Sunday, March 28, 2010

BERSANTAI DAN LUNCH DI ALAMANDA

Salam,

Dah lama tak pergi outing bersama keluarga, jadi tengahari tadi wife dan anak pompuan  aku ajak kami sekeluarga lunch di Noodle Station, Alamanda,  saja nak tukar selera.

Salah satu wing Alamanda menghala ke Parkson

 Kat sini kami lunch.


Khusyuk tengok menu ....
(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 
Ni dia pilihan hati ,

Kuewtiau goreng pilihan anak dara aku

Ni mee hailam untuk aku.

 Wife aku makan dumpling goreng ajer, perut masih kenyang lagi makan murtabak pagi tadi.

Danial makan fish n chips dan roti bakar, lapar katanya !

Ammar makan nugget dan chips jer

Minuman kegemaran Danial dan Ammar, milo iced blended

 Kat depan Guardian Alamanda
(atas permintaan anak dara aku gambar ini dikeluarkan- 8 Nov 2015) 

Lepas makan2, kami ke Cold Storage cari barangan dapur. Saja nak tukar angin sikit.

p/s Aku patutnya kena mintak kebenaran dan laluan dari CM dulu sebab Alamanda ni di bawah 'jagaan' dia.




16 comments:

Azima said...

Salam En.Rosli,

Bestnyer..ada acara makan2 plak tu..

Noodle station tu sy slalu singgah gak..tapi NS kat sini je laa..Kuew Tia goreng kat situ memang best..
Sepinggan dah rasa kenyang..

Dumpling goreng tu..sy tak try lagi..tapi rasanya yg kat The Chicken Rice Shop tu lagi best..

Wassalam

Rozali said...

Assalamualaikum Rosli

Suka anak2 tu namapaknya

saya baru nak tanya pasal CM
sebab Alamanda dalam kawasan jagaan nya
tak jumpa dia ya
dia kata nak shopping

Wassalam

sonata anak kancil said...

dah nak masuk bulan baru ni...ramai orang dah mula shopping...sy jugak belum lagi! ingat kan nak makan jugak fish & chips malam ni dengan anak yang balik serta merta dari KL...tengok la sempat ke tidak, sebab ade member nak datang pulak ni...hu3x...hrp2 merry brown bukak lagi la

manzlie said...

salam from Makkah..

aduhai..cl dah terining Mee hailam...

balik nanti belanja cl tau..hehehhe


wsaalm

Ayah Zain said...

Salam Rosli,

bestnya suasana, az tak ponah sampai lagi kat tempat tuh, yorlah duduk di hujung benua nih. nak menyobot pun tergeliat lidah ni. apo namo eh ala ......alapanda? eh eh tu kak ngah tu

psssst:tak payah minta laluan CM tu,dia sporting morting,no hal.

rosli said...

Salam Azima,

Yer ker, nnti nak cuba dumpling kat chicken rice tu pulak,

rosli said...

Salam Rozali,

Tak jumpa pulak CM tadi. Mkgn lain kali saya call dulu, bleh buat 2 famili gathering kat alamanda

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Mesti sempat tu....klu tak esok lusalah, tidak bersama anak2 mesti kurang bestkan

rosli said...

Salam CL<

Next time bila CL balik KL, kita jumpa pulak kat Alamanda

rosli said...

Salam AZ,

Janganlah camtu, saya pulak suka makan kat kedai makan atas laut kat Kukup tu sbb itu tempat yang paling selatan benua Asia. Sedap seafood mereka.

Alamanda atau ada orang kata 'ALAM ANDA', satu hari nanti bila AZ turun Bangi, jom kita ke Alamanda bersama.

CM said...

Salam Cik Rosli


kalau ke ALAM ANDA tu dgn AZ elllo CM yer...sepantas tikauu terbang CM sampaii...betul tu setiap inci di bawah jagaan CM.

مسافر_اسلام said...

Salam en Rosli, bestkan dapat jalan2 1 Famly..MI dah tak boleh....

Che' Pit said...

hihi dah lama tak tgk wayang kat alamanda tu

rosli said...

Salam CM,

Apa2 nanti saya roger you dan kawan2 lain.

rosli said...

Salam MI,

Tak apa, satu hari nanti bila you pulak dah berkeluarga you boleh buat begitu....mesti kena happykan hati wife dan anak2

rosli said...

Salam CP,

Memang best tgk wayang kat situ, main boling kat ARL pun best jugak