Sunday, March 21, 2010

KURSUS KETUA JURUAUDIT ISO MAC 2010

Salam,
Cuti sekolah kali ini aku tak dapat ke mana-mana dengan famili aku. Kesian kat anak-anak aku sebab kena berjalan sendiri atau dengan wife sahaja.  Aku kena hadir kursus Ketua Juruaudit, ISO 9001:2008 dari 15 hingga 19 Mac di Hotel Residence,  Bangi, yang bestnya agak dekat dengan rumah aku dan tak kena jam dan tak perlu masuk KL.


TAJUK KURSUS YANG AKU HADIRI
masa sedang buat persembahan

masa terima sijil dan cenderamata dari Jafri


bergambar beramai,  peserta enam orang sahaja.

waktu terima hadiah sebagai peserta terbaik,  aku bersyukur  sebab tak sangka dipilih oleh rakan-rakan peserta.


sedang buat ucapan terima kasih.

Banyak pengetahuan baru aku perolehi dan perkembangan terbaharu ISO sebab kali akhir ikut kursus ISO tahun 2002.  Macam biasalah bila berkursus kita bagi presentation dan lepas tu terima sijil dan terima hadiah. Aku enjoy ikut kursus ini sebab fasilitatornya bagus dan suka buat lawak jenaka,  kalau tak gerenti aku tidor dalam kelas !  dia pandai handle kelas dan kebetulan tempat pun selesa. Tahniah Jafri, Azmi dan TOMC.

22 comments:

Azima said...

Salam En.Rosli,

Tahniah kerana terpilih sbg peserta terbaik..

Wassalam

sonata anak kancil said...

tahniah...peserta terbaik...tak tengok persembahan..tengok gaya tu memang boleh dapat lah...

aznaz said...

salam from makkah...

lama dah cl tak jadi fasilitator..SERVICE PLUS. ghinduu arrr


waslam

rosli said...

Salam Azima,

Terima kasih

rosli said...

Salam hjh zaleha,

Terima kasih, saya dah lama tak berkursus begini, siap ada exam lagi. Tough tapi seronok

rosli said...

salam CL,

wah CL dah jadi fasilitator, mesti hebat ilmu CL dalam ISO ni, saya baru nak belajar semula.

Mula2 mmg boring, tp lepas exam aritu saya minat semula kat ISO ni. Byk menafaatnya

Unknown said...

salam akhi rosli ...

waaaah ada gaya jadi pemimpin ( ketua)
tahniah selalu juara di PDKM dan juara jg di tmpt kursus

rezeki said...

salam rosli

saya ingat OHP tu dah lama berkubur zamannya, rupe2nya masih berguna lagi hehehe

mama ju said...

salam sdr Rosli

Wah sdr memang hebat...jadilah pemimpin yg berkualiti

مسافر اسلام said...

Salam en.Rosli..hari isnin sibuk bekerja. Ada dapat cuti tak, lama kursus mesti cleam balik cuti kan.
Oh ya..tahniah ya..perserta terbaik..Nanti hadian tu boleh post picture dia kat blog ini. Agak2 apa ya dalam tu..
Semoga terus berjaya dalam kerjaya...MI doakan selalu. Insyallah..
Salam

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

Taniah, peserta terbaik
memang nampak perwatakan seorang pemimpin

Wassalam

ummu said...

Salam En Rosli
Alhamdulillah Tahniah ya
moga-moga ia menjadi motivasi untuk tuan
perolehi lebih banyak kejayaan pada masa depan.insyaallah

rosli said...

Salam ummi,

Biasa2 saja, saya taklah hebat sangat, sekadar berkurus dan ambil bahagian.

rosli said...

Salam Rezeki,

Saya pun rasa gitu, biasa present guna powerpoint, tp masa kursus hari tu, kena buat slide guna transparent dan marker ...beberapa assinment guna transparent.

Sekali sekala best jugak.

rosli said...

Salam Mamaju,

Terima kasih dan doakan saya.

rosli said...

Salam MI,

Terima kasih atas doa tu, hadiahnya piala bercirikan ISO. Ada masa nnti saya tunjuk nanti.

rosli said...

Salam Rozali,

Terima kasih, peranan saya kecil saja masa tu, kami pun tak ramai masa tu.

rosli said...

Salam Qaseh Masyitah,

Terima kasih atas doa dan ucapan tahniah tu, saya akan buat lebih baik di masa hadapan.

Hajah Zainab bt Abdullah said...

tahniah!

Ooops! OHP! nostalgia..

rosli said...

Salam hjh zainab,

Benda lama ni ( OHp) masih ada kat sesetengah hotel sbb ada permintaan, consultant pun masih guna sbg alat bantuan mengajar mereka.

Kak Sidah said...

Salam Rosli,

Walaupun dah terlewat, akak nak ucapkan tahniah menjadi peserta terbaik.

rosli said...

Salam Kak Sidah,

Peserta tak ramai, mereka pilih saya, masih bersyukur.

Dulu saya tak pernah kisah nak dapat cemerlang masa kursus, tp skrg klu boleh nak bagi yang terbaik.