Thursday, March 4, 2010

PENANGAN GOLF DIS 2004 -APRIL 2006

 Salam,

Masa kecik2 dulu tak pernah terfikir satu hari nanti aku akan belajar main golf dan berminat dengan golf,  masa tu aku fikir golf hanya untuk orang kaya ,selalu jugak lalu kat Kelab Golf Negara Subang yang merupakan salah satu  Kelab Golf terulung dan terelit di negara kita.

Entri kali ini nak cerita macamana terjebak dengan golf, biasalah bila dah tak jaga pasukan bolasepak tu, terasa jugak kehilangan dan sunyi,  satu hari dalam bulan Disember 2004  berbincang dengan rakan sepejabat ( Azhar Omar )dan dia pun baru nak berjinak-jinak dengan golf, kebetulan aku bercerita dengan sorang kawan lama ( Jamaluddin Madrop),   dia bagi aku dua 'iron Maxfli,  iron 2 dan 60'. Aku pun ke driving range Danau UKM,  lepas pukul 100 bola semua badan sakit, tapak tangan melecet. Aku dah give up , masa terluang bincang lagi dengan Azhar Omar, keputusannya kami berdua ke driving range UPM berjumpa dengan Pro Mohd Din....dan secara rasminya menjadi anak murid Pro Din.

Bermulalah episod belajar golf mulai Januari 2005, belajar 10 jam dalam masa 4 bulan, sampailah turun 'green', lepas tu sentiasa cari masa ke driving range, curi-curi masa untuk bermain golf di  Kelab Golf UPM,Bukit Unggul dan beberapa lagi sekitar lembah Klang. Pro Din memang bagus,  dari aku tak tahu langsung pasal golf sampai boleh pukul bola golf ..... siapa yang berminat pergilah berjumpa Pro Din di Kelab Golf UPM.
 Gaya amatur dan beginner...

Wife dan anak-anak tak berapa happy sebab masa aku lebih banyak di padang golf berbanding dengan mereka  dan semua ini berlanjutan sehingga April 2006. Masa tu aku dah boleh 'pukul' sikit-sikit,  tak malulah kalau bermain sebagai social golfer.
Bola tu tak pergi jauh pun....position kaki kurang betul....biasalah beginner..itu alasan namanya......
Sekarang ni beberapa kawan dan kenalan pun dah bersara dari golf termasuk Prof  Hj Mohd Kamil dan Dr Hj Ridzwan.  Aku pun dah jarang sangat main golf sejak April 2006 hinggalah sekarang ni.  

Ramai kawan2 beruntung sebab mendapat sokongan wife bila main golf dan ada bersama main golf.  Aku pulak tidak bernasib baik sebab mula-mula dia sokong jugak aku main golf ni,  tapi lama kelamaan dia tak sokong.  Wife dapat tau ada segelintir golfers yang main cinta dengan kedi dan kekadang ada gf lain dan dia takut aku akan mengikuti jejak langkah segelintir kawan-kawan tadi. Aku bukanlah baik macam malaikat, tetapi peluang bermain golf aku guna seratus peratus dan tidak melencong.

Lama kelamaan anak-anak pun boring sebab aku tidak ada masa dengan mereka,  wife pun berbunyi jer.....so aku mengalah dan slow down pasal golf ni....apa nak buat kerana hubungan kekeluargaan lebih penting.

Satu fakta yang menarik aku nak share masa buat umrah Julai 2008 aku beberapa kali berdoa depan Kaabah agar wife aku lembut hati dan benarkan aku main golf.....memang dia benarkan tapi bila tengok 'body language' kita faham.....Anak2 aku langsung tak support aku...Agaknya wife aku lagi kuat berdoa....agar aku  tawar hati nak main golf....

Sekarang aku lebih faham....dia selalu kata janganlah pentingkan diri sendiri.....sebab tulah sekarang ni kami banyak masa.....golf masih tetap dalam hati aku....beberapa iron masih ada dalam bonet kereta.....bila terasa 'gian' aku kekadang lepak kat driving range tengok orang pukul bola.....aku adalah sekali sekala pukul jugak 50 biji bola....

Tahun 2008 aku beli membership second hand kelab Golf Danau UKM ....bayar jer lah tiap bulan...jarang guna kemudahan....sekali sekala gi makan kat Kelab....makanan kat sana memang sedap.  Mungkin dalam waktu terdekat aku nak aktif semula swimming ,  nak kurangkan berat badan yang semakin tidak terkawal ni....kolam renang Danau jadi pilihan utama sebab dekat dengan rumah dan tak perlu bayar.

Pada kawan2 yang masih menyokong aku main golf terima kasih banyak dan kepada kawan2 yang bagi tips macamana nak main golf dengan baik pun terima kasih....kita tak boleh cakap apa akan berlau di masa hadapan....manalah tau wife dan anak2 aku tiba2 berminat main golf dan kami akan main golf bersama-sama satu keluarga.....masih menaruh harapan untuk bermain golf bersama-sama anak-anak satu hari nanti.

7 comments:

aznaz said...

salam from makkah...

cub asaudara rosli try main di Pulai spring Golf resort...best tau..ada 38 holes...dan cantik kawasan tuhh

wsalm

rosli said...

Salam CL,

Dengar citer mmg best main kat situ, tp skrg saya dah jauh kurang minat....tp klu citer pasal Makkah dan Madinah sentiasa segar bugar mata....

sonata anak kancil said...

nasib baik hubby tak main golf....kalau tak...mau seperti wife en rosli!!! saya sokong wife en rosli...kirim salam kat dia yer....!

rosli said...

Salam Hjh Sonata,

Nnti saya kirimkan salam tu, golf ni hanya lebih kepada byk amik masa saja, yg lain2 tu terpulang pada golfer tu sendiri. Byk rahmat kekadang saya tak nampak....tp sekarang sedikit2 kita akan nampak

ummu said...

salam..thanks for the sharing.entry ni mengingatkan kisah ibubapa saya dulu semasa saya sekolah menengah.kirim salam ya kat wife tuan

rosli said...

Salam qaseh,

Tk kerana menjengok rumah saya. Saya akan smpikan salam qaseh tu pd my wife.

Azhar Omar said...

Salam bro

Lawa gambar dua2 photo kat atas tu .. ;) Hanya kita dua yg tau ke mana bola tu pergi lepas hayunan tu.

Hole #10, Par 4, UPM Course