Salam,
Dah dua hari kat Makkah kami berehat sakan, masuk hari keempat (2 Ogos2008) ada program Ziarah luar Makkah yang pertama , kami dibawa ke Jabal Thur ,lepas tu ke Jabal Rahmah dan melalui Mina dan Arafah. Sekurang-kurangnya aku dapat tengok Padang Arafah dan Mina dan boleh persiapan haji di masa hadapan.
Tengah tunggu bas, antara ahli rombongan aku
Hj Saad dan wife dia, salah satu couple yang loving dan caring sangat
Ni roomate aku, Ishak dan Abg Khalid
Bersama Ustaz Jaafar Nasution, mutawwif kami, background tu Jabal Thur
Jabal Thur ini banyak sejarahnya di zaman Rasullullah s.a.w
Lepas tu kami di bawa ke Jabal Rahmah. Antara doa penting untuk aku dan wife mintak dipanjangkan jodoh kami berdua di samping anak2 tersayang.
Jabal Rahmah yang penuh sejarah
Sempat posing untuk berdoa di puncak Jabal Rahmah
Pakai 'Igal' dan bergambar dengan kamera ada sorang budak Arab ( mgkn jugak India,Bangla atau Pakista) ni kena bayar 5 riyal, pandai tukang gambar tu.
Padang Arafah dari puncak Jabal Rahmah, satu hari nanti aku mesti di sini buat Haji aku dengan wife. Moga Allah makbulkan doa aku dan wife.
Mesti nak posing jugak dengan unta berhias ni.
Lepas tu kami terus bertolak ke Masjid di Jaranah untuk tukar pakaian ihram, solat sunat dan berniat umrah yang aku buat untuk arwah abah aku yang meninggal tahun 1981. Syukurlah umrah ketiga telah dilaksanakan tanpa sebarang masalah walaupun orang ramai sangat semasa buat tawaf dan saie dan aku berdoa umrah ini diterima Allah khas untuk arwah abah aku. Amin.
10 comments:
Assalamualaikum Rosli
yang seronok tengok, ialah unta tu
unta punya makup, kalah mak datin
Wassalam
salam from makkah..
betui tuh tn haji rozali..depa make up unta to over sangat..hehehheeh
waslam
Salam Rozali,
Untung unta berhias tu.
Salam CL,
Ini saja cara mereka nk orang ramai tertarik pada unta biar cute mute....
salam rosli, unta tu memang lawa, agaknya pernah ke unta tu mandi
ambik gambar je? tak tunggang unta tu ke...masa pi umrah dulu pun kami alhamdulllah sudah sampai ke sini jugak...nak pergi lagik!!! sabo-sabo....
Salam en Rosli..InsyAllah di makburkan doa tuan utk megerjakan haji dgn wife. sekrg kena banyak bagun mlm solat sunat banyak2,mintak pada Allah. InsyaAllah, mudah-mudahan cepat tuan ke Mekkah.
Syukran
Salam Kamato,
Tak tau pasal unta tu..bau dia sama jer kuat semacam
Salam Hjh Zaleha,
Saya mmg tak mau naik unta tu, makan masa, kawan2 dah tunggu
Salam Mi,
Betul tu, saya dah mula berdoa sejak puang dari umrah, solat malam saya kena buat lebih kerap lagi
Post a Comment