Pagi tu (Jumaat) lepas sarapan kami di bawa ke Masjid di Tanaim untuk berniat umrah. Dulu bila kawan2 citer pasal Tanaim aku hanya bayangkannya saja. Dekat ajer dengan Makkah, patutlah mereka pilih Tanaim ni. Lepas solat sunat dan berniat umrah untuk diri sendiri terus menuju ke Masjidilharam untuk kerjakan umrah.
Tinggi menara Masjid ni.
Posing lagi di luar masjid, Tanaim
Macam biasa lah aku mmg suka posing, kali ini aku dapat sorang kawan baru Ishak nama dia. Diapun buat umrah yang pertama macam aku. Dia muda lagi sudah berumahtangga cuma belum mendapat cahayamata. Aku sama2 doakan agar dia cepat dapat anak.
Ni Ishak salah sorang roomate yang rapat dengan aku di Makkah.
Lepas buat tawaf, saie dan bertahallul....masa nak gunting rambut susah sikit sebab dah botak so aku lalukan aje gunting atas kepala sepertimana rukun umrah. Syukur sebab umrah kali kedua untuk diri sendiri dah lengkap. Lepas ni aku buat umrah untuk arwah abah, emak, bapak mertua dan abang aku. Alhamdulillah.
Tapi yang bestnya gunting aku laku betul....beberapa orang yang aku tak kenal langsung yang baru lepas saie dok pinjam gunting aku. Best pulak dok lepak kat situ, tunggu orang lepas saie dan aku pun hulur jer gunting aku. Mudahnya nak buat pahala.
Tak lama lepas aku terus balik hotel sementara tunggu waktu solat Jumaat, kat tengah jalan jumpa satu budak dok hulur tasbih mini 7 biji...senyum aku tengok budak ni...mudah nak buat baik dan buat pahala kat Makkah ni. Aku terima pemberian dia kerana aku boleh guna masa nak tawaf nanti.
Tak lama lepas aku terus balik hotel sementara tunggu waktu solat Jumaat, kat tengah jalan jumpa satu budak dok hulur tasbih mini 7 biji...senyum aku tengok budak ni...mudah nak buat baik dan buat pahala kat Makkah ni. Aku terima pemberian dia kerana aku boleh guna masa nak tawaf nanti.
12 comments:
Assalamualaikum En Rosli
Kat Mekkah memang mudah dapat kawan, mudah cari pahala
orang membuat pahala pun ramai
murah rezeki kita kat sana
Wassalam
salam tn rosli..
taraaaa.. kak ngah no 1 kat sini.. heh heh
membaca pengalaman tn hj membuatkan hati kak ngah meronta-ronta untuk pergi lagi.. tempat yang tak pernah puas untuk dikunjungi.. terus menulis pengalaman tn hj.. kak ngah setia mengikuti nyer..
Salam..
aisey.. bapak rozali sudah potong jalan lah.. dapat no 2 je.. sob sob..
Salam.
Alhamdulillah, perjalanan Umrah Tuan mcm terancang. Syabas! walau 1st time pergi. Chicken Mendey boleh dilihat bilamana perjalanan ke Tanaim sebelah kanan bersebelah kedai Juara TomYam. Boleh tanya CL.
Teruskan penceritaan Tuan.
Amin.
tq.
Salam Rozali,
Byk yang saya pelajari di sana, yg offer tisu lap peluh kat depan Kaabah pun saya jumpa, yg isikan air zam zam dlm cawan pun ramai...saya bersyukur sangat
salam rosli...
alhamdulilah..syukur semoga mahbrur hendaknyer Umrah ssaudara tuh..insyalah
waahh skg dah ada potograper yer snapkan gamabr dia..heheheh
waslam
Salam Noor,
Perak pun ok...tp saya belum sedia nak bagi hadiah.
TK kerana sudi mengikuti pengalaman saya tahun 2008.
Salam Hilmy,
TK kerana mengikuti pengalaman saya yang tak seberapa ini. Saya berterima kasih kepada pihak Andalusia yang merancang byk aktiviti. Saya bersyukur semua yg dirancang berjalan lancar.
Salam CL,
Tk atas doa CL tu, skrg saya dah berani mintak tolong sesama jemaah di sana. Nnti ada entri pasal hotel CL...klu ada fakta yg tak tepat atau gambar yg kurang tepat bg teguran ok.
Salam,
Saya hari-hari masuk rumah kekawan yang ada blog. Tak lupa juga rumah Che Rosli. Cuma tak tinggalkan jejak.
Gambar kat masjid tanaim tu yang best sangat..
Salam Abang sulung,
Terima kasih kerana mengunjungi rumah saya dan meninggalkan jejak.
salam..macam2 ragam ye....kena banyak tawajuk pada Allah..semua tu mahluk yang fikir dunia.
KIsah mesin rambut tu..alhamdullah..tuan dapat saham tu...semoga ia menjadi asbab tuan kesana bersama mesin gunting rambut itu lagi..
InsyaAllah
Post a Comment