Wednesday, March 17, 2010

DATARAN MASJIDIL HARAM- PART 18


Salam,

Inilah aktiviti aku setiap kali lepas solat samada lepas Zohor or lepas Asar,  mesti nak bergambar di Dataran MH.  Ada sekali tu aku snap keliling bermula dari hotel tmpt CL bekerja menghala ke Pintu King Aziz dan Hilton.  Inilah hasilnya:


Gambar pertama.  Tempat kerja CL

Gambar kedua.


Gambar ketiga



Gambar keempat

Gambar kelima,  ini pintu King Aziz, pintu peberet aku


 
Gambar keenam, kalau tak silap ini pintu masuk khas untuk jemaah wanita.

Gambar ketujuh, ramai orang sedang amik air zam zam kat luar MH

Gambar kelapan,  hujung tu kalau tak salah Hotel Melia ( CL dan kawan2  kalau aku salah tolong betulkan)


 Gambar kesembilan, Hotel Hilton 


 Gambar kesepuluh, antara Hilton dan hotel tmpt kerja CL tu jalan aku pergi balik ke MH setiap hari

Hari-hari aku mesti lalu sini,  tengok sekeliling baru terus jalan pulang ke hotel Abeer Garden aku.  Percaya tak kalau aku cakap aku tak pernah singgah kat Hilton ?.  Aku sendiri heran,  tp aku dapat jawapannya...dari Malaysia aku memang niat tak mahu shopping sebab nak peruntukkan banyak masa di MH.

MASA SNAP GAMBAR INI AKU TERINGAT DENGAN 3 ORANG LAGI SAHABAT BAIK AKU, BRO SALIM, BRO ZALAWI DAN BRO AZHAR OMAR, AKU TERINGIN BERGAMBAR BERSAMA-SAMA MEREKA  DI DATARAN MH SATU HARI NANTI ( 2006 KAMI BEREMPAT BERGAMBAR BERSAMA DI PRAPAT , DANAU TOBA). MASA NI JUGAK AKU SMS KETIGA-TIGA MEREKA. SEMUA MEREKA JAWAB SMS AKU , INSYALLAH.  AMIN

Biasa malam Jumaat dan malam Sabtu Dataran ni mesti penuh orang Arab Saudi berkelah dan lepak kat dataran MH. Sila rujuk gambar2 dalam blog CL, PDKM.

10 comments:

sonata anak kancil said...

ohhh...jauh lebih moden sejak saya pergi tahun 1999 & 2000 - masa tu duduk depan hospital Ajyad - masa umrah di hotel apa nama dah lupa...somewhere tempat jalan orang usung jenazah ke kubur..yang bestnya hubby cuba nak ikut usung jenazah...tapi tak dapat..laju benar depa berlari!!!tak cuba ke???

rosli said...

Salam Hjh Zaleha,

Entri saya yang ke 19 nanti ada citer pengalaman saya usung jenazah...memang mereka laju sangat.

Perubahan di MH memang banyak sbb wife saya buat umrah tahun 2004 pun dah tgk banyak perubahan, CL boleh ceritakan pada kita nanti. Yang pasti pasar zink dah tak ada....saya pun tak boleh nak komen banyak sbb 2008 adalah kali pertama saya ke Makkah.

atuk said...

Assalamualaikum Rosli

saya ada ambil gambar hotel2 tu
canggeh, cantik, indah

kebesaran Allah melalui mmanusia

Wassalam

KAMATO said...

aku rindu sangat nak pergi balik

rosli said...

Salam Rozali,

saya setuju , mmg binaan hotel dan bangunan di sekitar MH mmg cantik

rosli said...

salam kamato,

Saya pun rindu nak ke sana lagi.

rezeki said...

salam rosli

2 tanah suci yang sentiasa dirindui dan didambakan
hingga ke akhir hayat

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam rosli

teruja sungguh! rasa nak pergi lagi & lagi. last kak nab pergi 2008, sekarang ada perubahan lagi!

rosli said...

Salam rezeki,

Sbb tu adakala dlm entri saya selalu padankan muka saya, dulu saya heran dan selalu sinis pada sedara mara....nape mereka selalu sebut pasal rindu dan seronok beribadah di Makkah dan Madinah...bila saya dah lalui baru saya faham sgt...saya mmg selalu rindu pada Makkah dan Madinah. Kalau saya tahun semua nikmat ini mgkn lebih awal saya buat umrah dan haji....pencarian saya selama ini saya temui di Makkah dan Madinah. Syukur

rosli said...

Salam hjh zainab,

Masa menulis blog ini saya sentiasa teruja dan masih ingat byk peristiwa yang saya lalui. Semua gambar ini saya snap sekadar untuk simpanan dan saya mmg tsk sangka akan paparkan dalam blog, sedangksn ketika itu saya mmg tak ambil tahu pasal blog pun. Saya bersyukur, dan rindu saya pada Makkah dan Madinah mmg saya sematkan dalam hati saya sehingga kini.