling utama salah diri sendiri. Tk pandai guna baja dan tak tanam dlam tanah, tetapi guna pasu

rosli said...

Salam Ina,

Its ok, saya faham,saya pun segan, saya kat Melaka hari ni saja, audit ISO satu hari, lusa kat Kuching pulak. Maybe next time boleh jumpa bila bersama dengan your husband ( Azhar)

rosli said...

Salam Zie,

Tinggal 10 biji kat pokok yg lagi satu, malu dgn geng2 pdkm sbb anggur tu masam dan saya saja highlight pasal anggur tu...

nailofar09 said...

SALAM...
Berbuah dah yer...alhamdulillah..masam ker manis ker...lama tak k anjung nai...dah buh bonsai...n3 baru nk cerita pokok kemboja...mai ler MI...kita hijaukan alam...hehehee

rosli said...

Salam Nailofar,

Cantik bunga kemboja you, saya suka bonsai tu.

rosli said...

Salam safiuddin,

Belum boleh jual, buat makan pun belum cukup lagi, masih bertatih pokok tu....kalau tanam dalam tanah mungkin boleh lagi lebat