Saturday, March 13, 2010

PELUANG MENGUCUP HAJARUL ASWAD-PART 11

Salam,

Aku suka nak share apa doa yang kita mohon dan niat kita bila buat haji atau umrah.  Dalam kes aku, masa nak buat umrah dulu aku memang berdoa agar dapat peluang mengucup Hajarul Aswad sekurang-kurangnya sekali.  

Begini cerita aku pada 31 Julai 2008 , hari kedua di Makkah,  lepas makan tengahari biasa aku akan tido sementara menunggu waktu asar, tapi waktu itu aku gelisah , mata tak mau lelap, golek kiri, golek kanan tapi  mata tak mau lelap.Dalam hati  rasa cam nak gi kucup Hajarul Aswad dan buat tawaf sunat sekali. Aku pun bangun cuci muka dan gosok gigi,  ajak roomate aku gi buat tawaf sunat dan cari peluang kucup Hajarul Aswad, semua orang tak response dan kata mereka nak tido dan berehat. 

Aku baru keluar hotel menuju ke MH, berdebar-debar....masih tak pasti dapat ke tidak  peluang kucup Hajarul Aswad


Masa ni masih lagi tawaf sunat dan masih belum nampak boleh menghampiri Hajarul Aswad


Sebaik memasuki pintu King Aziz, aku simpan selipar dan spek mata aku dalam selipar,  takut masa berebut nanti spek aku rosak atau terjatuh.  Selepas solat taubat dan hajat , aku terus saja ke Dataran Kaabah buat tawaf sunat 7 pusingan,  masih belum ada tanda-tanda mendekati Hajarul Aswad.  Buat 2 lagi pusingan tawaf....tetiba nampak orang berbaris....orang terakhir baris tu dekat Hijr Ismail,  aku pun ikut barisan....masa tu jam lebih kurang 3 petang.....dalam hati berharap dan berdoa sempatlah kucup Hajarul Aswad sebelum asar....Dah dekat sangat , lebih kurang 20 orang lagi ke Hajarul Aswad,  azan Asar pertama berkumandang...aku  masih berdebar-debar dan dalam hati berkata " sempat ke ni".....akhirnya giliran aku betul-betul depan Harul Aswad,  aku sempat merenung Hajarul Aswad dan sempat cium Hajarul Aswad,  tapi rasa sekejap sangat..terasa bahu aku di tarik oleh pengawal.....masih tak puas aku toleh dua tiga  kali  ke Hajarul Aswad....tapi aku bersyukur sangat akhirnya Allah perkenankan doa aku.

 
 Macam biasa mesti nak posing,  ni muka aku baru jer lepas kucup Hajarul Aswad. Masa ni dah tak peduli pada pengawal tu,  cuma berdoa mereka tak rampas hp kamera aku.  Syukur sangat masa ni.........

Lepas tu terus solat Asar, aku pelik kenapa ramai sangat orang kat tempat aku solat ni....sampaikan aku di apit oleh dua orang Arab yang besar....tahiyat akhir pun terpaksa 'berteku', aku langsung tak marah or panas....Rupa2nya aku solat betul-betul depan Multazam...patutlah sesak kat situ....Semoga Allah menerima  semua doa aku. ..Di sini ego aku makin merudum...tetapi air mata aku masih liat nak mengalir....aku masih belum faham agaknya........


Ramai orang mengerumuni Makam Nabi Ibrahim
 Masih posing lagi....banyak kenangan indah di sini

Sungguh tenang aku rasakan berdepan dengan Kaabah ni..
Satu perkara aku nak kongsi, masa di Malaysia aku dah niat dapat kucup sekali pun cukuplah...memang lepas tu aku langsung tidak mahu mencuba lagi.....berhati-hati bila berniat.....Satu lagi setiba aku di Makkah ,hampir setiap waktu aku akan naik ke tingkat satu .....suka nak tengok bumbung Kaabah dan gelagat orang bila bertawaf, aku suka perhati pergerakan orang... .dalam hati sentiasa berkata.."kalaulah mereka ini beratur mesti semua orang akan berpeluang kucup Hajarul  Aswad tanpa berebut atau berhimpit-himpit", agaknya itulah doa aku tanpa aku sedari..akhirnya aku dapat kucup Hajarul Aswad melalui beratur.

Ramai kawan2 aku terpaksa membayar kepada beberapa individu yang mengambil upah untuk mengucup Hajarul Aswad.  Aku masih ingat lagi kepada pesanan mutaawwif aku...." jangan diceritakan perkara2 yang tidak baik tentang MH dan Makkah". Sekadar berkongsi pengalaman dan apa yang aku rasa.....entahlah...kekadang tidak faham dengan sikap segelintir manusia yang sanggup buat apa saja untuk duit, tetapi kekadang aku terdengar kawan2 bagitau mereka sekadar membantu orang2 berkulit sawo matang yang kecik2 dan biasa tidak berpeluang untuk kucup Hajarul Aswad kalau berebut ikut cara biasa..semua ada kebenarannya. Aku harap ini tidak menyentuh mana-mana hati individu. Maafkan aku... 
Tunggu next entri..ada lagi pengisian aktiviti aku kat Makkah dan luar Makkah...







8 comments:

aznaz said...

salam from Makkah..

alhamdulilah..sememangnyer allah swt mendengar rayuan hati saudara ituh..syukur dapat menguvupNyer..

waslam

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli,

alhamdulillah..dapat kucup hajarul aswad. umrah 2008 kak nab tak ada rezeki utk mengucupnya. adek lelaki saya kena 'bayar' bbrp riyal kat dua lelaki indon yg 'membantu' dia mengucup hajarul aswad!

atuk said...

Assalamualaikum En Rosli

Alhamdulillah dapat juga mengucup Hajarul aswad

Apakah kita ada adap
didalam Rumah Allah, tampa sopan berebut, untuk mengerjakan perkara yg sunat

Wassalam

hilmyiskandar said...

Salam.

Alhamdulillah, niat tu di berikan cash oleh Allah. Umrah yg lepas saya dapat menghitung ketulan batu dalam Hajar Aswad - pelik tapi benar dan pernah saya ceritakan pada CL. Itulah kebesaran Allah. Tahun ni pergi lagi ke MH. Tarikh akan diberitahu.

Amin.

rosli said...

Salam CL,

Syukur apa yang dirancang dan didoakan Allah bagi.

rosli said...

Salam Hjh Zainab,

Saya bersyukur sebab dapat yng beratur tu. Kucup Hajarul Aswad mmg best sgt

rosli said...

Salam Rozali,

Betul tu, mutawwif pun nasihat begitu, katanya itu sunat saja

rosli said...

Salam Hilmyiskandar,

Saya pun sempat kira, mkgn tak tepat, nampak cam 5 atau 7 sebesar biji kurma.
Alhamdulillah you pln ke MH lagi. Bestnya.